Saya Syamil.. Umur 40, masih tak kahwin. Masa umur 26 dah bertunang.
Lagi beberapa bulan nak kahwin, perempuan tu putuskan tunang.
Dengan alasan saya tak de kerja. Sebab masa tu company saya shut down. Ramai yang kena buang, bukan saya ja.
Saya puas merayu cakap macam2 tapi bapak dia kata anggap tak dak jodoh ja la.
Dan dia kahwin dengan lelaki lain pada tarikh yang sama sepatutnya kami kahwin.
Lepas tu saya dapat kerja kat mas. Tiba2 dia contact saya semula. Tanya kalau dia cerai, saya nak terima dia tak.
Saya cakap dah putus tu putus saja la. Bak kata ayah dia anggap tak de jodoh. Walaupun saya sayang, tapi tak gamak nak hancurkan rumahtangga orang.
Tapi saya ambik masa sangat lama untuk terima takdir ni. Saya manusia biasa ja.Yang kuat diluar tapi rapuh didalam.
Saya jugak sangat trauma nak kenal mana2 perempuan sebab saya tak pandai bercakap. Saya kekurangan banyak benda.
Saya jenis introvert tak pandai bergaul.. Hidup saya pergi kerja balik kerja duduk rumah.
Pun begitu setelah sekian lama, saya kenal satu perempuan ni. Dia janda.
3 tahun dalam perhubungan, family dua2 belah dah kenal. Seolah2 semua orang restu dan setuju dengan hubungan kami.
Tahun pertama tu, dia kata tak nak terburu2. Sebab dia pun ada trauma dengan lelaki. Lagipun dia baru bercerai masa tu tak sampai setahun.
Dia orang pantai timur. Saya kerap jugak kadang ikut dia balik rumah ayah dia. Orang kampung pun seolah2 dah tahu saya ni bakal suami dia.
Dia selalu cakap, kalau balik kampung, orang siap tanya Syamil tak datang ke.
Masa tu ajak tunang, dia kata bekas suami orang kampung tu jugak. Bekas suami sedang fitnah dia kata punca depa bercerai sebab dia curang dan ada laki lain.
So kalau bertunang ke kahwin sekarang, seolah2 fitnah dia jadi betul.. Dia kata kita pun baru lagi, ambik masa kenal hati budi dulu.
Saya pun ok la. Masuk tahun kedua, dia kata ada benda nak setup..Lepas tu mak dia bagitau saya. Kalau anak dia kahwin, nak buat rumah depa elok sikit baru nak buat majlis.
Macam malu kat orang apa semua kalau buat majlis dalam keadaan rumah buruk. Sebab masa dia first kahwin pun rumah tu ada bahagian tak siap sebab tak cukup duit.
So macam dia kahwin dalam keadaan bahagian rumah tak siap.
Anak dia kerja kerajaan. Katanya tengah mohon loan. Saya pun sabar dulu la.
Nak masuk tahun ketiga, dia agak stress fikir duit. Dia rasa saya mendesak dia untuk kahwin.
Dia kata dia stress fikir pasal duit, fikir pasal saya. Fikir pasal mak dia. Kalau tak buat rumah, tak nak buat majlis. Nanti tak de orang nak jadi wali macam mana nak kahwin dia soal saya.
Saya tanya berpaa kos buat rumah. Dia cakap dalam 30k. Saya memang ada simpanan sikit. Saya kata pakai dulu la duit saya.
Dia mula cakap tak nak.. Tapi mak dia macam nak. Siap puji saya macam2.. Akhirnya berjalan la proses buat rumah tu.
Saya fikir saya pun nak jadi suami dia. So saya tak fikir apa masa tu. Dia janji akan bayar duit tu sikit2.. Sebab personal loan dia tak lepas sebab dia dah banyak hutang.
Tengah2 nak naik rumah, banyak la masalah muncul. Tukang kejap ada kejap lari.
Kena cari tukang lain.. Duit habis banyak.. Rumah 60% ja siap.
Lepas tu dia pun dah tak de duit. Mak dia stress, dia stress, semua orang stress.
Saya memang tak de offer apa dah la.. Sebab rasa macam ayah dia sengaja cari gaduh dengan tukang sampai tukang lari. Plus saya pun tak de duit sangat dah nak membantu lagi.
Duit yang ada saya kena fikir untuk majlis kahwin nanti.
Lepas tu dia mula dingin la. Kemudian tiba2 cakap nak putus sebab nak kahwin dengan orang lain bulan 10.
Saya memang terkejut gila la. Tak de angin ribut. Depa start buat rumah jan. Julai dia bagitau nak kahwin bulan 10. Katanya baru ja kenal orang tu dalam omi.
Laki tu duda. Ada bisnes. Kira orang kaya la. Dia kata laki tu baik. Banyak tolong dia.. Family pun suka dia.
Akhirnya kahwin la depa tu. Sebab katanya laki tu yang bagi duit untuk settle rumah.. Rumah pun dah settle so dapat la kahwin.
Habis yang saya berkorban selama ni? Or mungkin sebab duit saya katanya pinjam. Mungkin laki tu bagi terus.
Yang sedihnya mak dia call saya jemput majlis anak dia. Katanya yang lepas tu lepas la. Anggap tak de jodoh. Senangnya orang bercakap.
Duit saya sampai sekarang pun dia tak bayar. Katanya akan bayar sikit2. Saya cakap la suami kan kaya, mintak la dia settle.
Dia cakap suami dia tak de kena mengena dalaam ni. Lagipun saya yang beriya nak bagi duit dia kata. Bukan kami mintak pun.
Siap kata saya tunjuk belang bila tak jadi khwin. Belang apanya, saya hanya mintak duit saya ja.
Akhirnya saya redha saja la. Serahkan segalanya kepada Allah.
Sekali lagi saya disakiti. Orang rasa macam si Syamil ni ke bermasalah sebab dua kali nak kahwin tak jadi.
Lama la saya membujang. Tak berani nak kenal mana2 perempuan. Perempuan yang kianati saya pun dah bahagia dengan pasangan masing2.. Anak pun dah dua tiga.
Nak pulih dari kesakitan dikecewakan manusia bukan mudah. Saya hilang selera makan, saya jatuh sakit. Tak de mood nak buat apa pun.
Malu satu hal, sakit satu hal. Lama saya hidup bersendirian. Tapi siapa yang datang dan pergi dalam hidup kita sudah ditulis oleh tuhan.
Walaupun hati enggan, tapi takdir tuhan, saya berkenalan dengan seorang perempuan. Masa tu dia tengah study.
Dia menunjukkan minat nak kahwin dengan saya. Tapi dia mintak habis study. Setahun lebih saya ambik masa nak percaya pada dia, sebab kesakitan saya kerana perempuan bukan kecil.
Tapi dia sabar. Baik. Lama2 saya dah selesa dah mula sayang.. Dia kenalkan saya dengan family dia.. Saya pun kenalkan dengan family saya.
4 tahun kami bercinta. Dia masa tu study di kl. Setiap masa saya teman dia nak kemana2. Kami kerap short vacation dengan family2 dia.
Saya rasa sangat bahagia lepas kenal dia.. Seolah2 semua kesakitan saya telah diubati. Saya pun dah lupa pada bekas2 kekasih saya seolah2 saya dah redha dengan semuanya.
Masa tu saya cuma teringat doa2 saya pada tuhan. Saya betul2 rasa tuhan dah makbul doa saya.
Tapi tu la, kita selalu rasa langit cerah setiap masa tanpa sedar ribut badai akan melanda jua.
Lepas grad, dia dapat kerja kat oil and gas. Kena berhijrah ke sarawak.
Pada mulanya dia macam berat hati. Tapi saya yang bagi semangat kat dia apa semua. Tambahan lagi keluarga dia pasti nak tengok dia berjaya.
Saya uruskan segala benda untuk dia ke sarawak. Pos kereta dia, uruskan tempat tingal.Dan macam2 lagi la.
Pendek kata setiap susah senang dia saya tak tingal sekalipun.
Kat sana, pada awalnya dia kerap mengatakan rindu semuanya la.. Siap plan tahun ni bulan 8 kahwin.
Dia ada cari2 baju pegantin apa semua. Sepatutnya kami bernikah tahun lepas. Tapi nenek saya sakit time tu.
So saya macam tak de mood nak fikir pasal majlis.. Saya jaga nenek saya time tu.. Dia pun faham ja la.
Dia kata tak pe, ambik masa. Nenek pun dah meningal awal tahun hari tu. Lepas tu dia ada cakap nak nikah bulan 8.
Saya ok ja. Lama mana nak hidup tanpa ikatan. Saya pun dah sayang sangat2 dah.
Tapi kini semuanya tingal angan2 saja. Beberapa bulan dia asyik dingin. Jarang call mesej.. Saya call pun tak jawab. Mesej pun jarang balas dengan alasan lupa.
Lepas tu raya haji ni dia ada balik cuti.. Saya ni excited la nak jemput dia kat airport semua. Tapi dia kata tak payah.
Saya kata tak pe la.. Kita pun rindu nak tengok dia. Dia cakap ok..
Kat airport dia nampak lain sangat. Tak ceria. Tak mesra. Tanya pun sepatah2 ja.. Sedangkan dia jenis banyak cakap.
Yang saya sedihnya, nada suara dia agak tegas dan garang. “Awak saya penat la. Boleh tak diam sekejap.”
Hantar kat rumah dia, langsung tak dijemput masuk ke apa. Mak dia ja panggil. Dia terus masuk ke bilik dan tak keluar2.
Sampai saya nak balik baru dia keluar. Tu pun sebab mak dia panggil. Dia bagi alsan dia pening.
Ok la saya pun malas nak fikir bukan2. Raya haji langsung tak de wish saya walaupun dah pukul 2 petang. Saya yang lepas tu wish. Dia cuma balas selamat hari raya. Tu ja.
Saya dah rasa dia sangat lain. Saya ajak mai rumah dia cakap tak sihat. Malas nak keluar.
Saya pun tak pergi rumah dia dah dia tak jemput. Lepas tu dia nak balik sarawak dah, saya hantar dengan family dia.
Pun sama. Langsung tak nak pandang saya dan apa. Tapi dia kerap la main fon. Tengok fon ja dia akan senyum.
Kat gate, langsung tak tengok muka saya. Saya dah rasa la ada sesuatu tak kena.
Lepas beberapa hari saya mesej dia. Tanya saya ada buat salah apa2 ka. Dia hanya diam. Dia cuma balas busy. Tu ja.
Yang sadisnya, dia panggil saya abang. Panggilan pun dah bertukar jadi Syamil.
So saya tanya kenapa apa semua.. Akhirnya dia kata nak mintak putus. Saya tanya kenapa.
Dia kata dah tersuka orang lain kat sini. Katanya kat sini dia susah nak adopt. Dan lelaki tu banyak bantu dia kat sini.. Masa dia sakit pun, laki tu yang ada 24 jam.
Dan macam2 lagi la pujian melambung tentang laki tu. Semua pujian dia pada lelaki lain seolah2 serangan halintar pada saya.
Jujurnya saya jatuh terduduk baca mesej dia satu persatu2.. Sekali dengan air mata saya tumpah.
Saya tanya dia, 4 tahun awak susah kat sini. Saya pun ada jugak.. Tu semua tak nampak ke.
Dia cuma kata, nak buat macam mana. Dia tak mampu kawal hati dia. Hati dah tersuka orang lain. Dia mintak saya faham.
Tapi dia ada cakap, kita kawan ja la sampai bila2. Kononnya dia tahu ja saya baik. Sebab tu masih nak berkawan.
Entah la.. Ni dah berapa hari ni kami terus diam tak de mesej. Sebab orang perempuan kalau dah tak nak kita, mereka hanya cari salah kita walaupun tak logik.
Alasan dia, 3 pagi dia sakit call saya. Saya tak jawab.. Ya saya tak jawab sebab saya tertidur. Tapi saya ada call back pukul 5 pagi.
Sekali dia susah saya tak de dia jadikan punca, tapi seribu kali masa dia susah saya ada tu semua tak nampak ke?
Ya Allah. Saya tak tahu kenapa tuhan asyik uji saya macam ni.. Sedangkan Allah saksi, saya tak pernah aniaya mana2 makhluk Allah pun sampai sekarang.
Hidup saya hanya tahu rumah dan kerja ja.. Tapi kenapa Allah asyik temukan saya dengan orang macam ni. Walaupun saya selalu doa temukan orang yang iklas yang baik.
Jujurnya sebagai manusia yang lemah, saya asyik rasa Allah tak adil pada saya. Saya tahu saya baik. Saya mintak pada Allah jodoh yang baik.
Allah asyik hantar yang baik pada awalnya saja.
Yang sedihnya, keluarga pun seolah2 dah tak percaya saya dah. Mak kata yang ni pun tak jadi ke. Ka hang yang bermasalah.
Saya sekarang kembali ke alam depression. Kadang2 jujurnya rasa nak mati ja.. Saya benci kehidupan saya.
Saya rindu sangat2 dekat dia. Perasaan sayang ni bukan ambik masa sehari nak tuntas.
Tapi kenapa orang perempuan tak rasa semua tu? Kenapa mudahnya hati perempuan beralih.
Selalu saya baca perempuan baik jumpa laki tak baik. Saya ni tak macam laki lain.
Dunia saya sangat kecik. Tak de kawan2. Saya tak lepak2.. Saya tak merokok.. Saya jaga keluarga saya ja.
Balik kerja saya pergi surau. Lepas tu tidur. Saya tak bersosial. Dulu dia cakap dia tahu saya baik, sebab tu la dia usaha nak saya.
Sebab dia tahu dia rugi kalau lepaskan saya. Tapi sekarang? Kenapa dia tak rasa semua tu dah. Dan mudahnya melepaskan saya demi orang yang baru kenal.
Siap saya merayu kat dia kalau ada salah silap mintak bagi peluang. Tapi akhirnya saya hanya membodohkan diri saya ja.
Sekarang pun saya masih solat mengaji.. Tapi saya buat semua tu tanpa ada rasa.
Seolah2 buat kerana apa pun tak tahu la. Sekadar buat ja.. Solat dengan rasa kecewa sebab rasa Allah tak nak bagi saya bahagia.
Saya tak pernah cari kawan perempuan pun.. Depa sendiri yang datang nak berkawan dengan saya. Tapi akhirnya berkawan sebab nak ragut ketenangan saya ja ka?
Saya dah tak tahu nak cakap apa dah. Orang2 yang kianati saya, hidup bahagia ja sampai sekarang.
Bekas tunang, anak dah besar2 dah. Travel sana sini dengan pasangan dia.
Ex kat pantai timur pun anak dah 2.. Hidup makin senang, kereta tukar macam baju. Suami dia pun buka cawangan sana sini.
Tapi duit saya tak bayar.. Sedangkan dalam islam orang tak bayar hutang hidup tak kan bahagia pun.
Tapi sampai sekarang dah berbelas tahun, saya tengok semua orang bahgia ja kecuali saya.
Saya ni tak macam laki lain.. Circle saya kecik. Saya tak merokok.. Saya dah baik pada semua orang.
Sedangkan orang kata orang perempuan bersikap penyayang pengasih. Tapi kenapa yang saya jumpa yamg awal2 ja macam tu.
Tuhan kata laki baik untuk perempuan baik. Tapi kalau perempuan tu tak baik, kenapa tuhan temukan jugak.
Saya dah tak tahu apa tengah berkalu dengan akidah saya.. Jujurnya saya sangat tak ok.
Hidup dalam kecewa. Perlahan2 saya rasa kepercayaan pada tuhan jugak makin pudar.
Sebab tu saya mintak para pembaca titipkan la sedikit doa untuk saya.
Saya dah tak boleh tidur tak boleh makan. Saya nak ja hidup macam manusia lain.
Macam lelaki lain yang boleh relax ja.. Boleh happy2 walaupun apa pun berlaku. Kenapa la tuhan jadikan saya lemah macam ni.
– Syamil (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum. Hai, saya seorg wife kepada husband saya yg ada history mcm awak. Nak kata sebijik tak lah jugak, lain org lain ujiannya. Husband saya dh lalui so many heart broken series ahahah. Dan Alhamdulillah i have met him in his best condition. He never give up. But of course dia penat jugak asyik kena uji benda yg sama, tp dia cakap kat saya, dia tak nak give up, kalau nak rest boleh. Berat memang berat tapi itu adalah satu proses utk bentuk diri kita di masa hadapan, which you will like yourself more in that future you. Dia tetap beribadah mcm biasa mcm yg awak kata, tp dia tambahkan lagi rasa cinta dia pada tuhan, bukan pd makhluk. Utk awak, fokus pada diri awak dan cari rasa bertuhan tu balik, jgn bagi hilang, biarlah kita hilang segalanya asal kita tak hilang rasa bertuhan tu. Tuhan tu tempat kita bergantung tau. you can get through this….Insya allah bidadari awak akan tiba. Bersabarlah.
Kesian awak… Saya faham sangat apa yang awak rasa, sebab kita pernah lalui benda yang lebih kurang sama , sampai satu tahap, keyakinan diri saya pun terus hilang. Kadang-kadang saya tertanya juga, apa sebenarnya kekurangan saya? Nak kata saya jenis mengatal sana sini, tukar pasangan macam tukar baju… saya ni introvert.
Saya cuma doa semoga satu hari nanti dapat jumpa seseorang yang betul-betul ikhlas. Bukan jenis nak kenal ramai-ramai dulu, sebab jujurnya… saya dah makin letih dan makin hilang minat untuk cari pasangan. Makin lama, makin overthinking.
Buat awak dan sesiapa yang mungkin rasa benda yang sama – saya doakan semoga kita semua bukan saja kuat, tapi dapat rasa kebahagiaan… tak semestinya datang daripada hubungan cinta.
kesian saya baca kisah awak ni. saya sebagai wanita nak pesan. lepas ni jika ditakdirkan jumpa jodoh, tolong jangan terlalu nak memberi. Biasa-biasa sudah. masa nak bertunang pun , majlis tu perempuan ye yang patut keluarkan belanja. bukan pihak lelaki. kalau sekadar nak berbalas manisan takpe la. bukan tolong bayar katering ka, mini pelamin ka.. apabila dah sah nikah, barulah awak boleh memberi apa saja. sebab dah jadi tanggungjawab awak sebagai suami dan semestinya dia dah sah milik awak.. lagipun tak manis, pergi rumah keluarga perempuan, pergi bercuti dengan keluarganya tanpa ada ikatan. tak manis.