Title vs Salutation

Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Terima kasih admin jika catatan ini disiarkan.

Baru-baru ni ada sebuah penulisan dari seorang doktor (Dr Zubaidi Hj Ahmad) mengenai panggilan ‘Encik’ oleh seller kepada customernya. Seller online yang berinteraksi menerusi whatapp. Teguran doktor itu adalah mengenai penggunaan bahasa melayu tinggi yang dipandang enteng oleh kebanyakannya seller muda. Dipendekkan, teguran halus itu mencadangkan para seller khasnya, untuk menggunakan kata ganti diri ‘Tuan’ instead of ‘Encik’. Tapi sayangnya, ramai yang tak dapat tangkap isu pokok yang cuba doktor tersebut sampaikan. Biasalah manusia, punyai pendapat masing-masing. Tapi kerana sifat ‘bodoh sombong’, mereka lebih gemar mengecam dengan menuduh doktor tersebut sedang bercakap tentang Title. Sedangkan yang doktor tersebut sedang katakan ialah Salutation (read: kata ganti nama diri). Mungkin sebab yang bercakap tu ada Title DOKTOR jadi netizen anggap beliau sedang bercakap tentang TITLE. Bukan, Doktor tu bukan bercakap tentang title.

Kenapa lebih dianjurkan salutation ‘Tuan’. Bukan Encik, bukan Awak, bukan Engkau, malah bukan juga Puan.

Pertama, Tuan lebih bersifat umum. Berinteraksi dengan jual-beli online, kita tak tahu pun dengan siapa kita sedang berinteraksi. Boleh jadi, seorang suami yang nak beli tudung untuk isterinya. Boleh jadi, seorang bapa yang nak beli edu toys untuk anaknya. Boleh jadi seorang isteri yang nak beli wallet buatan tangan untuk suaminya. Boleh jadi sesiapa sahaja dengan jantinanya perempuan mahupun lelaki. Tapi kita tak tahu. Even siapa seller juga customer tak tahu.

Jadi, salutation ‘Tuan’ ni sebenarnya bersifat umum dalam adab berjual beli dan berurusan. Boleh dan sesuai digunakan walaupun terhadap customer/seller yang berjantina perempuan sekalipun selagi kita tak tahu siapa orangnya dan apa jantinanya. Sama juga ketika kita menulis surat rasmi kepada dan daripada badan kerajaan seperti Jabatan Tenaga Kerja, Imigresen, Kastam dan lain-lain. Tak pasti kepada siapa surat tu nak dituju. Maklumat yang diketahui hanyalah nama bahagiannya saja (read: department). Jadi penggunaan salutation ‘Tuan’ lebih sesuai.

Sama macam bahasa inggeris. Ada yang kata kalau kat overseas takdepun nak dilebih-lebihkan Title ni. Memang la sebab isunya bukan Title tapi salutation. Mat Salleh ni biasanya guna salutation ‘Sir’ kepada orang yg tak dikenali dan juga tanda adab/hormat dalam berurusan. Contoh, “sir, what can I help you?” Mereka tak guna ‘Mr’. Mr mesti datang dengan surname. Ok, itu satu perkara yang lain.

Kedua, agak beradab sebenarnya bila kita address seller/customer tadi dengan salutation ‘Tuan’. Kecuali jika diminta untuk dipanggil dengan sekian-sekian. Atau, boleh juga mulakan dengan bertanya nama. Lebih elok dari ber ‘dear’. Nampak sweet je seller dear-kan kita kan. Biasa seller perempuan suka guna. Sekali customer tu lelaki. Ok, awkward. Tapi itulah. Semuanya terserah pada pandangan masing-masing. Cuma diharap beradablah dalam berkata-kata.

Saya tidak bersimpati dengan Dr Zubaidi tapi agak bersimpati dengan netizen yang tak cuba untuk faham main point. Ramai yang kecam antaranya suruh tulis title kat dahi, sombong, pentingkan taraf katanya. Padahal takde pun doktor tu cakap “sila panggil saya doktor.” Takde pun. Itu komen dari yang salah faham terhadap isu pokok. Dah la tak faham, kurang ajar pula tu dengan orang yang pekerjaannya berbakti untuk masyarakat. Sorry to said.

Saya bukan beliau, bukan anak beliau, bukan ahli keluarga atau Kawan-kawan beliau. Saya cuma seorang yang merasakan bahawa setiap manusia walau siapapun dia, apa pun pekerjaannya, dia berhak untuk dihormati. Diharap sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan antara Title dan Salutation yang cuba disampaikan.

By the way, kalau orang yang bertitle ni insist untuk di-salutation-kan dengan title diorang, “sila panggil saya doktor.” Eh, biaq pi la. They deserved it. They don’t get it for free. Ingat senang ke nak jadi doktor?

Sekian.

– Cikgu BM

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit