TMJ: Sejenis Sakit Kepala

Assalamualaikum semua.. Namaku Lisa berumur 30an. Pernah tak korang dengar penyakit Temporomandibular Joint Disorder? Nama singkatannya (TMJ).

Puas aku cari support group atau discussion group Malaysia kat facebook dan online tapi tak pernah jumpa.

Aku disahkan menghidap penyakit yang bagiku satu sumpahan atau balasan didunia ini sebulan yang lalu setelah berbulan bulan menghidap sakit kepala yang tak pernah surut.

Semua orang tahu ala sakit kepala, sakit migrain biasa lah tu. Siap ade iklan “anda rasa saya ade masa untuk sakit kepala?” Senang kan telan je ubat tahan sakit. Dah kalau hari-hari telan ubat tahan sakit tanpa ketahui punca berbulan bulan lamanya.

Risau. Sebab aku ade tanggungjawab perlu jaga anak yang sangat clingy dan suami. Ya rutin yang tak pernah habis, mereka sangat memerlukan aku lagi2 anakku. Suami, aku tak risau sangat sebab diaorangkan senang je cari pengganti. Haha.

Ok sakit Temporomandibular atau nama singkatannya (TMJ) bermula dengan sakit kepala. Berapa kali pergi klinik doctor kata migrain. Hasilnya dapatlah ubat tahan sakit arcoxia dan kadang2 dapat caffox. Bila balik rumah hilang lah sekejap sebab ubat. Tapi esoknya sama lagi.

Sampailah satu point aku ade satu event, aku push diri aku sampai habis limit. Kepala aku rasa sakit walaupun makan caffox.

Tibanya petang, tangan dan kaki aku kebas macam aku duduk bersila lama sangat. Tapi tangan dan kaki, naik ke muka rasa kebas. Rasa sakit belakang telinga jugak. Area mata pun sakit, leher pun sakit tapi semuanya belah kiri.

Masa kebas aku panic. Aku takut aku terkena stroke atau ape2 yang kronik. Masa ni aku dah ingat mati sedih rasanya sebab fikirkan anakku.. Yelah siape yang nak jaga dia sesempurna seorang ibunya sendiri.

Ok lepas tu pergi klinik doctor cek semua ok takde ape yang tak kena. Doctor buat surat refer pakar ke hospital. Dihospital doctor klinik referkan ke bahagian jantung sebab aku macam nak kena stroke.

Aku dibawa ke emergency, ujian darah semua complete, MRI scan, semua sempurna dan cantik. Takde ape yang tak kena. Aku pun balik dengan tak tahu ape sakit aku.

Sebulan kemudian, aku direfer ke bahagian ENT sebab telinga aku sakit. Sakit kepala dan belakang telinga aku akan bertambah setiap kali aku bercakap dan makan. Tapi masa makan tak sakit.

Kat sini lah doctor nampak aku ade simptom sakit (TMJ). Walaupun rahang aku boleh menganga penuh lagi.

Bila buat CT scan mmg nampak sendi rahang belah kiri 4mm manakala rahang sendi belah kanan 14mm. Tapi pakar ENT kurang arif berkenaan TMJ sebab doctor cakap dia tak tahu kenape mata aku pun rasa sakit kene refer pakar mata pulak.

Berdasarkan support group global yang aku join kat facebook, pesakit temporomandibular biasanya sakit kepala area otot temporalis kepala, sakit pada otot mata, mata terasa seperti tekanan tinggi. Macam sakit tekak tapi takde jangkitan ape2.

Aku pun dah refer pakar mata ophtalmologist. Pressure mata aku cantik, tak tinggi. Tapi disebabkan TMJ ni mata sakit bahagian otot mata, kepala sakit, belakang telinga sakit sebab berkongsi saraf dengan sendi rahang yang menipis tu.

Bila flare up, atau tertrigger sakit ni, leher dan bahu pun sakit. Rasa macam terhuyung hayang bila berdiri, nak muntah, nak pitam. Memang satu kerja pun tak boleh nak buat. Rasa loser.

Aku tak tahu pakar mana nak jumpa. Buntu. Korang yang ade pengalaman sama sakit kepala macam aku boleh share pengalaman korang, group ape korang follow as support group, doctor ape korang jumpa kat Malaysia.

Maaf panjang sangat. Sakit ni walaupun tak teruk macam sakit kronik tapi ia sangat menjejaskan kualiti hidup dan kerisauan aku sakit ini boleh menjadi lagi teruk iaitu chronic pain dan tak akan sembuh. Dan takut develop depression.

Ok itu je luahan aku. Sekian terima kasih.

– Lisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *