To Confess, Or Not To…

Hai semua. Assalamualaikum. First of all thank you kalau admin sudi siarkan confession aku ni.

Ok, masuk intro terus, aku perempuan, berumur 33 tahun ni, dah bekerja, dan belum berkahwin. Belum juga ada yang special. Masih mencari.

Seperti yang tajuk diatas, aku tengah fikirkan sama ada perlu atau tidak untuk aku confess kepada seseorang yang aku tengah berkawan. Aku namakan dia H.

Sedikit info tentang H, aku kenal dia di platform dating apps. Aku kenal dah hampir 6 bulan.

Awalnya memang kami kenal and jumpa untuk buat aktiviti outdoor macam theme park dan sukan indoor. H berumur 36 tahun ni, masih bujang.

Semakin aku kenal H aku rasa aku suka H,

Sebab aku perhatikan sepanjang aku keluar dengan H, dia hormat aku as perempuan (bukan jenis ambil kesempatan nak pegang2), jaga solat juga, jenis tak mencarut, cakap pun tak merapu dan senang cerita husband material lah…

Tapi…. Ada masalah dengn H, sebab aku pernah tanya dia, tak rasa nak kawin ke?

Dan H cakap dia memang tak nak kawin. Pernah saja jumpa yang dia rasa sesuai, rasa bole ngam kalau kawin, tapi masalah dari dia adalah dia tak nak kawin.

Sebab H tak nak kawin adalah(aku pernah tanya), dia takut tak boleh adapt perangai yang kureng berkenaan perempuan tersebut dan vice versa.

Sebabnya, kalau jumpa dia , dia selalu share post2 di twitter or fb yang berkaitan perempuan sewa rumah yang pengotor.

Rasanya semua mesti pernah tengok/baca kan post berkaitan housemate yang pengotor/penyepah.

Haa.. Aku rasa die takut tak boleh adapt part tu. plus dia ada bad experience menyewa dengan sorang housmate yang pengotor, end up dia decide untuk sewa duduk sorang sampai sekarang.

Dari segi kerja pulak, H ni aku rasa stable saja dari segi income so dia dah selesa hidup sendiri plus, kalau keluar berdua pun, sama ada aku belanja makan n dia belanja wayang atau vice versa.

So tak de isu kedekut or dia bayar semua antara kitorang.

Masalah sekarang is dia tak nak kawin.

So korang rasa, adakah patut aku confess pada dia aku suka dia, yang mana mungkin boleh jadi ackward lepas aku confess kalau di reject, atau aku patut pendam saja jadi kawan sampai bila2.

Tapi, doa kan senjata orang mukmin. Huhu. Mungkin hati dia akan terbuka nak kawin kalau aku confess? Haha.

Tapi aku pernah dengar, topik perbincangan dalam radio pasal perempuan atau lelaki yang patut make a move?

Ada sorang laki nk dia cakap, better laki yang make a move sebab dia akan turn off kalau perempuan yang confess. Huhu.

So korang rasa macam mana dengan kes aku? perlu ke tidak untuk aku confess pada H?

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *