To Wait or To Let Go

Aku Nina. Berumur 28 tahun, bujang dan bekerja. Tujuan luahan ni tak lain tak bukan untuk dapatkan pandangan dan nasihat.

Kalau ada yang meluat dengan cerita tentang jodoh, aku minta maaf ye. Sejujurnya aku pun meluat juga.

Rezeki aku dapat kerja dan keluarga yang baik. Cuma satu je belum bernasib baik adalah tentang jodoh.

Aku dengan Man dah kenal dari uni lagi. Kami berdua engineering tapi lain bidang khusus. Kami sebaya dan graduate pada tahun sama. Aku dapat kerja sejurus selepas aku tamatkan ijazah.

Sama juga Man. Jadi pada waktu tu, masa hadapan kami nampak cerah tapi ada juga rintangannya yang aku tak pasti biasa atau perlu difikirkan semula tentang kita.

Pada umur aku 23 tahun, peluang aku bekerja tetap di swasta sampai sekarang. Man pula? Telah melompat 7 kerja, dan sekarang dia menganggur.

Sebelum PKP 1.0 lagi dia diberhentikan kerja dan aku optimis belum rezeki dia untuk dapat kerja lagi. Jadi aku beri semangat dan iklan kerja pada dia.

Banyak kali juga dia hadir temuduga dan ada peluang yang ditawarkan tapi dia tolak atas sebab kerja tak menarik, syarikat kecil dan sebagainya. Aku pun hormati keputusan dia walau nak juga persoalkannya.

Fast forward, 2 tahun dah dia menganggur. Aku pula tak mampu nak berfikiran positif berterusan.

Dia juga tak menceritakan usaha dia ke arah mencari kerja. Bila ditanya, hanya jawab sepatah dan seolah topik kerja tu dia tak berminat.

Aku sendiri tak nak tanya lebih lanjut mengenai kerja sebab bagiku ini juga bergangtung rezeki juga.

Tapi aku pendam perasaan kecewa, sampai bila aku perlu menunggu? Aku pun makin lama makin dekat dengan umur 30 tahun, aku perlu buat keputusan cepat.

Dia memang tak berminat berbincang soal kerjaya, tapi dia suka berbincang tentang kahwin.

Aku pula tak suka bercakap tentang soal tu selagi dia sendiri belum bersedia. Aku sendiri perlu ‘assurance’ dari dia.

Keluarga dia pula nampak gaya macam tak sabar nak terima aku sebagai sebahagian keluarga mereka mungkin sebab rupaku mengikut citarasa mereka dan lihat aku dah stabil dan bekerjaya.

Lagi satu yang aku meragukan ialah dia terlampau titik beratkan bagaimana padangangan ibunya terhadap aku.

Banyak kali juga dia beritahu ibu dia suka perempuan yang berbaju kurung, suka masuk dapur, pandai memasak, sopan dan sebagainya.

Aku memang pandai memasak tapi aku buat tak pandai sebab malas nak ambil hati sesiapa dan aku orang industri, aku tak mampu menjadi wanita melayu terakhir yang berbaju kurung sentiasa.

Kenapa aku perlu terlampau ambil hati ibu dia. Bagiku cukup aku menghormati dia.

Ibu bapa ku makin meragui Man bukan sahaja soal kerja, tetapi cara dia harapkan aku menjadi sempurna di mata ibu dia. Bagi mereka perkara ni adalah ‘red flag’ dalam hubungan.

Tak dinafikan Man baik, banyak beri aku hadiah walau aku tak minta tapi apa yang aku harapkan masih lagi belum dapat iaitu usaha dan masa hadapan yang menjanjikan.

Setiap kali aku bercerita tentang masalah kerja kalau ada untuk dapatkan pandangan dia, Man tak dapat berikan nasihat yang baik mungkin sebabkan pengalaman kerja dia yang tak banyak.

Dah hampir 5 tahun aku menyokong dia dan dalam masa 5 tahun ada juga orang yang dah bekerjaya ingin berkenalan dengan aku tapi semua aku tolak sebab aku hormati dan sayangkan Man.

Bila difikirkan balik, menyesal juga. Tapi sekarang sayang dan hormat itu makin pudar.

Kat sini salah satu tempat aku ikhtiyar untuk dapatkan pendapat dan nasihat. Perlu ke aku masih tunggukan Man atau lepaskan dia.

Aku pun bukan makin muda, tetapi lebih baik aku membujang dari salah pilih orang. Cuma aku tak tahu is he the one to wait or to let go.

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *