Assalamualaikum semua. Ni just nak sharing dan bukan nak bash sape2. Anak sulung saya berumur 8yo. Masa dia 4-6yo kami duduk di jepun.. Tadika di jepun very fun. Anak saya tak sabar dan semangat nak pergi sekolah. Masa ni ditekan pembinaan karakter. Budak2 ni friendly, diajar peramah dan tidak pemalu. Diajar urus barang2 sendiri.. Parent boleh hantar sampai depan sekolah sahaja. Anak2 kena bawa sendiri barang.. Susun kasut, letak barang masing2 kat tempatnya. Ada uncang kasut indoor, uncang cawan dan berus gigi, sapu tangan. Sapu tangan wajib kena guna lepas basuh tangan.. Anak2 ni dilatih jaga barang sendiri.
Untuk kami yang muslim ni bawak bento sendiri.. Bento tu bekal makanan. Anak2 yang lain makan makanan yang sekolah sediakan. Ibu bapa diberi menu setiap bulan in advance. Kami dipesan supaya buat bento sama macam menu tu untuk elak budak2 ni rasa discriminate.. Kalau tengok orang jepun dulu kecik2 dan rendang. Pemakanan ni sangat ditekankan.. So kalau tengok yang umur2 sebaya saya, orang jepunnya tinggi2. Bmi cun. Menjadi la strategi mereka. Susah sangat nak tengok orang jepun obese.. Tapi yang berumur 50tahun ke atas, gempal2 dan rendang. Orang jepun ni hidup lama, umur panjang.. Diorang akan utamakan pemakanan sihat. No flavoring, coloring except natural flavor dan color. Makanan organik pulak popular..
Anak2 ni ada tugasan masing2 di tadika. Yg saya ingat anak kena lap dan sapu lantai. Masa tadika ni jugak.. Ditekankan ucapan, macam kita belajar dulu selamat pagi, selamat tinggal etc. Sikap rajin membantu sesama kawan. Dan bekerjasama.. Saya ingat masa hari sukan, anak2 kena buat performance. Semua orang kena mainkan peranan.. Performance tu kena perfect. Dari segi arrangement, ketepatan. Bila dah berjaya.. Nangis2 budak2 ni.. kejayaan bersama. Kalau gagal, sama2 la nangis jugak.. diorang ni buat performance bersungguh2 sampai sekolah menengah.. aktiviti ni bagus la bagi saya sebab develop bangsa yang berat sama dipikul ringan sama dijinjing..
Ok.. Saya bukan nak cakap education kat jepun bagus sangat. Diorang juga hadapi masalah buli yang kronik.. cuma berita2 ni tak expose kat berita di tv. Kalau ada pun dokumentari untuk diambil pengajaran.. Berbalik pada anak saya yang umurnya tgh tadika. Memang la seronok hari2 main. Anak saya dah boleh bercakap, menulis. Ibu2 jepun juga impress dgn perkembangan anak.. Tapi jangan tak tau, di jepun semuanya berbalik pada ibu bapa yang nak corakkan anak masing2.
Ada.. Bukan tak ada, yang seawal tadika hantar anak ke tuisyen.. Ini untuk ibu bapa yang ada aim nak hantar anak mereka ke sekolah mana dan universiti mana. For your info, memang la takde exam.. Tapi sekolah mereka ada ranking. Nak masuk sekolah tu kena exam. Nak masuk u kena exam. Tak boleh buat pilihan sekali banyak.. Kena pilih betul2. Tahap gila2 punya ibu bapa pun ada jugak.. Anak2 dah diprogram, ada yang stress, ada yang bunuh diri, ada yang jadi otaku. That is the reality.. Ada juga parent yang groom anak dia ke arah sport, talent. Bagi ruang, semangat, wang.. Untuk realisasikan apa yang anak minat.. Jadi, bukanlah bermakna cara dan sistem mereka yang terbaik.. Tapi kita boleh ambil yang baik. Saya juga berbual dgn ibubapa yang muslim.. Around the world…sebolehnya tak sambung secondary education kat jepun sebab cabarannya besar.. Ada yang boleh survive, ada yang tak..
Bila saya balik ke tanah air, anak saya berumur 7yo. Tak pandai baca. Siapa yang tak boleh membaca dicop ketinggalan.. Padahal takde siapa pun cop. Hihihi. Saya terpaksa kejar ajarkan anak membaca… Padahal saya berpendirian setiap anak2 ada phase masing2. Saya sendiri boleh membaca darjah tiga.. Rasanya cikgu2 boleh dah menyumpah.. Tapi tak.. cikgu2 dulu selalu senyum, sabar mengajar.. Saya memang ingat moment saya merangkak boleh sebut satu perkataan demi satu perkataan. Masa tu dalam kelas, cikgu suruh baca, saya duduk kat kerusi.. rasa kejayaan yang besar.. Mungkin kesan sebab rasa apehal aku ketinggalan, kawan2 yang lain dah lancar membaca. Well.. Tidaklah saya bodoh rupanya sebab harini saya seorang ingenieur. Hihihi. Jangan muntah…
Bila kerajaan umum dasar takde periksa.. Rasa lega sebab bila baca soalan periksa darjah satu, saya rasa tahap upsr, bila baca soalan upsr pulak.. saya rasa tahap spm… Tak biul ke anak2 ni.. Kalau dapat straight A.. Samada dia bijak faham soalan, atau dia bijak menaakul jawapan, atau dah kena suap skema jawapan. Hahaha.. Since saya seorang ingenieur.. Formula2 tu semua dan ilmu2 tu semua hanya 10%yang dipakai since sekolah sampai uni.. Why bother to study tu semua.. Takke membazir masa.. Itu lah kelemahannya..
Bagi saya dgn satu formula yang kita mampu faham sepatutnya dah boleh cipta formula lain.. So bayang la, setiap tahun at least hampir setengah juta yang ambil spm.. Mungkin daripada jumlah tu, at least 200-300 ribu ambil science stream.. So sepatutnya kita ada berapa formula yang dihasilkan.. But nope, kita belajar tapi kita taktau nak olah apa yang kita belajar. Pembelajaran kita adalah muntahkan jawapan atas kertas…saya tak boleh cipta formula. But i know when to use in my career. berbalik pada anak saya tadi, just 2-3 bulan, anak saya dah boleh membaca.. Saya beli buku bacalah anakku, lupa dah rm50 kot. Lepas tu spend time dan konsisten.. Sama jek konsep ni dgn belajar mengaji quran, saya pakai al furqan. Kena rajin dan konsisten.. Nak konsisten kena sabar, tak boleh marah2, tinggi suara.
Jadi.. Untuk memanusiakan kembali anak2 saya, sebab saya terkesan some stress dalam masyarakat kita.. pertama, yes kita ada sistem persekolahan.. Itu tanggungjawab kerajaan sediakan sistem dan prasarana.. tanggungjawab guru untuk mengajar.. Kita ada sistem peperiksaan.. Tapi pernahkah dengar ayat ni “a system might not fit all”. Ada orang mungkin sesuai dgn dia, ada orang tidak. Sistem tu dah tersedia.. We follow.. So cikgu2 jangan terpaksa atau paksa2 anak2 untuk terima.. Jangan paksa2 ibubapa untuk terima. Let them be.. I think maybe sebab tu lah sekarang ni setiap sekolah dilarang pamer prestasi sekolah.. Kalau tak sibuk nak compete sape paling ramai calon dapat straight A.. Again, aim kita bukan anak2 straight A.. Mungkin la sistem kita dianggap berjaya dgn ada produk2 straight A.. Tapi aim kita adalah… (Boleh list ikut kesesuaian masing2..)
Kedua.. Belajar untuk ilmu tapi bukan untuk ranking salary. Berapa ramai graduan yang tak dapat kerja.. Yg graduan master.. Graduan phd.. Berapa ramai. Zaman skrg kita bukan bersaing dgn sesame malaysian.. Tapi dgn international workers yang cheap labor. Bunyi sedap international worker. Cet. Hakikatnya inilah masalah kapitalis yang berproksi kpd keuntungan tanpa memikirkan masa depan bangsa dan negara.. Untuk hidup, kita perlu kerja atau niaga.. dapat duit, untuk beli makanan dan keperluan. Percayalah hari ni takkan sama seperti semalam.. Tahap education kita takkan jadi tiket untuk dapat high salary.. Kita kena keluar daripada kepompong ni “belajar sampai phd untuk makan gaji” atau terus berada dalam kepompong.
Untuk ini, saya harapkan kerajaan kita main peranan. Ye lah sebab depa ada kuasa. Budaya ilmu dah makin menghakis.. Tapi yang ada hari ni kapitalisme.. Niat belajar kena betul. Takle lepas dah kerja, keluar ayat.. Kalau dulu aku ambil course tettt mesti aku jadi tettt dah sekarang… Lepas tu kerja culas, tunggu gaji masuk, bayar loan, tinggal seratus dua untuk survive sampai hujung bulan.. Tunggu lagi next gaji. We need money to survive.. Tapi.. Dalam quran takde pulak ada ayat suruhan carik duit. Ayat cari redha Allah adalah… Cet… Makan dalam.. lepas tu ada pulak nanti cakap.. Kau takpe la kerja ingenieur.. Tak pernah rasa sesak takde keje, takde duit.
I will encourage anak2 belajar sampai tahap tinggi mereka mampu capai.. Kalau dgn result tu mereka boleh dapat kerja baik, gaji baik alhamdulillah. Kalau tak dapat pun alhamdulillah. Tugas saya untuk bagi peluang dan ruang untuk mereka dgn sebaiknya.. Saya takkan pressure anak2.. Sebab semuanya tertulis rezeki untuk mereka. Percaya dan yakin dgn kurnia Allah. Yg penting belajar dan bekerja ikhlas kerana Allah.. Untuk bantu orang lain. Jadi, saya minta maaf kepada guru2 kalau saya tak pressure anak2 saya membaca. Saya akan ajar.. Tapi tak pressure. Kena fahamkan maksud tu.
Saya pun nak buat macam mana2, lahir2 je dah ada sistem macam ni. Teringat masa umur 16 tahun, saya tanya kenapa kita kena belajar kat universiti sedangkan semua benda tu dah satu dunia tahu, kenapa tak belajar benda yang kita tak tahu. Masa tu tanya kat makcik saya.. Dia educationer. Dia cakap.. Sama la soalan saya dgn dia masa dia umur baya2 saya. Hahahaha. Oleh sebab itu, di samping saya belajar benda dalam kelas dan dalam buku di universiti, saya belajar ilmu agama dan kehidupan.
Kita layankan je sistem ni ye.. Yang cipta pun manusia. Sudah pastilah tak sempurna. Malam ni menteri2 tidur baca bismillah mimpi yang indah2 ye, esok buat keputusan baik2.. jangan mengigau dalam parlimen.. Sekian.
– Melur
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit