Hi, Assalamualaikum. Namaku Aishah. Aku salah sorang peminat page ni, maaf sekiranya tulisan aku berbelit belit, kenapa aku tulis tajuk ni, sebab utama kebanyakan orang Islam bila ditanya tentang tajuk ni diorang akan hilang hujah dan mula memberi jawapan yang sangat merepek dan orang2 kafir suka tajuk ni untuk menyerang Rasulullah dan Islam.
So straight to the point Pedophile adalah istilah yang diberikan untuk seorang dewasa yang kecenderungan seksnya tertarik kepada kanak kanak. Umum semua mengetahui bahawa Rasulullah saw mengahwini Saidatina A’isyah ra semasa A’isyah berumur 6 tahun.
Sebagai seorang Islam yang memuliakan Nabi Muhammad saw adalah wajib bagi kita menangkis tuduhan tuduhan palsu terhadap baginda saw. Disini saya menyediakan beberapa hujah yang boleh digunakan oleh umat Islam untuk menangkis tuduhan bahawa baginda Rasulullah saw itu adalah seorang yang gila seks dan Pedophile secara ilmiah.
1. Mari kita bicarakan bagi masyarakat berbangsa Melayu sekitar tahun 50an hingga 60an dahulu yang belum pun mencapai 100 tahun. Perkahwinan muda adalah amat biasa.
Contohnya tanyalah pada nenek moyang kita dahulu sekiranya mereka masih hidup, pasti mereka berkahwin pada usia yang amat muda sekitar 12 tahun dan 15 tahun dan mereka menimang cahayamata pada usia yang amat muda, sekiranya masih terdapat anak dara dalam lingkungan 20an masih belum berkahwin, sudah pasti akan di panggil anak dara tua.
Adakah kita layak mengatakan kepada atuk moyang kita bahawa mereka juga adalah phedophile kerana berkahwin dengan nenek kita sewaktu mereka masih muda kerana terdapat perbezaan masa dan zaman?
Rasulullah saw hidup 1400 tahun dahulu, budaya dan adat mereka adalah berlainan dengan adat dan budaya di zaman ini. Sir Edward Coke (abad ke 17) menyatakan dengan jelas bahawa “perkahwinan kanak kanak perempuan di bawah umur 12 tahun adalah normal di United Kingdom, USA dan beberapa bahagian lain di dunia pada 800 tahun dahulu”.
Bagaimana kita di zaman ini hendak menilai sedangkan Rasulullah saw telah berkahwin dengan Saidatina A’isyah pada 1400 tahun lampau dan kita tidak pernah melalui apa yang pernah mereka lalui?
http://en.wikipedia.org/wiki/
http://chnm.gmu.edu/cyh/
2. Pelbagai tuduhan yang dilemparkan oleh kafir Quraisy kepada baginda seperti Muhammad gila, tukang sihir, penyair, pemecah belah kaum Quraisy dan bermacam tuduhan lain, dan tidak pernah wujud sekalipun tuduhan bahawa Rasulullah saw itu adalah seorang pedophile oleh kaum kafir Quraisy pada zamannya.
Sekiranya perkahwinan Rasulullah dengan Saidatina A’isyah ra adalah bertentangan dengan adat dan budaya masyarakat setempat dan ia adalah perkara yang salah, sudah tentu awal awal lagi Nabi Muhammad saw itu telah digelarkan oleh kafir Quraisy sebagai Pedophile dan mengapa tuduhan ini hanya wujud setelah 1400 tahun kemangkatan beliau.
3. Kerana tidak tahan dengan bertambahnya bilangan kaum Muslimin yang memeluk Islam, Kaum Musyrikin Makkah telah menawarkan kepada baginda pelbagai kemewahan, pangkat yang tinggi hingga sanggup mengangkat baginda menjadi raja dan menawarkan wanita cantik dengan syarat, Rasulullah saw sanggup menghentikan kegiatan dakwah menyeru kepada Islam.
Sekiranya benar baginda Pedophile seperti tuduhan yang dilemparkan oleh orang orang kafir, sudah tentu baginda akan menerima tawaran ini tanpa ragu ragu. Hinggakan Baginda bersabda,
“Wahai pakcikku (merujuk kepada Abu Thalib) Demi Allah, sekiranya diletakkan matahari di sebelah kananku dan bulan disebelah kiriku supaya aku berhenti berdakwah, pasti aku tidak akan berhenti sehingga Allah memberikan kemenangan atau aku binasa dalam perjuangan”.
4. Sekiranya benar tuduhan yang dilemparkan oleh orang kafir terhadap Rasulullah saw, sudah pasti kesemua isteri nabi yang dinikahi adalah dari kanak-kanak, tetapi hanya Saidatina A’isyah sahaja yang Rasulullah saw nikahi yang berumur 6 tahun masih perawan dan hakikat kesemua isteri baginda adalah janda, bahkan Saidatina Khatijah isteri pertama Rasulullah saw adalah janda yang telah mencapai umur 40 tahun.
5. Ketika Rasulullah saw menikahi Saidatina A’isyah ketika berumur 6 tahun dan “bersama” sebagai suami isteri ketika Saidatina A’isyah berumur 9 tahun, adakah seorang Pedolphile perlu menunggu dan bersabar sehingga 3 tahun baru akan melunaskan nafsunya terhadap mangsa?
6. Jika Saidatina A’isyah ra itu yang dikatakan oleh orang kafir sebagai “mangsa” kerakusan nafsu Muhammad, sudah pasti beliau telah mengalami depresi, perasaan rendah diri, kesepian dan lain lain masalah mental dan masalah jiwa kerana telah mengalami penginayaan, seperti kebanyakan mangsa yang pernah melalui sejarah hitam tersebut.
Tetapi hakikatnya tiada langsung tanda-tanda yang beliau mengalami ganguan s*xual dari Muhammad dan beliau begitu bahagia menjalani kehidupannya dengan Rasulullah saw.
7. Apabila ditanya kepada Saidatina A’isyah ra tentang akhlak Rasulullah saw, A’isyah ra berkata bahawa “akhlak Rasulullah saw adalah umpama Al-Quran, yakni beliau rela apa yang direlakan Al-Quran dan membenci apa yang dibencinya”.
Sepanjang hidupnya, tidak pernah sekalipun keluar daripada mulut Saidatina A’isyah ra bahawa Rasulullah itu begitu, Rasulullah itu begini dan menceritakan keburukan Nabi Muhammad saw walaupun sekali, tetapi hanya pujian dan kesenangannya sepanjang perkahwinan dengan Rasulullah saw.
Orang orang kafir mengatakan bahawa A’isyah dijadikan sebagai “mangsa” kepada Rasulullah saw yang gila s*x (Nauzubillah hi Minzalik) bagaimana A’isyah ra sebagai seorang “mangsa” boleh mengatakan bahawa akhlak Rasulullah itu adalah akhlak yang amat sempurna sepertimana Al-Quran. Tetapi dituduh oleh orang kafir sebagai Pedophile tanpa usul periksa.
Adakah seorang “mangsa” akan menceritakan kesenangannya dan betapa bahagianya dia sepanjang perkahwinannya dengan Nabi Muhammad saw. Adakah orang orang kafir ini lebih mengenali Rasulullah lebih daripada isterinya sendiri?
Kita tidak perlu untuk melihat contoh yang jauh, lihat saja kepada ibu kita di rumah, adakah sepanjang perkahwinan ibubapa kita, ibu kita tidak pernah bersungut kepada anak anak atau kepada kaum keluarga tentang suaminya?
Tidak perlu untuk menunggu sepanjang hidup, sedangkan bertandang ke rumah jiran seminggu sekali pun pasti ada perkara yang hendak disungutkan tentang suami mereka, bukan bermakna bapa kita jahat, tetapi menunjukkan bahawa kita semua tidak sempurna, tetapi Rasulullah itu adalah maksum dan terpelihara dari dosa. Wallahualam bi sawwab.
Semoga point2 ini membantu untuk menangkis tuduhan palsu dan jahat terhadap Rasulullah saw serta akan menambah kecintaan kita kepada baginda dan memperkukuhkan keimanan kita kepada Islam.
– Aishah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit