Toksik Di Tempat Kerja, Suka Cari Pasal

Hi semua. Akhirnya ada ke sini juga untuk cerita apa yang terpendam di hati ni. Ada hari aku happy, ada hari aku stress dengan perlian yang diterima.

Bayangkan kau tak cari pasal, kau buat hal kau je, tetiba ada yang nak cari pasal. Perlian yang dilontarkan seakan suci diri tu tak pernah buat salah. Salah orang dia nampak, salah diri sendiri tak pernah nak nampak.

Bila aku cuba tak nak hiraukan apa yang jadi, aku ambil keputusan untuk mendiamkan diri. Aku buat buat tak kisah walaupun dalam hati sakittt. Aku mencarut dalam diam.

Agaknya bila aku diam, cakap bila perlu, dia sakit hati agaknya. Tak da modal dia nak cari pasal. Itu yang suka nak perli orang. Sukaa cari salah orang lain.

Seterusnya aku nak mintak maaf dulu apa yang aku nak cakap ni. Takut tersinggung perasaan sesiapa terutama kaum perempuan. Ini apa yang aku alami.

Diaaa bila dah buat something, dia akan go. Tak fikir panjang. Buat salah pun tak pe anggap macam tak jadi apa apa. Bila orang lain buat salah, habissss sampai bila bila nak ungkit.

Aku pulak memang malas nak layan perempuan macam ni. Tak guna nak berbalahh. Aku takkan menang. Dia yang akan menang, dia yang selalu betul even kita cakap yang betul.

Sekali lagi aku mintak maaf jika kaum perempuan baca ni. Aku yakin tak semua perempuan macam ni. Aku ada jumpa perempuan yang baik dan elok perilakunya.

Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Aku akan teruss berdiam. Sebab apa? Biar lontaran perlian tu, bagai angin dibawa laluu. Krikkk krik.

Biar dia hangin bila orang yang dia sindir tu tak terasa apa apa. Macam tak dengar apa apa. Dia ingin kita nak melenting bila kena perlian tu. Tapi aku akan bersabar selagi boleh.

Sekiranya aku dah habis sabar nanti, tak kisahlah kau perempuan ke apa. Masa tu sikit pun hormat aku tak da untuk kau.

Itulah orang kata.

Bila kerja okay, environment tak okay.

Bila environment okay, kerja pulak tak okay.

Bagi aku jugak, orang macam ni memang aku tak kenang sampai bila bila. Sebab apa?? Kau pernah buat taik dekat aku. Nak kata aku berdendam, lantaklah. Aku takkan maafkan kau sampai bila bila.

Sekiranya aku jumpa kau mana mana…

Memang aku anggap tak kenal kau.

Orang baik dengan aku, aku baik dengan dia.

Jika sebaliknya, kau hanya kamus orang yang tak patut muncul dalam hidup aku.

Akhir kata…

Kalau kita boleh fikir dulu sebelum bertindak,

Kenapa kau tak boleh?

Bila kita advance sedikit kedepan,

Mula panas hati. Konon tak boleh orang lebih dari dia.

Bila kita cuba tak buat…

Kata kita ni tak cuba tunjuk effort nk buat kerja.

Habis tu kau nak aku buat apa?

Jilat telunjuk kau je?

Memang taklahhh. Aku bukan orang ikut telunjuk kau.

Aku bersabar, kekal bertahan…

Untuk terus hidup. Demi komitmen aku.

Jangan salahkan aku doakan keburukan untuk kau.

Kau kena ingat.

Doa orang yang tersakiti…

Akan mudah termakbul.

Sekali lagi aku mintak maaf kepada kaum perempuan yang membaca ni. Terima kasih.

– MrIntroJac (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Btolkn perangai sndiri…dr ko tulis ni dh nmpak yg ko tu sntiasa perasan diri ko bagus..hormat org bkn sbb dia lg tua tp melambangkan didikan ibubapa ko kat ko…diam bila disindir btol supaya xmemanjangkan masalah..kdg2 bkn ko yg disindir tp org ln…tp ko yg trasa…rasa org iri hati kat ko bila ko lg advance?…tu ko kna cuci ati entah2 ko yg toxic..kte ni dr keluarga yg berbagai2 didikan pegangan perangai…so just terima perangai sikap kwn2 kja ko yg pelbagai tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *