Untuk part I, (https://iiumc.com/toksik-yang-hitam/).
As salam & hi semua, terima kasih kepada admin yang sudi post kan confession saya sebelum ni.
Terima kasih juga kepada reader semua yang memberikan sokongan di ruangan komentar confession saya itu. Saya baca semuanya. Berkat itu la saya ingin menyambung kisah-kisah saya ini.
Ada yang tertanya-tanya bagaimana aku menghadapi ujian ini sehingga aku mendapatkan rawatan psykatri di Jabatan kerajaan.
Hal ini kerana, sifat aku yang tidak suka bercerita masalah ku. Lebih suka memendam hingga ianya depression itu seperti memakan aku dari dalam.
Aku pernah meluahkan perasaan ku pada orang terdekat yang aku percayai. Akhirnya dia tidak amanah dan mencanang perihal ku tengah sakit anxiety & depression ini.
Pada penilai mereka mana mungkin aku murung kerana aku nampak gembira, ceria, ketawa dan nampak biasa. Ini la yang paling bahaya sekali sebenarnya. Aku memang pandai menyorok derita itu.
Sesetengah kenalan ku mengatakan pada ku, “Ratu. Lupakan la kisah lama. Buka la buku baru”. Reader sekalian, parut sudah berbekas di hati.
Permintaan maaf memang mudah untuk di lontari, tidak untuk melupakan. Jika boleh aku juga mahu membuangnya jauh-jauh. Aku juga mahu padam dan menjadi orang yang ada memori baru. Kalau la boleh kan?
Buat readers yang mengatakan ibu aku sejenis ibu apakah. Maafkan lah dia. Ibu aku juga sebenarnya datang dari keluarga yang toksik yang merajakan anak lelaki. Ibu ku juga anak sulung dan mempunyai childhood abuse dari ibu bapanya.
Dia cuma mempraktik cara sama dari family atok nenek sebelah ibu aku. Aku tidak sesekali menyalahkannya kerana dia adalah ibu yang melahirkan ke dunia ni.
Tugas ku hanyalah mentaatinya dan menjadi anak solehah berbakti kepadanya. Tidak sesekali saya bertikam lidah padanya. Tidak juga menghaki dosa-dosanya.
Hal ini kerana, Aku saksikan adik-adik ku ibu ku doakan “aku tak kan halalkan setitk air susu aku pada kamu sebab kamu pentingkan orang lain dari aku! Tak selamat hidup kamu !ya! Ingat kata-kata aku ni!”
Ini ayat-ayat ibu ku ketika hikang waras. Akhirnya, dalam aku hati-hati agar tidak melukai hati ibu. Rupanya ibu ku tidak gembira tunangku selalu membelikan aku pakaian dan keperluan diri.
Ibu ku berpesan kikis tunang kamu minta dia beli barang dapur kita kat rumah ni dari beli kan kau pakaian. Sebenarnya, aku ni yang kad atm di pegang ibu tak dapat beli keperluan diri.
Spenda pun koyak berjahit kalau di hampar boleh jadi roti jala ye readers sekalian.
Ayah ku ada la sejenis lalang, takut bini mendengar kata bini. Sesekali hasutan ibu ku tertusuk ke benaknya. Maka muka ku berdarah la di tampar kerana menegur perbuatan mereka.
Jika tidak, tangan di pegang manakala kaki pula di pukul dengan tali pinggang atau apa saja benda yang boleh menyakitkan aku.
Pernah saja aku ke sekolah dengan keadaan mata putih pecah darah kerana tamparan dan balingan buku teks dari ayahku.
Akibat dari fitnah manusia busuk hati menuduh aku berjantan sebelum ke sekolah. Sampai sekarang pun masih dengki hamba Allah tu.
Bila ada lelaki bagi surat cinta padahal aku tak tahu apa-apa yang aku ada peminat. Aku akan menjadi punching bag seolah aku yang berbuat dosa. Pukul tanpa belas.
Kehidupan adik-adik ku serupa sahaja dengan diri ku. Di tuduh ambil ganja. akhirnya dia tunaikan impian ibu bapa ku dengan mengambil nya hingga pusat serenti itu seperti rumah keduanya. Iya, ini semua adalah doa.
Apa pilihan yang anak-anak ada?tidak semua orang bernasib baik. Belum lagi bab makan, aku selalu tidak mendapat bahagian. Bila nak makan terus terang ibu cakap lauk itu untuk adik-adik ku.
Aku perlu beli makan bungkus. Duit gaji ada pada ibu. aku ada duit sedikit pun dari tunang ku. terpaksa aku sorok nanti ibu ambil. Sebab dia kasihan pada keadaan ku. Dia kini telah menjadi bekas suami ku.
Readers sekalian, sedikit pun aku tidak berdendam dengan ibu ku. Sehingga kini ibu ku masih sama. Hubungan kami tidak rapat tapi masih baik hal ini kerana aku masih memerlukan Redha dan doanya.
Pada hari ibu ku datang melihat keadaan ku yang telah di ceraikan ibu menangis teresak-esak seperti budak kecil. termenung mengenang nasib ku. Aku cuma bertanya. ”Adakah ibu bahagia melihat aku begini?”puas ka hati mu ibu?
ibu ku berkata dia cuma marah dan tak terlintas perkara mendoakan aku bercerai lambat laun menjadi kenyataan. Aku hanya senyum.
Sesekali menangis kerana sakitnya di khianati suami juga kerana sakitnya luka pembedahan kali kedua c-section.
Air mata sangat murah pada waktu ini. Tengok pokok tengok langit tengok pemandangan pun buat aku menangis. Lipat baju masak susukan mandikan anak sulung air mata memang mengalir.
Sesak dada memikirkan apakah dosa sendiri sehingga dapat balasan sebegini.
Ajaibnya, apabila melihat anak yang baru lahir aku akan normal semula tanpa menangis tanpa bersedih. Seolah anak yang baru lahir itu mengubat duka lara di hati ini.
Ayah ku juga menangis melihat keadaan ku yang tinggal tulang denga kulit. Sakitnya depressi dan murung meroyan memang benar-benar memakan diri aku ini.
Tapi itu semua tidak mengubah sifat asal mereka. 2 minggu pasca melahirkan aku ambil keputusan untuk mencari pengasuh dan mencari kerja. Aku cari kerja dengan membawa baby baru lahir. Naik motosikal bersama anak sulung yang baru berusia setahun 8 bulan.
Alhamdulliah dapat la di tempat perjaan yang aku ceritakan di part 1 tu. Mula kerja. roh tertinggal di rumah teringat anak. Susu bengkak.
Tak dapat terima ilmu pekerjaan kerana keadaan diri yang “pending” kerana serabut. Bukan mudah, tapi satu langkah bijak untuk membebaskan diri dari bisikan untuk membunuh diri.
7 tahun di alam perkerjaan membuatkan sedikit sebanyak aku mula melupakan perasan terhadap bekas suami.
Bekas mertua aku baik aku bersyukur. Walau pun anak mereka tidak menerima nasihat mereka. Tapi mereka enggan melepaskan aku keluar dari rumah bekas suami (rumah ni ex mertua punya).
Tapi aku katakan pada mereka aku bukan lagi isteri anak mereka. Aku kena keluar. Mereka minta aku tunggu hingga habis tempoh berpantang.
Aku berdegil nak keluar juga, kerana sesak dada aku melihat bekas mekap dan lipstik di baju ex suami ku. Sesak aku mengenangkan kenangan kami. Lalu berpindah la aku ke rumah sewa adik ku yang ketiga.
Ikutkan banyak lagi ingin aku ceritakan. Tapi aku kongsikan di sini adalah 10 persen sahaja yang aku alami.
Akhirnya tempoh perkahwinan memasuki usia 5 tahun lebur di tengah jalan. Selepas itu dapat surat dari Mahkamah Syariah untuk aku hadirkan diri as aku ini defendan.
Hari pertama perbicaraan, hakim terkejut kenapa suami yang menjadi plaintif sedangkan aku la yang sepatutnya menjadi plaintif memandangkan aku yang di ceraikan.
Edah ku cuma 9 hari sebab aku di ceraikan 9 hari sebelum melahirkan. Hakim memarahi ex suami ku kerana tidak berhati perut.
Aku hanya tersenyum tawar. Setelah perbicaraan akan di sambung ke bulan berikut(ex suami lupa tarikh dia ceraikan aku dan tak ingat apa-apa). Aku melangkah keluar dari pintu mahkamah ingin menaik uber yang telah aku tempah.
Tiba-tiba, tangan ini di rentap oleh bekas suami yang ingin aku menaiki keretanya kerana ingin berbincang. Aku katakan padanya tiada apa lagi hendak di bincangkan kerana nasi dan jadi bubur.
Talak jatuh masa lahirkan anak tempoh hari. Dia paksa juga naik kenderaannya, menangis teresak-esak ex suami, dia cakap aku takda salah dengan nya dan dia pun tak tau kenapa jadi macam ni.
Dia kata seperti dia balik ke rumah kami dulu dia merasa panas, benci lihat aku, jadi jijik dengan aku. Tapi sekarang sebaliknya.
Rupanya, ini la sihir yang di hantar untuk ku dari ahli keluarga yang mempertikaikan segalanya bahagia dalam hidupku. Sihir pemisah. Aku kata kan pada ex suami ku, tidak ada apa yang boleh aku buat. Halal kan selingkuhan mu.
Jangan lupa anak-anak. Dan aku tak mau naik mahkamah lagi lepas ni mudahkan aku tolong ingat tarikh-tarikh dan bukti-bukti dia ceraikan aku.
Walaupun hati ku masih mencintai ex tapi aku terpaksa akur kerana ayah ku tidak lagi mahu mewalikan aku sekiranya aku mahu bernikah semula dengan ex suami.
Aku di hantar pulang oleh ex suami setiap kali ada perbicaraan untuk kes cerai kami. Setahun setengah baru selesai. Baru dapat surat cerai dan mula memikul status ibu tunggal anak dua dengan official.
Sepanjang 7 tahun tempoh itu, pelbagai aneka hidung belang cuba mendekati. Suami orang pun ada cuba nasib. Tapi aku tolak dengan baik.
Aku katakan aku tidak berniat mahu berkahwin. Aku block aku tak layan.
Ada antara rakan sekerja dapat upah sebab memberi nombor telefon bimbit ku kepada lelaki-lelaki yang nak try luck ni. Tapi aku ignored.
Sombong berlagak dan memilih ini la title aku sehingga aku berjumpa dengan suami kedua aku yang sekarang.
Aku mahalkan diriku kerana aku memang tak berminat nak ada pasangan disebabkan keadaan diri yang serabut anak-anak kecil dan sememangnya dari awal matlamat aku cuma untuk menafkahi dan menghidupi anak-anak.
Sedih aku setiap kali aku lihat pasangan suami isteri berjalan-jalan bersama anak. Sedangkan aku perlu kerja. Anak-anak tinggal di rumah pengasuh. Anak sakit masuk ward aku dipotong gaji. Ex suami tak datang melawat pun. Kalau datang kerana terpaksa.
Kemuncaknya aku jatuh sakit kerana apendiks ku di jangkiti kuman. Aku warded di hospital swasta (Insurans company).
Aku bawak kedua anak ku kerana pengasuh enggan menjaga pagi hingga malam. Sewaktu pembedahan anak-anak tidur di katil ku. Yang bongsu masih breastfeed.
Optimismya aku cuba juga menjaga anak di mana pada masa sama tengah sakit. Kekurangan wang ringgit, ex mertua mula memulaukan kerana hasutan ex suami.
Pernah gaji lambat lagi aku hanya ada RM1.40 tambang untuk pergi kerja. Sedih bukan?
Rezeki anak takdak siapa boleh sangkalkan. Bantuan ibu tunggal dari Negeri X aku dapat. Dua anak lahir di negeri X dapat RM 200 seorang sebagi saguhati. BR1M dan sedekah-sedekah dari kawan-kawan baik hati. Aku bersyukur.
Kenapa aku katakan aku boleh bersyukur?
Kerana aku yakin sesusah sederitanya aku ini. Ada lagi wanita di luar sana lebih suffer dari aku. Sekurangnya aku diceraikan tanpa di terajang suami. Aku masih boleh bangun dan bangkit membahagiakan diri sendiri dan anak-anak.
Gaji pertama ku masa mula kerja dulu aku belanja anak-anak susu dan pampers berkualiti. Aku daftarkan akaun di BSN.
Bulan kedua daftar insuran pelajaran dan hospital. Bulan ketiga aku mula buat installment telefon kerana henfon yang ada menunggu nak luruh screen ja. Huhu.
Tahun-tahun berikutnya, mula beri perhatian pada diri. Makan sedap berkhasiat dan menjaga kesihatan.
Maaflah jika kalian rasa aku ini perasan. Orang kata aku memang comel orangnya. Huhu. Entah la. Aku rasa biasa ja. Kadang tengok macam tenuk kesepian ja.
Apapun, maaflah sekiranya penulisan aku ni membuat readers sekalian rasa sebak. Generally, ini la ujian hidup yang memang wujud di muka bumi ini. Ibu bapa derhaka terdapa anak-anak memang asli ada. Cuma jadilah manusia yang baik hati, tidak berdendam.
Jauhkan diri dari manusia yang berbaur toksik. Bukan juga memutuskan silaturahim. Tapi demi menjaga kemaslahatan mental health sendiri. Yakin kan pada diri.
Dunia ini sementara sahaja. Akhirat abadi kita, serah kan sahaja pada yang Maha Esa.
Ibu ku sudah memohon maaf pada aku. Dan aku pun telah memaafkan beliau. Semoga ini asbab aku mendapat ganjaran syurga. Aku redha aku aku ikhlaskan.
Doakan aku reader sekalian,
Sayang semuanya.
Sekian..
– Ratu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit