Toksikkah Family Ini?

Hi rakan-rakan pembaca sekalian, aku rasa penulisan aku ini panjang sedikit sebab pertama kali aku ingin meluahkan perasaan aku yang dah lama aku pendam.

Nama aku Eila (bukan nama sebenar), aku baru sahaja habis belajar di peringkat ijazah, jadi umurku masih di awal 20-an.

Selepas sahaja tamat pengajian, aku bekerja di sebuah syarikat tidak jauh dari rumah tetapi dengan gaji minima 1500.

Aku mempunyai 6 adik-beradik dan sekarang aku tinggal bersama emak. Ayah aku meninggal dunia dua tahun lepas.

Sejak aku remaja, aku sering dibuli oleh abang aku sendiri, aku selalu dipukul hanya kerana hal remeh. Dia selalu tidak berpuas hati dengan aku. Aku juga tak faham.

Ada satu hari tu, waktu pkp, kelas dijalankan secara online, arwah ayah aku panggil tapi aku dah beritahu aku sedang kelas, namum abang aku tidak berpuas hati lalu dia menyerang aku semasa tengah presentation.

Aku menangis sebab masa tu tiada siapa yang faham. Sekarang dia tinggal di tempat berdekatan dengan tempat kerja dia. Aku bersyukur sangat aku dah tak perlu hadap muka dia.

Abang aku yang no.2 pula, seorang penagih dadah hingga dia overdose dadah sehingga mental dia rosak. Dia telah pun masuk pusat pemulihan dan keluar tahun lepas.

Namun kesihatan mentalnya tidak dapat dipulihkan semula. Orang luar mungkin nampak dia normal, tapi hakikatnya tidak.

Setiap malam dia akan bercakap sendirian, Sangat keras kepala, suka bercakap bohong walaupun orang dah tahu, suka bercakap besar. Yang merisaukan, dia akan merosakkan harta orang kalau dia tidak puas hati.

Sejak ayah aku meninggal dunia, hidup aku berubah, anak-anak lelakinya semakin naik kepala. Mak aku selalu ditengking, dimaki oleh abang-abang aku hanya sebab harta arwah ayah.

Mereka berebut padahal harta bukannya banyak pun. Aku kesian juga dekat mak kena hadap, jadi backup mak, akhirnya aku dipukul. Aku tahu aku tak patut buat tapi siapa boleh tahan kalau dengar orang membabikan mak sendiri.

Aku juga ada kakak, tapi aku bergaduh dengan dia. Kami tidak bercakap sudah lama. Aku cuba untuk berbaik semula tapi dia ego sombong.

Punca kami bergaduh, dia terbaca luahan aku di medsos aku yang private. Disitu aku meluahkan ketidakpuasan aku. Kakak aku ni suka menyalahkan aku tanpa tahu keadaan sebenar.

Dulu mak aku suka mengadu hal-hal kecil dirumah kepada dia sebab dia duduk jauh dari rumah. Walaupun bukan salah aku, kakak aku mesti salahkan aku lalu marah dekat aku. Jadi aku tak puas hati aku tulis di medsos private aku.

Satu hari dia terbaca semua luahan aku, dan kami tidak bercakap sehingga kini. Mak aku juga dah tak mengadu kepada kakak aku, mungkin dia sebersalah.

Mak aku cuba untuk tolong kami berbaik semula namun kakak aku menolak angkuh, mak pun berasa kecil hati. “Takpelah dia tak sudi, kita jangan paksa.” Kata mak.

Sekarang aku baru bekerja 3 bulan, dengan gaji 1500, aku banyak menanggung makan minum di rumah. Pencen arwah ayah aku ada, tapi aku taknak guna sebab mak dah banyak habiskan duit untuk aku.

Tapi aku sedih, kakak aku no.2 pula tinggal sekali, tapi sangat susah nak hulurlan duit untuk beli barang keperluan.

Dia berkerja di sebuah pasaraya tapi gajinya lebih tinggi dari aku. Sejak puasa, dia tak pernah lagi beli barang dapur dan barang keperluan yang lain.

Aku tak dapat nak menyimpan dengan gaji aku yang sikit tu. Yang aku tahu dia suka berhutang. Telefon, komputer gaming, pinjaman pelajaran dia semua masih hutang.

Bila mak berbunyi bertanya, dia langsung tak keluarkan sepatah pun ayat. Mak aku pun kecil hati dengan dia. Bila mak aku ajak bersembang pun dia senyap tak bercakap.

Mak harap mak dapat sabar sikit lagi, tunggu kakak dapat offer kerja lain, gaji mahal sikit, kakak bawak mak lari dari family toxic ni. Sabar ye..

– Eila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *