Toksiknya Seorang Superior

Assalamualaikum, sekiranya luahan saya disiarkan, saya ingin berterima kasih kepada admin. Namaku N, berumur 28 tahun, aku bekerja sebagai seorang doktor, aku dalam kumpulan pertama yang diperkenalkan sistem kontrak dan cohort pertama dilantik tetap.

Di sini, aku tak mahu menceritakan perihal housemanship yang sememangnya semua orang tahu betapa peritnya untuk semua doktor pelatih lalui, alhamdulillah, aku berjaya melalui semua itu.

Prinsipku hanya satu, iaitu DUA TAHUN SAHAJA AKU NAK TAHAN. Tapi ternyata prinsip yang aku pegang selama ini meleset jauh.

Sekarang aku telah bertugas sebagai pegawai perubatan di sebuah klinik kesihatan di pekan koboi. Hari pertama aku mendaftar, aku bersemangat baru. Maklumlah aku sangat berminat untuk menjadi ahli “gate keepers” (perubatan keluarga).

Sebelumnya aku ‘floating’ (ho yang baru habes houseman akan dapat gelaran mo floating sehingga pengesahan jawatan) di jabatan kecemasan.

Aku terbiasa dengan suasana sibuk dan sebenarnya aku menyukai dan merindui suasana itu sekarang. Banyak perkara yang telah aku pelajari yang membantu aku menjadi doktor yang bagiku “safe”.

Apa yang aku lebih suka dengan jabatan lama aku adalah pakar2nya sangat membantu, sentiasa dapat dihubungi dan sentiasa sudi mengajar.

Tapi aku sedar untuk pengalaman kerja yang lebih bagus aku perlu berdikari dan merantaulah aku ke negeri orang, mengenali budaya dan adat orang luar dari negeriku, tapi tidak mengapa bagiku kerana kami masih di bawah lembayung yang sama, KKM.

Aku seorang yang suka datang kerja, sakit letih pun aku gagahkan diri untuk datang kerja selagi penyakit ku tidak membahayakan orang lain.

Aku suka tengok pesakit, dan bagiku pesakit seperti keluargaku sendiri, dan aku sebenarnya agak ‘perfectionist’, ada beberapa rakan kerja yang aku tidak percaya jika dia yang bantu aku tengok pesakit dan ini termasuklah pakar aku sendiri.

Pada awal aku lapor diri, aku telah mendengar ura2 tentang pakar tersebut tapi aku endahkan sebab bagiku tak kenal maka tak cinta tapi begitulah dah kenal macam puaka pula.

Pernah sekali pesakit kencing manis yang dibekalkan insulin dan beberapa ubat makan, beritahu tentang kesukaran terjaga dari tidur pada waktu pagi, dan dia telah pun memeriksa glukosa kapilari pesakit tersebut, ya rendah.

Tapi semua ubat disambungkan seperti biasa, pada pelannya tertulis temujanji bertemu MO dalam masa seminggu untuk menukar kadar insulin.

Mujur pesakit masih hidup datang berjumpa aku pula, yang lebih mengejutkan pesakit itu beritahu aku yang dia sebenarnya tinggal sendirian di rumah. Allahuakhbar.

Walaupon pesakit orang biasa bukan ‘educated’, tidak pula kaya, tidak layak bukan dia mendapat rawatan dari pakar sedemikian?

Ini yang melibatkan nyawa, pesakit lain yang bertemujanji di bawah tanggungan dia pada hari Isnin tertulis di pelan beliau,

Temujanji bertemu MO hari Selasa untuk melihat paras INR (inr ini adalah bacaan yang diperlukan kalau pesakit dah diberi ubat cair darah warfarin), sedangkan INR telah pun diperiksa pada Isnin.

Aku cuba husnuzon, bersangka baik, mungkin pesakit beliau ramai. Tidak, pagi pesakitnya 10 orang sahaja dan petang 6 orang sahaja.

Aku cuba lagi bersangka baik, dia kan pakar, mesti ramai yang merujuk kes dengan dia, tapi setiap kali aku ada kes kecemasan atau kes yang perlu dirujuk pakar, dia sentiasa tidak dapat dihubungi.

Kalau dapat pun, jawapannya mudah diteka, refer jabatan sekian2. Selalunya dia akan datang tengok kes kecemasan selepas kes tersebut selesai dan cuma menunggu ambulans.

Jadi sejak itu aku merasakan aku perlu lebih berdikari dan aku menjadi lebih rajin membaca dan mengikuti kursus online, minatku untuk menjadi pakar perubatan keluarga, makin pudar, hari demi hari.

Mujur rakan sekerjaku kebanyakan saling bantu membantu, dan masing2 akan ‘update’ tentang pesakit yang pernah aku rawat.

Akhir tahun lepas, kami mendapat lebih ramai pegawai perubatan baru yang telah menamatkan latihan housemanship. Jadi aku makin gembira, sebab makin ramailah tenaga kerja.

Tapi di sinilah toksik pakarku bermula. Pegawai perubatan baru telah menjadi mata-mata beliau, kerana kami hanya bercakap sesama sendiri dan kebanyakan masa mengendahkan beliau kerana beliau memang sentiasa tidak ‘available’.

Apabila ditanya kemana perginya, dikatakan menyertai perjumpaan yang penting dan dia pengerusi, nyawa pesakit tak penting?

“Kalau kamu pasti pesakit tu sangat kritikal, kamu patut rujuk pada hospital bukan dengan saya kan?” Ya, itulah yang kami semua buat selama ni, tidak buang masa utk ‘reach’ dia. Aku lebih ‘patient centered’, ada cme ?

Ada pesakit sedang kritikal, aku attend pesakit dulu, sekalipun setakat demam. Cme pun tujuannya untuk mengajar kita menguruskan pesakit dengan lebih baik.

Cme boleh diulang, pesakit nyawanya cuma satu. Tapi itulah aku dianggap biadap kerana sentiasa terburu-buru keluar. Sedangkan aku tak berniat untuk berbuat begitu.

Pegawai perubatan kesayangan pakarku pernah melihat pesakit yang aku beri rawatan pertama kali dan pesakit tersebut kehilangan kaki kerana “mismanagement”.

Sepatutnya dirujuk awal, kali pertama memang kita akan beri antibiotik, tapi sekiranya antibiotik makan gagal merawat luka di kaki pesakit tadi, dia sepatutnya dirujuk ke jabatan tulang,

Tapi malangnya, selepas berjumpa dengan pegawai perubatan kesayangan tersebut, dia diberi tarikh baru lagi dan diberi antibiotik yang sama. Kecewa sungguh aku masa tu.

Kalaulah aku yang lihat pesakit tu untuk kali kedua dan bukan dia, mungkin pesakit tadi masih boleh berjalan seperti insan lain.

Berhari-hari aku terfikir tentang pesakit tersebut, sehingga aku sendiri menangis, tapi orang kampung sangat percaya dengan doktor, sedikit pun tidak menyalahkan doktor, tapi hatiku teramat sangatlah kecewa.

Tapi apabila salah seorang rakanku menegur, pegawai perubatan kesayangan ni akan mengadu pada pakar dan akhirnya pakar datang dan cakap “kamu pon bukannya pandai uruskan kes, jangan mengata pasal orang lain”. Tegur pon salah, tak tegur pesakit yang jadi mangsa.

Itu adalah kali pertama dan banyak lagi kejadian mismanagement tapi diendahkan kerana bagi pakar di klinikku, pegawai perubatan tersebut baik dan perlu diajar. Bagaimana caranya nak mengajar ? sedangkan menegur pun mengadu domba.

Aku seperti yang aku katakan di awal luahan, perfectionist sedikit apabila menguruskan kes, dan aku akan pastikan tulisanku dapat dibaca. Di klinik kesihatan terdapat juga kes ibu dan anak, dan selalunya kes ibu mengandung memang dipandang serius oleh aku.

Kerana apa? Aku bukanlah seorang ibu, tapi aku ada ibu dan tahukah anda kejayaan sesebuah negara bergantung pada pengurusan kes ibu mengandung?

Kalau banyak kematian kes ibu mengandung, tak majulah negara tersebut. Setiap kali jururawat merujuk aku, akan aku pastikan semuanya aku dah lihat, walaupon terkadang ada perincian yang aku sendiri terlepas pandang, tapi pengalaman mengajarku.

Alhamdulillah, aku makin mahir, walaupon aku sebenarnya berasal dari jabatan kecemasan dan jarang sekali aku melihat ibu mengandung, aku bersyukur rakan sekerja sudi mengajarku satu persatu dan tidak lokek berkongsi ilmu.

Seperti biasa kalau ada kesalahan mesti la akan marah, contoh kesalahan membiarkan ibu mengandung yang tinggi tekanan darah menunggu tidak dirujuk segera.

Walaupon marah tak pernah sekali pun aku reject kes mahupun menggunakan perkataan menghina, kalau marah sangat, ambik dan tengok saja kes tu, tak bercakap lebih.

Tapi entahlah rasanya kroni pakarku memang tidak suka ditegur, pakar tersebut cuba mendesak aku mengaku yang aku ada marah staff dan menggunakan perkataan makian,

Meskipun beliau menafikannya, aku dapat rasakan, sebab aku dilatih untuk bertanya soalan pada remaja bawah umur yang dirogol, soalan yang sama cuma kita ubah corak soalan.

Aku sejenis yang suka tiba awal 30minit di tempat kerja. Tapi malangnya awal 30minit aku digunakan untuk bertanya, dan kalau aku berpuasa aku akan berada di bilik untuk membaca, tapi itu pun digunakan untuk bertanya soalan yang sama.

Aku sendiri merendah diri untuk bersemuka dengan staf tersebut dan mahu menzahirkan ucapan maaf tapi beliau tak pernah menyebut nama staf tersebut.

Tidak terlintas sesiapa di fikiranku yang mengadu perihalku. Seingatku, aku tak pernah marah membentak ataupon memaki, kerana aku masih ingat ajaran agama.

Marah tak boleh menghina, tapi beliau tetap tidak mengendahkan. Dan marahku juga bersebab, mungkin marah masa itu sahaja kerana hal pesakit adalah hal serius, takkan nak bergelak tawa ketika mendapati staf telah membuat kesalahan yang merbahaya kepada pesakit?

Kali kedua dia datang bertanya aku soalan yang sama, aku pun cakap baiklah aku takkan marah lagi, dan tidak akan aku peduli lagi sekalipun kesalahan tersebut merbahaya pada pesakit aku cuma perlu tulis dalam buku pesakit.

Pakar tidak berhenti di situ, dia datang kali ketiga untuk bertanya soalan yang sama, kali ni dia nak mintak aku untuk berjumpa dengan pakar psikiatri sebab aku pernah mempunyai masalah kesihatan mental,

Sedangkan semasa aku merawat pesakit, mentalku terkawal dan semua keputusanku wajar. Dan aku menjadi sangat marah dan aku telah ‘relapse’ . Aku menulis luahan ni sambil menangis.

Mendapat kewarasan mentalku bagiku adalah satu anugerah, walaupun dah berkali2 aku cuba untuk memendam akhirnya perkara tersebut memakan diriku sendiri.

Bagiku pakar di klinikku begitu toksik, semasa aku perlu pakai PPE untuk ambil swab, dia tidak membenarkan kami buka PPE tersebut sehingga dia bagi arahan. Aku faham untuk penjimatan, tapi demi penjimatan tersebut, aku kadang2 rasa nak pitam.

Sedangkan beliau sendiri tak tahan memakai ppe selama tak sampai satu jam. Dan untuk penjimatan tersebut makanan sebelum kami masuk ke ruang swab hanyalah bubur kacang /bubur nasi kosong/ bihun goreng kicap saja.

Sebenarnya aku hanya ingin meluahkan saja, makin pudar minatku menjadi seorang doktor yang bertanggungjawab dan prihatin, malangnya doktor yang pandai mengambil hati pakar saja yang terbela nasibnya.

Mujur rakan sekerjaku masih ada yang baik dan sentiasa menyokong tapi sukar untuk diteruskan kerana gaji seorang doktor berdasarkan markah SKT, dan pakarlah yang bertanggungjwb memberi markah, dan aku mungkin gagal skt pada tahun ini, sekian luahanku

– Doktor N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *