Tolong Aku

Assalamualaikum semua. Terima kasih Admin jika sudi siarkan luahan hati aku ni.

Aku straightforward je lah ye. Aku Suri, seorang ibu dan juga seorang isteri. Seperti tajuk yang korang baca, aku dengan rendah diri nak mohon sedikit bantuan dari korang yang sudi tolong demi untuk kelangsungan hidup kami sekeluarga bulan ni.

Ya, aku buat luahan di sini sebab aku dan suami dah betul2 buntu, tak tahu jalan mana dan dari mana lagi boleh kami mohon pertolongan.

Cerita aku bermula bila aku terpaksa berhenti kerja atas faktor kesihatan diri yang mula terganggu disebabkan keadaan suasana kerja yang terlalu stress dan toksik. Masa kerja yang panjang juga menyebabkan aku terpaksa ambil keputusan macam tu.

Sebenarnya aku tak kisah sangat keadaan kerja dan masa yang panjang tu, asalkan rasa happy dan enjoy bila bekerja.

Tapi disebabkan attitude rakan2 sekerja yang terlalu toksik, ditambah dengan tak cukup tidur (shift malam), keadaan kesihatan aku mula terjejas. Bacaan tekanan darah selalu tinggi dan terpaksa ulang alik ke klinik untuk check up.

Doktor nasihatkan, kalau tak ada jalan lain, dia cadangkan aku untuk bertukar kerja supaya aku dapat stabilkan semula keadaan kesihatan aku.

Untuk makluman pembaca, aku tak pernah ada apa2 masalah kesihatan sebelum ni. Setelah fikir panjang, aku ambil keputusan untuk berhenti.

Alhamdulillah, setelah berhenti, aku rasa lega sangat, stress free dan tekanan darah pun kembali normal. Doktor cakap aku tak perlu mulakan ubat lagi, tapi kena sentiasa alert dengan keadaan tekanan darah aku.

Ya, bila berhenti, hilanglah punca pendapatan aku. Awalnya aku ok. Aku ada buat pelbagai cara untuk cari side income, tapi semuanya tak menjadi dan pulangannya kurang memberangsangkan. Dan bila realiti kos sara hidup mula menekan, aku mula rasa tak happy.

Kesian tengok keadaan suami yang bertungkus lumus kerja, tapi bila dapat gaji, bayar komitmen sana sini, end up tengah bulan dah tak cukup duit. Sebelum ni aku share bayar komitmen dengan dia. Aku rasa bersalah sangat walaupun dia tak pernah merungut.

Makan pun mula bercatu. Dah tak dapat beli apa yang anak2 suka makan. Sorang anak aku autism, jadi agak susah nak fahamkan dia bila kami bagitau takde duit untuk beli apa yang dia nak. Ya, dia akan tantrum kalau tak dapat.

Kami akan cari pelbagai cara untuk distract dia. Kadang2 menjadi, kadang2 tak. End up terpaksa pinjam dari adik beradik/rakan2 demi untuk pastikan sentiasa ada sedikit duit untuk beli apa yang dia nak makan.

Kadang2 terpaksa pinjam untuk top up barang2 keperluan dia. Malunya kami berdua ni, Allah saja yang tau. Tak pernah seumur hidup kami sampai ke tahap ni.

Sebelum ni, puas aku cari kerja lain, yang ada gaji bulanan. Tapi selalunya, kalau umur tahap macam aku ni, hanya gaji hari yang ada. Kebanyakan tempat yang bergaji bulanan, syaratnya berumur 35 tahun ke bawah saja. Aku dah lost count berapa banyak kali aku direject.

Aku ambil jugak yang bergaji hari demi untuk kelangsungan hidup. Syukurlah ada jugak sedikit duit dari takde langsung. Sehari 50.

Selalunya habis beli barang keperluan saja. Top up telur (recycle lauk telur hari2), beras (mampu 5kg saja), sedikit barang keperluan rumah/dapur. Kadang2 tak sempat pun beli jajan untuk anak2. Perit, tapi aku dan suami redha.

Mungkin Allah nak beri kami rasa macam mana keadaannya bila hidup susah, takde duit nak beli makanan, beli barang keperluan pun bercatu, makan bercatu, tak boleh bawak anak2 pergi bersiar sebab segalanya bercatu,

Ditambah ada anak istimewa yang takkan faham situasi semasa ibu ayahnya. Sungguh, pengalaman yang sangat berharga untuk kami suami isteri.

Sekarang, Alhamdulillah, dengan izin Allah, aku dah dapat tawaran kerja seperti yang aku inginkan. Mungkin berkat doa suami, adik beradik dan rakan2 yang memahami situasi hidup kami.

Aku bersyukur sangat dan aku terhutang budi pada mereka yang banyak membantu kami dan memberikan sokongan moral sebelum ni. Allah saja yang dapat membalas.

Disebabkan mereka dah terlalu banyak membantu, aku dan suami rasa sangat malu dan tak mampu lagi dah untuk memohon bantuan untuk kelangsungan hidup kami bagi bulan ni,

Sementara aku nak dapat gaji pertama aku dan sekaligus untuk stabilkan semula keadaan hidup kami. Kami juga takut tak mampu nak membayarnya semula.

Cukuplah hutang2 yang sedia ada, yang tak mampu lagi pun untuk kami bayar disebabkan kekangan kewangan yang sangat kronik sebelum ni. InsyaAllah, kami akan susun semula keadaan kewangan kami once aku dah stabil kerja.

Alhamdulillah, aku tengok dari confession2 lepas, yang lalui keadaan lebih kurang sama dengan aku, ramai yang tampil untuk berikan bantuan. Aku terharu sebab masih ada ramai lagi insan2 yang baik hati dan pemurah, yang memahami dan berempati.

Sebelum ni, aku hanya membaca luahan2 tu semua dan membantu sekadar yang termampu. Tak pernah aku sangka, akhirnya aku jugak menjadi salah seorang confessor yang memerlukan bantuan macam ni. Sungguh, aku malu.

Sekali lagi, aku dengan rendah diri ingin memohon sedikit bantuan pada yang sudi membantu, cukup sekadar kelangsungan hidup kami sekeluarga hingga hujung bulan ni saja (gaji aku hujung bulan). Selebihnya, kami akan berusaha hingga keadaan kembali stabil, InsyaAllah.

Terima kasih pada yang sudi membaca luahan kecil aku ni dan semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNYA, aamiin.

– Suri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

7 Comments

  1. ayat tersusun, penulisan cantik. gaya penceritaan teratur. byk je job yg perlukan skill pandai menulis mcmni. sah2 scammer ni. nyah ko dari sini!

  2. Alhamdulillah, awk dah mula ‘susun’ balik kehidupan awak, cuma mngkin ada sedikit sbanyak utang dgn adk bradik tu lah.. seorang ustaz penah ceramah d radio, katanya : “hidup bkn utk dirunsingkan, tp cari jln utk uruskn..” ..insha Allah suatu hari nt, semua nya akn slesai juga.. yg penting, tunaikn t/jwb kita kpd Allah & jauhi larangan-Nya, di samping itu bnyak2 lah beramal n berdoa.. hidup ini hnya sementara, di Akhirat juga kehidupan yg kekal abadi.. ingatlah betapa ramai lg org2 yg ‘menderita’ hidupnya, ingat Gaza, Sudan dll., klaw pon x boleh byangkn org di M’sia yg hidup susah, atau ‘merempat’, dan syukuri lah hidup yg Allah kurniakn kpd kita.. maaf jika terkasar bhasa.. wasalam

  3. Jangan takut apabila tidak punya rezeki. Takutlah kerana tak ada syukur yang dipanjatkan saat rezeki diberikan.

    Semoga dipermudahkan segala urusan Suri & family..

  4. Try bt part time yg jaga kiosk2 tester makanan kat pasaraya tu ke… Sy pernah dulu bt part time je… Tp kene tahu berape target awk nak sebulan… Sy dulu smggu keje 2 3 hri je.. so sebulan settle sewa bilik, minyak ngan tol pastu makan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *