Tolong Aku

Salam semua..aku sebenarnya banyak kali fikir nak tulis tak kat sini.tapi aku takde tempat nak mengadu.aku taip ni pukul 3pagi sebab tak boleh nak tidur.aku harap korang boleh tolong aku dan beri pendapat yang bernas.

Ceritanya nya macam ni.abang aku meninggal bulan 12 2017..abang aku memang bekerjaya dan kaya.paling kaya dalam semua adik beradik aku.dia ni dikatakan bank la kalau keluarga aku ada masalah.

Nak dijadikan cerita.selepas meninggal abang aku sakit dalam setahun jugak.duit memang banyak habis kt hospital.boleh dikatakan sebelum dia meninggal kami ingatkan ada duit rm5 je dalam poket dia.jangan kata kami tak tolong.memang kami tolong dan berhabis duit jugak..setahun abang aku tak kerja jadi simpanan pun makin susut.

Atas rasa tanggungjawab kami betul2 menjaga kakak ipar dan 2 orang anak saudara.keadaan kembali normal walaupun kami masih sukar nak terima abang aku dah takde.

Bulan 2 aku dapat panggilan dari kakak aku ipar minta bawakan mak aku ke pejabat kwsp dan seangkatan dengannya untuk settle kan segala urusan.dari situ kami dapat tahu duit abang aku banyak lagi.sangat banyak sebenarnya bagi aku yang mengganggur ni.haha.lebih 1 juta termasuk dengan insurans,kwsp,barang kemas simpan kat bank dan lain -lain.

Kebetulan masa tu mak mertua abang aku ada jugak.mungkin terkejut dengan jumlah tersebut
Mata mak mertua abang aku keluar bintang-bintang keriangan.selepas 2 hari aku nak jumpa anak saudara aku dekat tadika.tapi tak boleh jumpa.mak mertua abang aku siap bagi gambar dekat cikgu taska siapa yang tak boleh jumpa cucu dia.

Aku memang tak nak buruk sangka dengan orang tua tu jadi aku call kakak ipar aku.kakak ipar aku tak boleh nak jumpa sebab masih dalam iddah dia mampu menangis je sebab kata mak mertua abang aku yang bekorban selama ni adalah dia.tapi dia tak dapat apa apa.aku tak tahu berkorban dari segi apa sebab abang aku sakit setahun memang tinggal kat kampung.dia melawat sebulan sekali dalam 2 jam dah balik .ohh lupa abang aku dah kahwin 5 tahun.

Selepas kematian abang aku ramai kawan dia melawat dan bayar hutang lama.banyak juga terkumpul tapi aku dengan mak aku je tahu sekarang ni.kakak ipar aku pun dapat juga dalam 10k.duit tu dah habis beli barang konon nya keperluan anak saudara aku.perabot, tv baru ,sofa baru ,cincin sebentuk setiap ahli keluarga kecuali kakak ipar aku.

Selepas panjang lebar aku membebel ni urusan pejabat ada lagi yang tak selesai tapi mak mertua abang aku dah tak nak jumpa.dah takde urusan katanya.esok aku seorang akan berjumpa dengan mak mertua abang aku untuk menyelesaikan masalah ni.segala harta abang aku tak difaraidkan lagi.adik beradik aku masih x tahu lg hal ni sebab tak nak ada adegan serang menyerang.apa patut aku katakan kat mak mertua abang aku ni.sedangkan hal ni takde kaitan pun dengan dia.bila dia sorok anak dan cucu dia.ini yang menjadi masalah.kesian kat mak aku hari hari nangis mengenangkan urusan dunia abang aku tak selesai lagi.

Peningnya bila aku dengan mak aku je yang tinggal kat kampung dan berdua je fikirkan masalah ni.aku susah hati.aku tak nak sibuk hal macam ni aku rasa aku x matang lagi nak berurusan tapi mak aku mintak tolong aku supaya pihak sana berlembut hati.

Tolong aku ye.

– Cik mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *