Tolong Aku

Assalamualaikum semua. Aku memang dari broken family. Ayah aku memang dah tak ambil peduli pasal kitaorang since mak dengan ayah aku bercerai dari aku form 1 lagi. Dalam rumah hanya ada aku, emak dan adik lelaki aku. Mak aku pula sekarang menghidap kanser usus sejak tahun 2014. Itu saja la intro daripada aku.

Disebabkan aku anak sulung dan perempuan serta mak aku perlu bekerja untuk membesarkan kami adik beradik maka aku sudah diajar buat kerja rumah seperti memasak, lipat kain, basuh baju dan sebagainya sejak aku sekolah rendah lagi. Aku bersyukur untuk itu kerana sekarang semua benda aku boleh boleh buat terutama memasak. Tetapi point aku disini kan kenapa hanya aku saja dididik untuk melakukan semua kerja rumah tetapi bukan adik aku. Aku tahu adik aku lelaki tetapi bagi aku tidak salah sekiranya lelaki tahu membuat kerja rumah. Ini katil sendiri pun tidak reti kemas semua benda nak aku buat kat rumah tu. Adik aku pun bukan kecil lagi dah berusia 26 tahun kot tahun ni.

Aku rasa nak memberontak sebab semua benda aku kena buat. Memangla dapat pahala kalau buat baik kan. Tapi kat rumah tu duduk 3 orang sama2 la buat kerja. Ini suruh buang sampah pun sampai berkulat sampah tu belum tentu akan dibuangnya. Banyak kali aku mengeluh dan tegur kat adik dengan mak aku. Kalau tak nak tolong buat kerja rumah tak pe tapi jangan la buat sepah. Kalau dah amik sesuatu barang letak balik kat tempat dia. Bangun tidur tu kemas la katil sendiri.Dah makan tu basuh la pinggan sendiri. Ini tidak aku la kena masak aku la kena hidang aku la kena basuh pinggan semua aku kena kemas rumah semua. Aku jdi tertekan sampai rasa nak bunuh diri pun ada.

Benda ni berulang kali kat aku sampai satu tahap aku akan menjerit macam orang gila sebab terlalu tertekan tengok keadaan rumah. Mak aku ni pulak jenis beli barang tak pikir ada tempat tak nak letak barang tu sampai rumah kter orang penuh dgn barang. Kadang2 kalau aku mengemas mmg aku akan senyap2 buang barang2 yang tidak berguna tu. Lepas beli barang mak aku akan biarkan sahaja sebab dia tau aku akan kemas barang2. Kadang2 aku mengeluh sebab pagi2 lagi aku dah bangun sebab nak sediakan makanan untuk adik dengan mak aku sebelum aku pergi kerja.

Adik aku memang satu ape pun dia tak buat. Kalau beli barang dapur memangla aku la kena angkat sampai tingkat 2 tanpa lif sebab rumah aku rumah flat 4 tingkat. Disebabkan selalu angkat barang berat sampai aku punya peranakan jatuh. Sampai satu tahap aku rasa aku tak perlukan lelaki dalam hidup aku sebab ayah aku sendiri dah buang aku yang sepatutnya jadi pelindung aku. Adik aku sendiri tak pernah hiraukan kakak dia tapi kalau dengan gf dia kemain amik berat. Siap tanya gf dia depan aku sb time tu gf dia dtg rumah and gf dia ada tlg aku hidangkan makanan dan basuh pinggan “penat ke buat kerja tu?” Aku pun cakapla “amboi dengan aku kau tak pernah tanya pulak dah la aku mcm bibik kat rumah ni”.

Aku rindu nak merasa masakan emak aku. Bila aku dengar kawan2 aku cerita mak dorang masak tu mak masak ni arini. Aku diam je bila dengar pasal mak dorang. Lepas tu bila dengar kawan2 aku crita pasal ayah dorang itu ini. Rasa seronok bila dgr cerita kawan2 aku tu. Kwan2 smua ada keluarga yang lengkap. Kalau dari broken family pun tapi ayah dorang still amik tau pasal dorang. Macam2 kan kter akan jumpa orang kat dunia ni. Kadang2 aku rasa tak bersyukur dengan takdir hidup aku.

Sekarang ni aku rasa penat aku memberontak sampai aku tak ambil peduli pasal rumah bersepah ke ape ke. Aku biarkan rumah aku mcm tu tapi aku masih menyediakan makanan tengahari untuk dorang. Aku rasa nak lari dari rumah tapi mak aku kan ada kanser tak boleh tertekan sebab tu aku masih stay kat rumah tu. Aku harap korang dapat membantu aku dengan kata2 nasihat atau cadangan apa patut aku buat.

– Gadis Buntu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *