Tolong Aku

Assalamualaikum pembaca semua, aku Nisa seorang student uni. Maaf kalau korang tak berapa nak faham penulisan aku, sebab aku memang tak pandai menulis isi hati aku.

Aku menulis ni sebab aku tak tahu nak luah kat siapa. Aku tak nak orang yang kenal aku tahu apa masalah aku. Sebab aku tak suka, sebab aku pernah tersilap orang. Habis semua dia bagitau, dan diaorang bersikap lain dengan aku.

Aku tersepit dengan depression kawan aku. Kami berkawan baik dan dia ada seorang boyfriend. Kalau dia ada apa2 masalah, memang dia akan bagitau aku dan aku cuba menjadi seorang pendengar dan tak menghebohkan pada orang lain. Sebab aku taknak dia terkena macam aku, iaitu meluahkan pada orang yang salah.

Hari demi hari, depression dia semakin teruk. Dan pada masa tu juga aku terbuat kesilapan yang memang aku tak terniat pun nak sakitkan hati dia. Aku keluar dengan kawan2 aku yang lain tanpa mengajak dia. Dia terasa dan dia bersikap dingin denganku pada hari esok.

Macam mana aku tahu? Dia ada tulis kat status dia yang dia mempunyai kawan2 sampah. Aku terasa sebab aku juga kawan dia.

Dan Bf dia ada bagitau aku yang kawan aku tu terasa dengan ku sebab aku tak mengajaknya keluar,kawan aku rasa yang tak ada orang nak kawan dengan dia. Aku sayang kawan aku sebab dia juga pernah berbuat baik dengan aku. Dia juga banyak tolong aku waktu aku susah.

Aku tahu masalah dia yang menyebabkan aku sayang kat kawan aku. Tapi hati aku sakit sangat bila dia mengatakan dia mempunyai kawan2 sampah. Yang mana aku juga merupakan salah sorang kawanya. Dan, aku TERASA yang tak boleh nak tempiskan.

Aku bagitau kawan2 ku yang lain pasal benda ni sebab aku sedih sangat. Dan diaorang memujuk aku dan menyalahkan kawan aku yang depression tu. Hati aku bertambah sedih. Hahahahah aku tak tahu apa masalh aku ni sebenarnya.

Nak apa? Orang dah comfort kau. Kau nak apa lagi? Yang kau sedih lagi kenaapa? Aku tak tahu kenapa dengan aku ni. Aku sedih sebab diaorang salahkan kawan aku tu wlupun aku cakap yang dia ada depression. Tapi buat apa aku nak kesah lagi! Aku cuma taknak bertambah teruk lagi keadaan. Tu jer.

Aku menangis bila fikir masalah ni. Walaupun dah lama, smpai sekarang aku menangis bila teringat balik. Aku dah tak nak bercerita apa2 masalah aku kat orang lain. Aku pretend yang aku happy dengan kawan2 aku. Lagi2 dengan family aku. Aku taknak diaorang fikirkan masalah aku.

Tapi klu aku sorang2 aku jadi tak kenal dengan diri aku. Kadang2 aku marah diri aku supaya aku jadi seorang yang pentingkan diri. Tapi lepas aku marah2, aku jadi sedih balik. Tapi bila aku keluar dengan family or kawan2 aku, aku jadi normal balik.

Aku rasa ada something dengan diri aku. Aku jumpa doktor time cuti sem secara senyap2 tanpa ada orang yang tahu termasuk family aku. Dan doktor cakap aku ada depression. HAHAHAHAHA.

Memang penyakit depression ni boleh berjangkit ke macam mana? Ke aku jer yang over. Peduli sangat dengan orang lain. Baik sngat dengan orang lain. Melebihkan orang lain lebih dari diri sendiri.

Hahahaha memang aku ni nak gila. Aku cuma sedih. Tu jer SEDIH, sebab kenapa kebaikan aku orang pandang serong sangat. Baik sangat ke aku ni smpai orang pandang remeh dengan aku. Memang aku pelik. Tolonglah aku. Aku nak jadi orang biasa. Yang happy.

Aku dengan family alhamdulillah ok. Apa pandangan korang melalui penulisan aku ni? Aku ni boleh gila ke? Tolong nasihat aku. Assalamualaikum.

– Nisa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *