Tolong Aku, Aku Sakit

Assalamualaikum semua. Aku tak pasti confession aku disiarkan atau tidak tapi aku harap disiarkan agar aku dapat jumpa penawar dan dapat tolong orang-orang yang mempunyai masalah seperti aku.

Aku Ainul. Pelajar IPTA dan masih lagi belajar. Confession aku ringkas. Sebelum itu, aku terangkann sedikit tentang diriku ini. Aku orangnya ramah, aktif dan ambervert, dan aku berdarah kacukan. Aku suka beraktiviti dan aku amat meminati al quran. Aku sering mengikuti program NGO yang tidak ada kaitan dengan universiti aku untuk aku terus dalami agama dan supaya aku tidak terserempak dengan kenalan aku. Aku malu.

Aku buntu. Badan aku hampir setiap hari sakit mencucuk di bahagian dada dan pinggang. Setiap kali aku ke kelas aku terpaksa tahan dengan pura-pura riang dan senyum tapi sebenarnya aku menahan sakit sampai nak berjalan kalau tidak tahan sangat aku akan ketap bibir. Supaya sakit aku kurang. Pernah satu hari waktu pagi-pagi badan aku dari pinggan ke bawah sakit mencucuk yang teramat sangat sampai aku pengsan. Allah jew yang tahu betapa sakitnya aku. Doktor? jujurnya sudah dua tahun aku berjumpa doktor dan bermacam-macam suspect dah doktor khabarkan pada aku tapi pengakhirannya doktor cakap badan aku tiada masalah. Pernah aku cek dengan doktor dah scan semua doktor katakan tulang belakang aku scoliosis namun bila aku buat pemeriksaan lagi sekali tahun ini tulang belakang aku normal. Aku jadi pelik tapi aku diamkan sahaja. (Aku buat medical check up di hospital lain semula). Sementara itu, badan aku semakin hari semakin sakit dan aku semakin sukar untuk ke kelas. Dari pinggang ke bawah sakit yang amat. Tiap malam aku perlu struggle untuk dapat tidur seperti biasa dan berpura-pura aku tak merasai sakit itu.

Untuk pengetahuan semua, aku sakit ini sejak 2 tahun yang lepas lagi sampaikan aku terpaksa buat keputusan untuk pindah universiti yg berdekatan dengan rumah aku biarpun waktu itu aku dah last semester. Cumanya waktu itu lebih teruk bila mana sepanjang aku belajar di sana aku juga follow up dengan doktor setiap kali aku sakit tapi jawapan hampa. Doktor kata aku sihat. Kemuncaknya bila lecturer aku bacakan hanya sepotong ayat ruqyah terus aku rebah sebab waktu itu aku kelihatan sangat tidak sihat dan badanku kurus mendadak. Aku turut dirawat di unit kesihatan universiti aku sendiri tapi dengan kaedah perubatan islam. Tapi kini sudah 7 bulan aku sihat seperti sedia kala. Untuk pengetahuan korang, Qoran yang aku bawa bersama sewaktu aku belajar di universiti itu hilang sepanjang aku tidak sihat bahkab sampai sekarang aku tertanya-tanya kemanakah Qoran aku itu. Mungkin aku terbuang dalam keadaan aku tidak sedar. Sedangkan Qoran itulah yang bawa dia tidur bersama aku sepanjang aku di sana.

Tapi sekarang aku mula sakit kembali sepanjang aku satu semester di sini. Malah sakit ini lebih sakit dari dulu. Aku lebih sukar untuk berjalan, dalam kelas aku seolah-olah hilang ingatan untuk sementara sampaikan untuk cover malu aku cakap aku terlupa. Aku tak mampu fokus seperti biasa, tiap kali hari aku akan duduki exam pinggang aku jadi sakit teramat dengan cengkaman menyucuk yang sangat kuat di kaki tapi aku gagahkan juga ke kelas, kawal minda aku dengan menyatakan aku tidak rasa kesakitan itu. Tapi aku tahu diri aku semacam ada yang tidak kena. Setiap hari aku sakit. Aku sudah pun berjumpa dengan specialist tapi jawapan dari beliau buat aku hampa. Dia menyatakan aku tidak sakit apa-apa.

Aku perasan bila mana aku akan semakin lupa, aku teringat aku yang duduk semasa sakit di universiti lama aku, aku terus tidak mengingati beberapa rakanku di sana. Aku gusar. Aku sebolehnya tidak mahu sakit seperti dahulu. Mungkin bagi kamu, hajat aku ini kecil sahaja. Tapi cukup besar bagi aku memandangkan jalan aku penuh liku. Aku ingin, aku ingin tamatkan pengajian aku ini walau apa cara sekalipun. Sungguh! Apa yang aku sedang semai ini bukanlah untuk diriku tapi untuk orang yang aku sayang. Aku buntu apa sebenarnya sakit yang aku alami? Puas aku cuba mencari penawar namun sakit seperti ini datang kembali. Untuk pengetahuan korang, aku dinikahkan atas alasan keselamatan ku memandangkan aku dahulunya pernah diganggu dengan cara yang agak keterlaluan bagi aku. Tapi aku redha dengan pilihan keluarga aku yang inginkan yang terbaik untuk diri aku.

Bantulah aku. Makin aku dekati agama makin aku semakin kesakitan. Bantulah aku untuk mencari penawar. Aku punyai hajat yang besar biarpun bagi kamu cukup kecil sahaja. cukup mudah untuk kau gapainya. Aku yakin Allah bersamaku dan akan membantu aku mencari penawar dalam setiap kesakitan. Kadang, aku terfikir. Berapa lama masakah aku ada untuk aku gapai impian aku? Bagaimanakah nanti keadaan aku bila mana Allah mula menghendaki aku? Aku mahukan kematian yang sebaik-baik kematian namun aku tidak mahu kalah dengan dugaan mainan di dunia ini. Sebolehnya aku berusaha dan berikhtiar akan diberi kesembuhan. Sebab aku yakin Allah lebih memandang pada usaha hamba-hambanya yang lemah ini.

Aku minta maaf kalau Confession aku ini tungggang-terbalik. Aku cuma perlukan sedikit pandangan dan bantuan. Aku yakin ada lagi yang berdepan dengan masalah seperti aku dan buntu mencari jawapan. Aku menaip sambil menahan sakit menatap nota-nota aku.

-Aku kepunyaan Dia.

– Tokyo Malaysia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit