Aku nak cerita sikit pasal hidup aku. Aku selalu tolong pak sedara jadi jockey live. Waktu cuti sem aku habiskan sepenuh masa sepenuh hati tolong dia. Sampai tak balik kampung jumpa mak ayah.
Niat aku simple je, nak tolong bisnes dia, dan nak cari duit belanja. Pak sedara pun selalu puji cara kerja dan harap aku selalu balik tolong bisnes dia.
Sehari kerja dapat RM35. Termasuk makan minum dan tempat tinggal. Tapi kerja bukan setakat jadi jockey. Cover banyak hal termasuk packing, pos barang, susun barang, layan customer semua lah. Cuci tandas pun kena. Kadang dia suruh beli rokok pun aku buat jugak. Ok je. Sebab aku suka kerja di situ.
Masalah timbul bila aku dah habis belajar. Of course nak kerja sama bidang yang aku belajar. Ada senior share peluang kerja kat KL. Menarik lah kan. Gaji pun ok untuk survive sorang-sorang kat sana.
Tapi pak sedara ni sentap habis. Dia mula tuduh aku tak kenang jasa. Siap kata aku tipu dan bagi harapan palsu kat dia.
Dah lah tu, dia kata selama ni dia susah payah create job kat kedai semata-mata nak make sure aku ada kerja setiap kali cuti sem. Aku is like what the heck bro?
Yang buat tambah bengang bila cerita aku ni dia jaja kat mak ayah. Masa dia beritahu tu, mak ayah senyap je. Sengih macam orang kampung. Tapi nampak mata diorang berkaca.
Mak ayah memang jenis tak cakap banyak, selalu sengih kalau kena kecam. Orang kampung… hina sangat lah agaknya di mata pak sedara ni.
Pak sedara ni dulu miskin. Tapi atas usaha gigih dia, Allah bagi dia kaya raya. Boleh beli aset guna cash sahaja. Rumah besar, kereta mewah, semua beli cash. Jadi sekarang cakap pun berdegar-degar.
Masa dia datang rumah, dia kata aku dah tipu dia. Dia kata aku pernah janji nak kerja dengan dia. Nak tolong mantapkan bisnes dia. Dan dia kata aku sombong lepas ada degree. Konon berlagak nak kejar gaji banyak kat KL. Dia kata dia susah payah latih aku untuk hidup senang.
Tapi aku tak sabar. Nak jugak pergi hidup susah kat KL. Masa dengar tu otak aku macam pening kejap. Kenapa dia marah? Ini kan hidup aku? Aku ke yang salah? Ke apa kes sebenarnya? Jadi aku banyak diam time dia mengadap mak ayah haritu.
Sebenarnya aku tak ingat pun bila masa aku akad janji macam tu. Yang aku ingat, pak sedara ni suka rambling masa buat live. Bila dia tanya apa-apa depan live audience, aku just angguk-angguk, cakap insyaallah…
Kadang time tu aku tengah tap-tap skrin phone bagi naik rating TikTok live. Tak pun aku tengah packing barang nak pos cepat. Tapi takde lah bincang heart to heart pasal kerjaya aku kat kedai dia.
Sekarang aku dah angkut semua lain baju keluar dari rumah dia. Duduk kejap kat kampung tenangkan hati. Waktu ni aku teringat kenapa ramai komplen susah kerja dengan keluarga sendiri. Sekarang baru aku rasa setepek kat batang hidung.
– Budak baru belajar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit