Tolong aku. Aku perlukan jawapan secepat mungkin dari orang yang berpengalaman.
Andai kata suami korang ada depression, dan dia memang on ubat. Bila dia ugut nak bunuh diri, mungkin kah dia akan buat?
Aku cerita ringkas je lah, eh. Suami aku kantoi chat dengan amoi seksi. Suka club. Dah pernah peluk cium dalam kereta. Dan kantoi sebab aku baca chat diorang.
Laki aku menangis, pujuk aku beria. Janji tak akan buat lagi.
Bila aku dah ok, rupanya dia masih contact amoi tu. Dia ingat aku bodoh gamaknya takkan kantoi kali kedua. Dia sendiri mengaku sayang nak putus sebab amoi tu seksi.
Sekarang aku nekad nak berpisah. Tapi laki aku nangis, keluar rumah. Dia peluk cium anak-anak dan minta maaf dengan aku. Dia suruh halalkan makan minum dia.
Siang nanti aku nekad nak lari bawa anak-anak. Korang rasa kalau aku lari, dia akan bunuh diri betul-betul tak? Atau sekadar nak pancing aku je?
Tolong aku, guys, bagi pendapat korang. Aku memang dah tak boleh nak maafkan dia. Tapi aku tak naklah sampai dia mati pula.
Dia masih ayah kepada anak-anak aku. Sikit perasaan sayang tu masih ada sebab dah 10 tahun kami kahwin. Jadi aku tak nak kes ni jadi kes bunuh diri.
Tolong aku…
– Kantan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Laki kau ada ciri2 narsisistik dan manipulative.
Dia sengaja dera mental dan emosi kau.Bila kau nak keluar dari toksik relationship tu dia akan pura2 gila merayu minta maaf…semua tu wayang
Ko akan didera dianiya dipermainlan sampai mampus selagi ko pilih utk stay dlm perkahwinan ni.
Dia akan gunakan anak utk raih simpati dan bls dendam dkt ko bila ko dah berjaya cerai dgn dia.
Dia nk bunuh diri?Tu wayang je…taktik org psiko.
Kalau ya nk bunuh diri silakan ckp dgn dia.
Lari la weh drp laki mcm ni.Bahaya..silap2 ko yg gantung diri
Kak. Dah 10 tahun kawen pun xkan tak sure lg nak buat apa? Kompom x yg laki akak tu betul² pesakit jiwa? Ada hitam putih dr doc? Dia on meds? Hafal nama ubat? Kalau ada prescription dr doc, pegi tny doc how severe mental health issue dia. Lain tahap mental, lain ubat dia. Ugut bunuh diri? Sila hubungi badan² yg berkaitan ttg mental health patient ni. At least ngko dh do something before things really happen. Tp time dia peluk cium amoi tu, mental dia sihat pulak eh..? Time kau mintak berpisah je la mental dia jd gitu eh kak? 10 tahun dh kawen, takkan la x boleh baca lg mental laki kau ni kak. Pastu kak, jgn la pasal mental laki kau, anak² kau dgn kau skali jd mental nnt. Mmg la dia ayah. Tp anak² kau tak perlu kot ayah yg gitu. Fikir jgk kesan jangka panjang mental anak². Ok kak..?