Tolong Aku, Siapa Ada Masalah Hormon

Assalamualaikum semua. Straight to the point. Aku seorang ibu awal 40an, rendah 1.5m kecik dan kurus. Kurus pun jadi masalah tau sebab tiap kali orang tengok aku, orang akan tanya aku sakit ke..

Aku harap korang ada masalah hormon dapat baca sampai habis dulu sebab aku perlukan cerita dan opinion dari korang.

Aku dari remaja memang kecik dan kurus.. kalau berat cecah 48kg tu hanyalah time mengandung. Berat stagnant selalunya 39-40kg je hingga sekarang..

Nak dijadikan cerita, aku pernah buat blood test dengan doc private yang nutritional medicine approach (bukan doc mainstream), asalnya nak tahu tahap VitD deficiency je, tapi nampaklah masalah2 lain sekali.. especially masalah HORMON..

Tahap LSH, LH, thyroid, homocysteine, progesterone, DHEA dan macam2 lagi la… memang doc cerita pasal masalah hormon aku ni tapi aku nak cerita pun aku tak reti..

Kos checkup (full blood test) boleh tahan, supplement yang dibekalkan pun costly untuk aku consume tiap bulan.. (nangis).. supplement BComplex, DHEA, Progesterone (sebab tahap estrogent aku tinggi – so nak balancekan), Mg, Zinc, VitD, selenium (Thyroid- hypo).

Thyroid aku range normal tapi untuk optimum kan tahap aku dapat supplement untuk thyroid.. Supplement ni semua doc kata menghampiri/menyerupai hormon sebenar..

Tapi masalahnya kos supplement dan blood test yang tinggi tu buat aku tak dapat nak repeat blood test (untuk tahu tahap selepas aku consume supplement ni – consume 3-5bulan je pastu dah stop…)

Memang banyak perubahan yang aku perasan lepas aku makan supplement tu. Aku tak macam naga dah.. tahap stress dan kemarahan aku tak macam dulu…

Aku impressed jugak sebab aku tahu situasi2 yang biasa akan buat aku marah, tapi aku perasan aku tak marah pun…

Aku perasan sangat perubahan ni, rasa bersyukur yela kadang2 aku sendiri nangis sebelum tidur sebab anak2 kena marah dengan aku haritu..

Aku dari dulu chronic fatigue, urusan rumah tangga handle sendiri, penat anta jemput anak balik sekolah pagi petang, husband selalu outstation, pendek kata semua kena buat sendiri a-to-z.

Long story short, lepas anak ke 3 lahir tahun ni, emosi aku makin teruk, aku sedih sangat.. Anak 2nd aku kalau nak cerita sesuatu, mesti akan sebut dulu,

“Ibu jangan marah ea kalau saya bagitau ni…”

Ada masa aku letih penat malas dah nak leter2 kat anak2, aku kata, “baik ibu mati jela sebab ibu rasa ibu tak mampu buat yang terbaik.. ibu ni asyik marah je”..

Anak yang sulung aku pun kata, dia pelik dengan aku, kadang ibu ok, kadang ibu tak ok… ibu ni alien ke?

Sungguh aku sedih dengan diri sendiri..

Aku ni depression ke, atau sekadar tak dapat control emosi disebabkan masalah2 hormon ni… aku rasa dah awal 40an ni masalah hormon ni betul2 mengganggu aku.. mental health aku tahap worse..

Sex drive aku tak ada, lepas bersalin ni kaki aku dah tak boleh bersila (hip lock syndrome), fatigue, frozen shoulder..

Disebabkan aku ibu, aku tak boleh nak abaikan masalah2 tu semua demi diri aku sendiri untuk ahli keluarga aku.. jadi aku nak cari solution.

Tolongla pembaca2, aku perlukan cerita dan pandangan dari korang..

1. Boleh ke aku buat checkup dekat govt hospital, hospital nak layan ke?

2. Korang biasa cek hormon kat mana? Bolehla suggest Dr yang korang follow kat fb ni untuk aku tambah ilmu.

3. Apa perubahan korang lepas buat treatment?

Tolong ye.. share2 info…

– Kejora (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *