Nama aku Nira. Dah kahwin hampir 9 tahun. Ada dua orang anak (6 tahun & 4 tahun). Aku memang suri rumah sepenuh masa (sebelum ni pernah bekerja, tapi diberhentikan kerja semasa aku mengandung anak kedua).
Ceritanya begini, aku laki bini memang dah plan nak cari kerja tahun depan (2024) memandangkan anak-anak dah besar sikit.
Memang aku dah survey sesiap lah sekolah anak, transportation anak pergi balik sekolah, transit untuk anak tahun depan. Kiranya kalau aku diterima bekerja takde lah aku kalut sangat nak hantar anak ke mana.
Zaman ekonomi sekarang ni memang tak boleh kalau nak harapkan suami sorang je bekerja. Kami ada impian untuk beli rumah.
Sekarang ni kami cuma menumpang di rumah orang tua aku (rumah yang ke-2 orang tua aku). Rumah ni kami duduk takde bayar sewa pun kat ibubapa aku.
Orang kata memang duduk free lah. Duduk sini pun cuma tinggal cuci kaki je sebab semua barang dalam rumah ni lengkap dan selesa.
Ibubapa aku memang ada sesekali datang sini dan tidur di rumah ni (dua minggu sekali memang akan datang dan tidur di rumah ni).
Sebelum ni, 3 tahun kami tinggal dirumah mak mertua. Tapi disebabkan selepas adik ipar bercerai dan tinggal dirumah tersebut kami terpaksa lah angkat kaki dan tinggallah kami dirumah ibubapa aku ni
(beberapa bulan aku pernah duduk sekali dengan adik ipar dan anak anaknya-penat mental dan fizikal aku)
Nak dijadikan cerita, sekarang ni mak mertua aku tengah sakit (patah kaki asalnya tapi tak dapat nak operate kakinya sebab ada sakit lain.
Jadinya hold dulu untuk operate kaki. Mungkin 6-7 bulan lepas mak mertua aku dah bebetul sihat baru operate kaki) dan baru beberapa bulan keluar hospital. Mak mertua aku patah kaki.
Masa kat hospital mereka anak beranak memang dah bincang kalau mak mereka boleh keluar hospital nanti mak mereka duduk dirumah kak long (kakak suami aku).
Tapi kebetulan masa mak mertua aku dapat keluar hospital, kak long tu tengah outstation beberapa hari jadinya memang takde kat rumah.
Suami aku pun bawalah mak mertua aku tu duduk di rumah kami sementara nak tunggu kak long balik dari outstation.
Selang beberapa hari kak long balik, kak long pun datang dengan anak-anaknya untuk amik mak mertua aku. Anak-anak kak long semua dah besar juga dalam 16 tahun & 17 tahun.
Tapi mak mertua aku ni macam tak nak pulak duduk dengan anak dia, kak long tu la. Dia menangis kata nanti siapa nak jaga dia, angkat dia semua kalau dia balik rumah kak long.
Aku laki bini dah jadi serba salah sebab asalnya memang adikberadik kata mak nanti duduk dengan kak long sampai lah mak dah boleh buat operation kaki.
Kami ni pun serba salah juga sebab rumah yang kami duduk ni bukan rumah kami. Mak ayah aku pun kekadang balik sini.
Tapi buat sementara ni suami aku kata mak mertua aku kena lah cuba duduk kat rumah kak long tu sementara anak-anak kak long tengah cuti sekolah dua minggu ni. Mak mertua aku sekarang ni kat rumah kak long.
Kat rumah kak long tu, kak long banyak suruh anak-anak dia uruskan nenek mereka. Yang mudah-mudah jela. Macam sediakan makanan, bagi makan ubat dll.
Yang berat-berat rasa anak-anaknya tak boleh nak buat dia akan uruskan dengan suaminya. Rumah kak long dengan rumah mak mertua aku tu dekat ja. Jalan kaki pun boleh.
Oh ya, sebelum tu aku nak bagitau adik suami aku tu dah pindah rumah ya duduk dengan suami dia balik. Rumahnya pun dekat juga dengan kawasan rumah kak long dan rumah mak mertua aku tu. Satu taman ja.
Mak mertua aku ni dah tak baik dengan suami adik ipar aku tu. Satu keluarga lah memang tengah tak baik dengan suami adik ipar aku tu. Sebab suami adik ipar aku tu dah banyak buat perangai.
Jadinya sekarang ni, macam mana ya? Mak mertua aku ni dah cakap siang siang nanti anak-anak kak long sekolah mak mertua aku nak duduk sini dengan aku. Aku ni nanti nak bekerja. Kalau aku kerja nanti, pun sama juga takde orang tengok dia kat rumah.
Dan kalau nak duduk lelama dengan kami, kami pulak macam tak berapa nak selesa (bukan apa, ni bukan rumah kami- dan kalau bil api air semua tertunggak kat rumah ni ayah aku yang tolong bayarkan walaupun kami cakap nanti kami settle slow- slow. Jadinya kami pun segan lah).
Kang nanti aku dah kerja, ada pulak mulut-mulut jahat kata aku ni time gini lah baru nak kerja, taknak jaga mak mertua lah apa lah blablabla. Padahal kami lakibini memang rancangnya begitu-untuk cari kerja tahun depan. Jangan suruh aku duduk rumah mak mertua aku erh!
Aku memang taknak duduk sana dah. Banyak sangat makan hati lepas adik ipar aku bercerai kami semua kena duduk serumah dulu tu.
Aku memang kena keluar bekerja ya. Aku tak boleh buat duit dengan berniaga lah, jadi dropship semua tu. Suami aku ni lain macam sikit. Dia ingat kalau aku kat rumah ni takde buat pape. Boleh tidur je. Kerja rumah dan hal anak-anak semua aku settle dari a sampai z.
Kau bayangkan erh aku ada dua orang anak tapi plus sorang lagi anak (suami aku). Suami aku ni nak membantu kerja rumah jauh sekali tapi orang kata jangan lah menyusahkan aku. Kau faham-faham sendiri jela macamana perangainya.
Ni masa mak mertua aku duduk pun memang kebanyakkan aku yang kena uruskan mak dia-mandi, makan dll. Penat berganda. Merungut ke apa ke takde guna pun.
Dan duit nafkah aku pun RM100 sebulan walaupun gaji suami aku RM5-6k sebulan (rumah tak bayar, tapi hobi yang mahal).
Aku pun dah malas nak cerita panjang lebar pasal suami aku ni. Sebab sekarang ni masalah aku mak mertua aku ni ha.
Korang tolong bagi cadangan. Terima kasih.
– Nira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kena bertegas dalam lembut.
Kata2 kena manis tetapi diakhirnya kena tegas untuk bantu jaga mak mentua tu dirumahnya sahaja bukan bawa tinggal bersama du rumah emak bapa kamu.
Memang keasihan emak mentua tapi dalam masa ya g sama harus ingat,itu rumah ibu bapa kamu.Bila dah datang duduk situ bukan mudah nak bawa keluar semula..
Dunia sekarang kebanyakan orang memang hanya akan lepas tengkuk sendiri.
Ya,betul jaga mak mentia banyak pahalanya,tapi dosanya juga sedang menanti melaui “ujian” jaga mentua dan ujian mak ayah kamu kecil hati.Mak ayah kamu dah cukup baik memberi tempat tinggal percuma yg kadangkala bil juga percuma.Jangan kerana nak jaga hati mentua dan suami..kamu dan keluarga mak bapa kamu jadi korban perasaan.
Benar,kita juga akan ada anak,akan jadi menantu,akan jadi mentua.Jadi anak/ menantu tolonglah jangan jadi beban mak bapa dan mentua..
Jadi emak bapa/ mentua pula janganlah ambil kesempatan menyusahkan anak/menantu tertentu demi nak selamatkan anak/menantu tertentu..
Maaf jika nampak macam saya pula meluahkan perasaaan….hahihu