Tolong Bagi Aku Kekuatan

Assalamualaikum semua… Pertama sekali aku ingin ucapkan terima kasih pada admin andai ceritaku disiarkan.

Sebelum aku menulis lebih panjang, aku mohon jangan komen apa² jika tidak ada kata-kata yang baik yang mampu kalian berikan. Jangan trigger anxiety aku.

Saat ini aku perlukan kata² semangat dari kalian yang membaca cerita ini kerana aku dalam fasa ingin move on. Akan aku baca satu persatu komen dari kalian. 

Nama aku Bunga, seorang isteri dan ibu pada 5 orang anak.

Aku dan suami adalah kakitangan kerajaan kumpulan A. Berkahwin hampir 18 tahun dan kami couple dari zaman kampus lagi, dari zaman kami zero sehingga la keadaan sekarang alhamdulillah tak terlalu mewah tapi cukup. 

Suami aku pada dasarnya adalah lelaki yang baik tapi dia kalah dengan perempuan. Dari awal kami berkahwin sampai sekarang ni entah berapa kali dia kantoi tapi aku sentiasa maafkan.

Mungkin korang akan kecam aku, korang akan cakap aku sendiri yang biarkan diri aku disakiti. Tapi andai kalian tahu betapa aku cuba untuk keluar dari perkahwinan ni & andai kalian tahu apa yang aku rasa.

Seboleh-bolehnya aku tak sanggup tengok anak² aku membesar dalam broken family, aku tak nak anak² aku membesar tanpa sosok seorang ayah. Tapi aku juga manusia biasa, sabar aku punya limit.

Baru-baru ini suami aku kantoi lagi, kali ini dengan janda dan baru-baru ni aku jumpa video lucah perempuan tu dalam hp dia. Video perempuan tu tengah gesel kerang dia sendiri dan video mereka berpelukan di dalam bilik bersama.

Perasaan aku? Hanya Allah yang tahu. Aku sedih dan terkilan sebab aku dah buat yang terbaik untuk keluarga kami. Dia selalu sibuk, outstation kesana sini & aku yang uruskan kelima² anak kami sendiri.

Tapi rupanya adakalanya time outstation dia gunakan peluang tu untuk bermaksiat dengan janda tu. Aku fikirkan suami dah berubah tapi nyatanya aku silap.

Sekarang walaupun dia katakan ingin berubah tapi aku seolah-olah tak mampu lagi untuk teruskan perkahwinan ni. Bukan aku dah tak sayangkan suami aku tapi aku dah trauma teruk.

Aku rasa dah tiba masanya untuk aku keluar dari perkahwinan ni. Dah terlalu banyak peluang yang aku beri. Aku tahu aku bukanlah isteri yang sempurna tapi aku dah buat yang terbaik.

Aku uruskan anak² tanpa pembantu. Aku uruskan segala keperluan suami, aku tak lokek bantu suami untuk perbelanjaan & keperluan keluarga kami tapi ternyata semua tu tak cukup untuk lelaki seperti dia.

Sekarang aku sedar, aku tak mampu nak ubah orang lain tapi aku hanya mampu ubah diri & perasaan aku. Tapi aku perlukan kata² semangat dari korang.

Jangan judge aku tak mintak dengan Allah, aku tak pernah jemu meminta dariNya. Sekarang ni aku juga nak dengar & baca nasihat² dari orang lain. 

Panjang jika aku nak ceritakan semuanya tapi cukup kalian tahu sekarang ni aku perlukan kata-kata semangat dari semua yang membaca kisah aku.

Doakan aku mampu kuat untuk anak-anak aku. Doakan aku kuat untuk melangkah keluar dari perkahwinan ini. 

Doakan aku…

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

8 Comments

  1. Tekad kan hati terus melangkah. Awak dah tahu apa yang perlu dibuat. Tak perlu toleh belakang lagi. Jangan jadikan anak sebagai alasan untuk terus duduk dalam keadaan mcm tu. InshaAllah merekan akan faham. Bercerai mmg menyakitkan pada awal sahaja tapi look at positive side. Hati lebih tenang, hidup akan lebih ceria. Semoga yang baik2 saja untuk awak.

  2. Untuk sis diatas,

    Sis dah cukup lama berjuang seorang diri, saya dan readers lain pon yakin sis boleh jadi single mom yang hebat, in fact walaupon masih status berkahwin, sedar atau tidak, sebenarnya sis dah lama pikul tanggungjwb single mom tu sorang2. Utk part anak tu, saya rasa anak2 sis pon mungkin dah masuk sekolah menengah/ hujung2 sekolah rendah, mereka akan faham. lebih baik takde sosok seorang ayah dari hari2 tengok parents bergaduh, tengok sis menangis. environment mcm tu pon tak kondusif pon utk tumbesaran anak-anak. Jangan sembunyikan apa yg terjadi, untuk anak2 yg dah mumaiyiz dan boleh fikir, sis bagitahu je la punca penceraian kenapa dan mengapa, mereka akan faham.
    kiffarah tu real, one day suami sis akan dapat balasan dia. dunia ni berputar macam roda. tak selamanya di atas. Allah sendiri jawab doa-doa sis dengan tunjukkan semua onar yg laki sis dah buat sehingga ke level zina. sebab sis seorang yang baik, Allah dah lorongkan jalan utk sis, hanya sis je yg kena kuat dan berani utk take the actions. Ingat, one time is a mistake, onwards are habit. dah takde istilah peluang kedua atau keseribu dah sis, suami sis aware je apa yg dia buat tu salah but it has became his habit. susah nak tinggalkan habit ni unless dia memang taubat nasuha nak berubah. Jadi sis, hidup ni sekejap je, jangan kusutkan dan bazirkan masa sis dgn org yang tak nampak dan tak appreciate your worth. walk away, it can be hard at first, but you’ll eventually get there.
    stay strong sis.

    • Buat sis, semoga terus kuat. Benarlah yang diungkap. Sekali menipu, akan ada beberapa kali kemudiannya. Saya juga sedang mengalami situasi yang hampir sama. Cumanya belum bersua muka (harapnya), sekadar mesra di ranjang telefon. Dibuai keenakan dunia mereka.

      Tapi betul, berkali kali kantoi. Berkali kali juga maaf dititipkan. Kalau bukan dikenangkan anak2, rasa saya juga sudah melepaskan diri.

      Saya cuma mampu berdoa semoga ditutupkan pintu hatinya dr segala kemaksiatan.
      Lelaki. Once a cheater always a cheater. Once a liar always a liar. Sekali buat maksiat, berkali kali juga boleh jadi lagi.

      Sampai masa sis kuat, sis tahu apa yang terbaik utk diri sis dan anak2. Lelaki sibuk, tapi mereka tetap akan ada masa disempatkan utk semua ni. Sebab dah sebati dalam diri mereka. Susah sekali jumpa yang betul2 berubah dan bertaubat.

      Semoga urusan kita semua dipermudahkan Allah dan bimbing hati2 kita dalam membuat keputusan 🥺

  3. tahu tak kenapa laki sis tak pernah berubah? sebab sis baik sangat, kenapa tolong dia ? patotnya dari awal kantoi dulu kena keraskan hati, suruh dia buat kerja rumah, jangan support dia kalau takde duit. tolong fikir masak2 sis kalau sampai berzina tu bahaya la kang tak pasal kita dapat penyakit, hmm tolong jadi kuat sis untuk diri sendiri sis bolehh

  4. Saya pun baru je selesai kes cerai dgn suami. Selepas 13 tahun bertahan dgn kecurangan suami. Kuatkan semangat sis utk failkan perceraian. Lps tu jgn toleh belakang lg. Kumpul kan semua bukti in case suami taknak lepas kan sis…utk tuntutan fasakh. Apa yg sy buat selepas failkan perceraian…pujuk suami utk lepas kan sy secara baik dan berdiam diri spy tidak provok dia dgn apa apa masalah. Sy pun tak buat sebarang tuntutan nafkah dan harta sepencarian asal kan dia lepas kan saya. Sbb sy pun takde anak. Tp utk sis bolehla buat segala tuntutan berkaitan dan boleh fight di mahkamah utk anak anak. Good luck sis.

  5. Kak, sebagai seorang anak yang membesar dlm keluarga broken (ibubapa bercerai), melihat keadaan keluarga yang lengkap tapi tidak bahagia, bergaduh & bertengkar juga tidak sihat untuk si anak. Apa yang penting, walaupun bercerai, akak sentiasa kena ada untuk anak2. Love them more and let them see perpisahan adalah lebih baik, dan akak lebih bahagia. Selalu communicate dgn anak sebab bila hilang communication, masa tu anak2 mula berjauh hati. Saya doakan yang baik2 utk anak2 akak & akak. Find your happiness 😊

    • Btl tu. Sy membesar dlm keluarga luaran nampak bahagia tp dalamnya urmmm. Jujur sy ckp silalah bercerai. Igt anak nak hadap bapak mcm tu? Tah2 anak2 pom dah tahu tp dorg syp. Sbb sy dulu, sy tahu dulu dri mak tp sy xckp kat mak sy. Parent sy xcerai tp haish susah nak ckp. Dgn kata lain baik cerai lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *