Tolong Bagi Aku Nasihat Serta Semangat

Assalamualaikum. Terima kasih admin sebab approve tulisan ini.

First sekali aku nak minta maaf kalau ayat aku tunggang langang sebab aku tak pandai sangat nak menulis tapi disebabkan aku ingin meluahkan tanpa dikenali aku rasa ini adalah platform yang paling sesuai. Second, aku minta maaf luahkan aku agak panjang kali ni

Pertama kali aku kenalkan diri aku sebagai Tasya. Aku seorang yang sederhana, berumur 42 dan belum berkahwin. 42 tahun belum berkahwin? Ya, kat sinilah aku nak cerita..

Aku banyak kali dikecewakan tanpa sebab sampaikan aku rasa aku ni bodoh dan aku yakin orang disekeliling aku pun ada yang anggap aku ni bodoh dan menyedihkan.

Masalahnya lelaki2 yang pernah kenal bukan lelaki tangkap muat, asal boleh. Tapi hujung2 tetap sama, alasan sakit kepala macam nak pecah, kena ghosting, benci tanpa sebab dan hilang macam tu je.

Kau bayangkan umur aku dah 42 berapa banyak dah lelaki aku kenal, pattern dia sama je. Benda tu pada mulanya aku anggap takde jodoh walaupun sangat menyakitkan sampailah kawan baik aku cakap dia rasa ada benda yang tak kena dengan aku. So dia bawa aku jumpa ustaz.

So seperti yang dia sangka, ustaz kata aku ni pernah kena santet, ada jin yang halang jodoh aku.

Pada mulanya aku tak percaya bertahun2 juga aku biar tapi kemuncaknya bila ada lelaki yang selama ni menjaga aku hilang macam tu je. Rasa nak separuh gila sebab kau tak tahu salah kau apa, tak tau punca tapi kena tinggal macam tu je.

Aku tak pernah give up selama ni tapi bila benda ni keep on jadi, aku sikit la rasa nak bunuh diri, (nauzubillah) aku dah minta ampun dengan Allah, sebab aku taktau salah aku apa. Kalau aku ni kantoi curang ke, buat benda jahat ke, aku faham la tapi aku tak de kes macam tu.

And bila dah putus takde pun bekas2 aku ni dah ada gf baru sebab dorang pun bukan tinggalkan aku sebab orang ke 3. Just tiba2 je rasa tak best rasa benci. Tapi bila dah move on tiba2 nak datang nak get back balik. Kalau dah jadi macam tu aku dah taknakla.

Masa ni la aku start berubat merata2 aku rasa dah lebih 15 perawat aku jmpa cakap benda sama. Merata2 berubat tetap tak hilang. Aku rasa kecewa sebab apa salah aku, apa susah sangat nak kawin.

Kita nak kawin sebab kita rasa kita mampu, kita nak elak diri kita dari maksiat, kita nak ada keluarga tapi aku struggle dengan benda ni, takyah cakapla dengan kata2 orang sekeliling. Aku rasa benda ni takkan hilang kalau aku tak cuba kuatkan amal untuk diri sendiri.

Aku cuba tambahkan amal ibadat aku. Aku rasa tenang, khatam quran sebulan/ dua bulan sekali, berzikir, solat malam,berpuasa, bersedekah untuk doa dimakbulkan. Buat ni kerana Allah, kalau Allah izinkan aku benar2 jumpa jodoh amalan semua ni akan tetap kekal sampai bila2.

Sampai lah ada satu hari, lelaki ni berminat nak kenal aku. Ciri2 sebijik macam aku doa, everything went smoothly, aku doa, istikharah yakin he was the one. Sampai aku terfikir ini ke Allah nak bagi lepas banyak kali aku dikecewakan tanpa sebab.

Kalau gini aku tak menyesal langsung lambat kawin. Rasa macam bahagia masa tempoh kita bertunang walaupun dugaan tu banyak, tapi bagi dia yang paling resilient dalam ramai2. Tetap sakit kepala migraine semua tu tapi chose to stay.

Aku ingat aku dah nak menang. Menang melawan syaitan rupanya 3 hari sebelum perkahwinan dia batalkan semua ni sebab kita ada argue sikit. Macam tu je dia cancel. Terduduk.

Masa tu aku sedikit sebanyak ada rasa marah dengan tuhan tapi amalan dan solat tu tetap buat macam biasa. Aku tak rebel, aku marah je. Sampaikan aku rasa macam teragak2 nak berdoa,

Allah berkuasa atas segala2, tapi kalau aku nak minta ni Dia nak bagi ke tak? Bukan Dia tak mampu, tapi Dia nak bagi ke tak.

Sebab dah berpuluh2 kali beratus2 kali aku doa, aku solat hajat, minta aku dipermudahkan jodoh, tiba2 Dia bagi aku harapan dengan menghantar seseorang yang sangat sempurna di mata aku, tiba2 tak jadi. Memang mainan mental babe.

Lelaki tu bukan kosong, dia legit dan dia punya effort mmg A plus plus. Sebelum nak kawin dah sediakan kereta untuk aku, dia bukan orang Malaysia, kuat agama, semua preparation dah buat, dia Canadian Muslim beli ticket dari sana nak datang dah beli, barang nikah pun beli.

Macam gitu je dia burn sebab bencikan aku. Benda kecik n aku dah minta maaf dah pun.

Aku nak tanya korang, so lepas ni kalau korang kat tempat aku korang nak percaya lagi ke tak kalau tiba2 datang lagi laki seumpama ini yang mungkin 10 kali ganda lebih baik yang nak ajak korang kawin? Kalau aku, aku dah trauma. Kitorang sepatutnya berkahwin 31st December kelmarin.

Aku rasa cukuplah. Mungkin jodoh aku kat alam sana. Malam tadi aku tengok mak bapak aku tido, aku sedih. Sebab aku tau dorang pun sedih untuk aku, aku usap kepala ayah aku, tengok muka mak aku, dorang punya harapan nak suruh aku kawin ni lebih dari aku sendiri yang nak kawin.

Aku kecewa sebab aku dah kecewakan dorang. Aku terfikir aku salah baca orang ke? Aku ni tak nampak ke tanda2 yang aku ni salah pilih? Sampai satu tahap aku dah tak percayakan diri aku, sebab apa yang aku rasa betul tu semua salah.

Aku just berdoa supaya aku tak hilang diri aku, supaya aku tetap jadi orang yang sama, Allah tetapkan Iman aku, jadikan aku orang yang redha dan sabar.

Ayah aku slow talk cakap suruh sabar. Suara halus terketar2 aku tau dia cuba tunjuk kuat untuk aku. Dia tanya ada nak pergi travel mana2 tak dia nak bayarkan? Aku cakap ya sambil nangis. Ayah aku kata nanti dia uruskan ticket.

Aku mohon korang semua doakan aku. Please doakan aku, doa2 orang yang tak dikenali ni mustajab. Doa kan aku sembuh dari penyakit ini. Kalau ada kenal mana2 perawat yang legit minta tolong recommend kan. Sebab lubang angin bila dah ada susah dah nak tutup, main keluar masuk je.

Terima kasih kerana baca confessions aku. Minta tolong juga korang bagi aku semangat, kalau ada kisah2 korang yang berinspirasi post la supaya aku tak rasa yang aku sorang je pernah hadapi benda yang macam ni. Hidup mesti diteruskan walaupun sekuat mana pun kita diuji.

Assalamualaikum..

– Tasya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Sis.. sy xpandai nk bg kata2 semangat panjang2 sbb sy pun banyak kali kecundang tp apa2 pun sy tetap nk doakan semoga sis dipermudahkan segala urusan dunia akhirat Aamiin Aamiin Aamiin.. stay strong tau

  2. Salam sis.I feel u…sebab i pun dh masuk 36 masih susah jmpa jodoh sesuai.Kebanyakan lelaki come n go.Kdg silap tak besar pun tapi hilang kena ghosting mcm tu je.Bukan sekali tp berkali2..hati mana tak sedih.Walaupun bkn sampai tahap bincang ke arah kwin pun i tetap rasa kecewa teruk sampai anxiety

    I dah sampai tahap rasa mungkin dlm dunia ni takde lelaki baik dan betul ikhlas.I sampai terfikir ke ada org buat x elok main ilmu ke dkt i..pernah berubat dah…

    I skrg lebih kpd malas fikir dah soal jodoh.I serah pd Allah saja Dia nak beri ke tidak.Mungkin kalau tidak bertemu jodoh di dunia..di akhirat pasti ada.Cuma sangka baik dgn aturan Allah.Bkn mudah ya tp kena belajar tauhid.Pndg semua yg terjadi Allah yg jadikan.
    Sis kena dalami lagi ilmu tauhid makrifatullah maka akan faham lahau la wa quwwa ta illa billah.

    Allah lbh mengetahui segalanya..apa yg kita sangka baik utk kita belum tntu baik di sisi Allah

    Allah syg kan sis sebab tu Dia kirim hadiah berupa ujian.Sangka baik ..pasrah..serahkan segalanya kpd Allah.Jgn bergantung kpd manusia.Manusia ni lemah.Hati dia dlm genggaman Allah .

  3. Semoga Allah berikan jodoh yng terbaik buat Tasya, dipermudahkan oleh Allah urusan jodoh, jgn sedih sgt, takdir Allah mengatasi segala2nya, yakinlah pada takdir yg Allah tetapkan, berlapang dada, sentiasa redha dgn ketentuan Allah, kita memang tak suka benda yg kita harapkan tapi tk jadi, tetapi Allah maha mengetahui yg terbaik untuk Tasya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *