Assalamualaikum. Pertama sekali, tujuan aku menulis di sini adalah ingin bertanya pendapat dan meminta korang ceritakan pengalaman korang yang mungkin sedang hadap situasi ni.
Aku seorang perempuan bujang berumur lewat 30an. Aku tak pernah bercinta dan tak pernah ada teman lelaki. Tetapi baru-baru ni aku agak rapat dengan seorang lelaki yang tua beberapa tahun dari aku.
Apa yang membuatkan aku tertarik dengan dia adalah akhlak dan agamanya. Ini hanyalah berdasarkan pemerhatian dan sedikit siasatan yang aku buat sahaja. Di belakang, wallahualam.
Aku nampak baiknya dia dengan ibunya, hormatnya dia pada orang tua, dan macam mana dia menjaga solatnya bila kami keluar.
Hampir setiap kali keluar, makan minum aku selalunya dibayarkan. Setakat ini, pada pandangan aku, dia lelaki yang okay.
Cuma aku ada sedikit kerisauan. Pertama, aku seorang yang boleh dikatakan bekerjaya. Alhamdulillah, gaji aku cukup untuk buat aku selesa.
Kedua, alhamdulillah, Allah izinkan aku, asbab usaha mak ayah aku juga, aku berjaya dapatkan master atau sarjana dalam bidang pekerjaan aku.
Jadi, kehidupan aku, aku dikelilingi dengan kawan-kawan dan keluarga yang agak berpelajaran, agak berduit dan aku terbiasa dengan gaya hidup yang agak selesa.
Yang menjadi sedikit kerisauan untuk aku adalah, dia yang sedang rapat ni bergaji kurang dari 2k sebulan, dan hanya belajar hingga sijil sahaja.
Andai diteruskan hingga ke perkahwinan, aku risau aku tak mampu nak sabar dan redha dengan kemampuan dia.
Aku faham zaman sekarang ramai yang menerima pandangan 50%-50% (suami dan isteri) dalam perbelanjaan keluarga. Dan tahap pelajaran bukanlah segalanya. Tapi aku masih berfikiran seorang suami itu adalah provider.
Dan bagi perempuan yang terbiasa selesa, sejauh mana kesabaran dan kesanggupan untuk redha tu menjadi satu benda yang aku tengah fikir sekarang ni. Terutamanya bila perlu membantu lebih dalam urusan kewangan.
Dan satu lagi, kadang-kadang ada perkara yang kami bualkan, agak tak sama cara pemahamannya.
Jadi, aku nak minta pendapat, dan lebih ingin mendengar cerita-cerita pengalaman korang yang dalam perkahwinan sebegini. Seorang isteri yang rezekinya lebih dalam kewangan dan pelajaran. Apa yang korang sedang hadapi terutamanya para isteri?
Adakah perkahwinan begini boleh bertahan lama? Apa yang korang sebagai isteri buat untuk kekal redha dan taat dalam pada masa yang sama ikhlas membantu dari segi kewangan?
Aku bertanya untuk mendengar pengalaman, untuk ambil pengajaran. Aku harap korang boleh komen yang baik-baik. Terima kasih sudi membaca.
– Tupperware (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Tak payah pergi jauh la hubungan tu. Kau sendiri pegang sorang suami tu perlu jadi provider. Dah kalau gaji dia pun bawah 2k.. sudah terang terangan dia nak tampung kau pun tak mampu. Dan terang2 la kau yg kena top up duit sendiri kalau nak maintain lifestyle kau. Ingt.. tabiat susah nak ubah. Kalau kau ckp kau boleh belajar nak downgrade lifestyle.. sila kan.
Tu belum ada anak ya. Dah ada anak dgn kau pun berkerjaya.. mesti nak hantar anak pergi playschool. Hantar baby sekarang 700-1000 tu confirm untuk 8am – 5pm. Tu monthly belum lagi yearly fee dekat 2k. Pempers, susu, ubat lagi?
Yg kau cerita yada2 dia baik dgn ibu, jaga solat time keluar.. tu tak menjamin apa2 ya.. sebab benda bukan selalu jumpa. Boleh berlakon. Sebab tu org ckp dah tdo sebantal serumah baru kau kenal perangai sebenar.
Lain kali time jumpa tanya saving dia berapa sekarang.. so that kau boleh agak dia tu jenis boros ke.. menyimpan ke tak. Selalu dia spend duit gaji untuk apa? Bayar hutang? Tanggung mak ayah dgn adik? Dok bela kereta/motor buruk yg semedang rosak je ke.. sbb tu je yg dia ada (kot la) . So kalau jd mcm ni.. celah mana nya dia nak cover part kau? Kalau ada mungkin sikit je lah dulu. Boleh hadap?
Tanya dia ada niat nak beli rumah tak? Kalau dia boleh cerita the progress and dia tunjuk hasil..boleh la nk percaya sikit.. tapi kau kena sabar banyak la awal2 kawen. Kadang tu sembang air liur je. Dah 5 tahun kawen pun tak boleh nak upgrade life.
Aku pun antara yang terkena. Lepas kawen tup2 dia ada personal loan. Gaji habis bayar loan personal, loan kereta, loan belajar dengan sewa rumah. Yg lain2 tu sapa nak cover? Ahaaa bini yg tinggal serumah la weh. Ni pun dia ada hati nak buat loan lagi nak beli tanah bapak dia. Makan, minum anak, taska, bil2 semua.. tol, minyak, servis kereta, saving lagi.. u named it. Setahun sekali dia dapat bonus dia beli kan la baju raya. Bagi dia dah lepas la tanggungjawab dia. Redha? Em..
Betul duit bukan segalanya. Tapi semua perlu kan duit. Duit pun boleh beli masa, beli tenaga. Kau nak jimat makan punya pasal kena la masak. Kalau kau beli dah boleh jimat masa dgn tenaga dh dkt situ. Kau penat nak mengemas boleh hire maid. Kau penat nak membasuh boleh beli wash dryer. Kenapa aku bnyk highlighted ‘penat’ percaya lah hidup kau akan sentiasa penat kalau tak dapat pasangan yg sekufu.
Aku NI gaji 5 angka..laki aku baru cecah 3k.bil letrik,fon,blja sekolah ank laki aku byr..duit blja dapur ,alatan mandian sume dia support..Keta umah plak aku byr ..tiap kali kuar mkn kt luar seminggu 3 tau 4 Kali aku byr biasanya..kalu ada lebih dia byr..alhamdulillah kami bahagia,ank pun pandai bljar wpun kami kalu ikutkkan tk sekufu..Aku sllu niatkan sedekah kt suami dan ank2..rezeki murah sampai skrg.terpulang pd diri masing2 sanggup atau tak..kalu rasa KO mcm takleh hormat dia,baik angkat kaki…