Hi semua. Thanks admin sebab up cerita sendu saya. Saya berumur pertengahan 30-an masih belum berkahwin tapi dah ada temannya.
Saya dah berkawan dengan dia, Kamal (bukan nama sebenar) since tahun 2020. Kami kawan di universiti, tapi kenal gitu-gitu saja.
Kebetulan terjumpa balik masa pergi wedding kawan kepada kawan kami, then kitorang pun mula la chat through WhatsApp. Kemudian masing-masing ada rasa suka. Jadi kami pun bercinta.
Sejujurnya, Kamal yang luahkan perasaannya dahulu. Katanya dia pernah suka saya masa zaman universiti tapi dia tak ada kesempatan nak approach saya.
Sekarang dah makin berusia baru dia ada keberanian nak approach memandangkan saya pun masih single dan dia pun single jugak.
Saya ni bukannya banyak pengalaman cinta. Zaman sekolah ada la cinta monyet. Zaman study di universiti ada seorang yang dah berjaya memiliki hati saya, tapi sayangnya, kami tak ada jodoh.
Saya dah patah hati dan nekad kalau tak ada jodoh jugak, saya okay saja hidup single. Tapi nasib jumpa Kamal, insya-Allah saya ada pasangan la kot.
Orang tua-tua kata jangan happy sangat, nanti sedih. Ha’ah betul tu. Sebabnya awal-awal perkenalan kami, Kamal layan saya dengan baik.
Kalau weekend, kami boleh berbalas WhatsApp sampai subuh. Tapi kalau weekdays, kami faham komitmen masing-masing. Cuma sekarang ni, saya rasakan hubungan kami semakin mendatar. Perasaan saya pun dah semakin pudar.
Rasa macam dah semakin turun love meter di hati saya ni. Takpa, saya akan listkan sebab-sebabnya. Buat para pembaca, tolong saya untuk figure out apa salah kami ya, saya nak perbaiki tapi saya tak pandai dan tak tahu macam mana nak mula.
1. Dulu kami bercinta merentas negeri. Saya di Terengganu, Kamal di KL. Selalu jugak la Kamal ceritakan tempat best-best di KL, dia janji nak bawak saya ke kedai A,B,C, sampai Z la. Penuh dalam list kami. Saya sangat excited sebab boleh pergi dating dengan Kamal.
Tambah pulak, saya ni bukan orang bandar. Mestilah teruja ada kekasih hati nak bawak jalan-jalan. Alhamdulillah ada rezeki, saya dapat tawaran bekerja di KL bolehla kami spend masa untuk keluar makan-makan, nak kenal hati budi masing-masing kan.
Tapi bila saya dah duduk di KL, tak ada pulak dia bawak saya ke tempat-tempat yang dia senaraikan. “Ala benda simple, tanya saja la Kamal bila korang boleh pergi dating blablabla?”, Mesti korang fikir macam ni kan? Sabar, meh saya sambung point ke-2
2. Kamal pernah bagitau, dia sebenarnya ada masalah kewangan. Komitmen dia banyak, sebab dia satu-satunya anak lelaki mesti la kena jaga keluarga. Saya faham sangat dengan situasi Kamal. Itu tanggungjawab sebagai anak lelaki. Tambah pulak, Kamal ada kereta dan rumah.
Mestila komitmen kos sara hidup tinggi, duduk KL pulak kan. Jadi sebab tu la saya tak pernah push dia untuk ajak keluar makan ke apa kan.
Sepanjang kami bercinta ni, kami pernah keluar makan berdua hanya 3 kali. Itu saja. Keluar pergi tempat-tempat best memang tak ada langsung. Makan pun di restaurant biasa, sekadar makan lunch/dinner itu sahaja.
Dan dari 3 kali kami keluar makan, saya pernah bayar bil sebab saya taknak susahkan dia. Saya sendiri tak kisah untuk bayarkan sebab saya rasa kasihankan dia. Tapi, saya ada terasa dengan Kamal.
Sebab bagi saya dia sangat berkira untuk keluar dengan saya, sedangkan saya tahu saja dia selalu keluar dengan kawan-kawan, ‘makeup’ kereta dia tukar sport rim, tukar itu tukar ini.
Tapi tak apa, saya faham. Kawan-kawan dia semuanya kenal dia dari dulu, saya ni orang baru dalam hidup dia. Saya sedar diri. Jadi saya diamkan saja.
3. Kamal dah kenalkan saya dengan keluarganya, saya pun sudah kenalkan Kamal dengan keluarga saya. Jadi ini petanda la bahawa kami berdua serious. Terutamanya saya, sebab saya tak pernah kenalkan mana-mana lelaki kepada keluarga saya. Dia yang pertama.
Jadi pembaca rasa kami ni dalam relationship yang serious tak? Saya rasa ya. Tapi rupanya, saya sorang-sorang saja rasa serious. Sebab saya dah boleh rasakan layanan Kamal semakin dingin. Kalau dulu boleh WhatsApp sampai ke pagi (weekend), sekarang ni weekend pun dia hilang.
Weekdays jangan tanya la. Kamal banyak spend masa dengan kawan. Ke mana-mana pun dengan kawan. Kamal inform saja saya kalau dia nak keluar. Kadang-kadang dia tak inform, tapi saya tengok story kawan-kawan dia, so saya faham-faham sendiri la.
Nak keluar dengan saya takda duit, takda masa sebab busy dan penat kerja. Nak reply WhatsApp saya on weekend pun, memang berjam-jam nak dapat reply. Saya terasa sangat, seolah-olah macam saya ni tunggul.
Tunggu saja dia macam orang bodoh, tapi dilayannya saya macam ni. “La, korang communicate saja la, bagitau apa yang tak puas di hati”, mesti korang fikir macam ni kan? Ha saya dah cuba tuan-tuan dan puan-puan.
Saya pernah ajak discuss through WhatsApp, dia pun cakap dia setuju kami perlu spend masa bersama. Tapi sekadar setuju, action tak ada langsung.
4. Sepanjang kami bermesej, pernah beberapa kali Kamal hilangkan diri. Tak reply WhatsApp, sunyi sepi saja. Taktaula mana dia menghilang. Saya pulak sejenis tak suka nak spam-spam orang, nak ingatkan dia tentang kewujudan saya.
Pernah satu kali tu, dia bagitau saya, “saya tengah down sekarang” and saya faham. Saya bagi dia ruang untuk dia berseorangan. Seminggu jugak la kami tak contact langsung, kemudian dia WhatsApp saya semula macam biasa.
Tiada perkataan sorry, maaf atau yang sama maksud dengannya. Yes saya faham, orang tu tengah mood tak okay, tak kan nak expect dia cakap “sorry sebab saya tak okay” kan?
Tapi bagi saya, itu common courtesy la, kau dah biar orang tu sekian punya lama, tiba-tiba WhatsApp macam takda benda jadi.
Kamal pernah bagitau, emosi dia tak stable selepas dah banyak kali sangat putus cinta.
Tapi saya tak sangka, emosi dia yang tak stabil ni mampu mempengaruhi emosi saya jugak. Sampai macam ni sekali rasa sakitnya diperlakukan macam ni. Saya rasa macam saya ni tak bijak, sanggup biar orang pijak-pijak saya.
5. Saya dah cuba communicate sebaik mungkin dengan Kamal, tapi saya boleh rasakan dia ni tak ada emosi. Sebab itu saya boleh rasakan kewujudan dia dah tak memberi apa-apa makna untuk saya.
Bila saya ajak discuss, kadang-kadang dia balas pun lewat. Macam malas nak layankan saya. Kadang-kadang dia bersetuju dengan pendapat saya, dia iyakan semua point saya, tapi tak ada action, tak ada perubahan.
Sejujurnya, saya penat dalam hubungan macam ini. Macam mana kami nak ke fasa perkahwinan kalau sekarang pun dah ada masalah macam ni kan???
Umur kami pun dah 30 lebih kan, takkan masih nak berdrama cinta macam budak sekolah kan? Saya buntu sangat. Sekarang saya list kan pula kelemahan saya untuk pembaca menilai.
1. Saya sejenis tak pandai nak mulakan perbualan. Tak berapa pandai nak buka topic kata orang, tapi kalau kena topic saya boleh potpet banyak la. Kalau tak kena, saya reply sepatah-sepatah saja…. Saya sedar kelemahan saya ni dan saya dah slowly cuba untuk ubah.
2. Saya ada ego yang tak suka jadi bodoh sebabnya dalam keluarga besar saya, saya selalu dipandang rendah kerana saya graduan universiti swasta bukan graduan UITM, sekolah pun sekolah biasa-biasa, dilabel tidak pandai, kerja pun biasa-biasa jugak.
Saya selalu dilayan double standard dengan sepupu-sepupu yang lain sebab kulit saya tak cerah, tak cantik, tak pandai, takda package la senang cerita. Jadi bila saya membesar, saya tak suka dilayan macam orang bodoh. Especially apa yang Kamal buat dekat saya.
Dia layan saya macam saya ni tak ada perasaan, tak ada otak untuk berfikir. Ini betul-betul buat saya jadi hilang sabar. Sebab saya dah penat dilayan macam orang tak wujud di dalam keluarga besar, tiba-tiba Kamal pun layan saya macam ni. Lagi buat saya terbakar!!!
3. Saya tak suka orang belanja saya sebab saya akan rasa terhutang budi dan terikat dengan orang tu. Sepanjang saya bersama Kamal, saya rasa saya dah banyak memberi kepada dia. Saya rasa puas bila saya boleh belikan barang untuk orang yang saya sayang.
Kadang-kadang saya belikan barang yang saya rasa berguna untuk dia, macam baju kerja, skincare, perfume, wallet and macam-macam lagi la. Kadang-kadang pun saya ada orderkan makanan hantar ke tempat kerja dia, saja nak bagi dia happy.
Kami kan baru beberapa kali berjumpa, saya la yang excited suka order kan barang untuk dia. Bak kata orang zaman sekarang, tu kira love language la. Tapi Kamal kan ada masalah kewangan, memang tidak la saya merasa nak dapat hadiah dari dia.
Terasa jugak di hati, tapi kita mana boleh menanti-nantikan orang bagi hadiah dekat kita kan.
By the way, saya bukan mengungkit cuma nak beritahu saya tak kisah untuk spend duit on someone yang saya suka. And saya ada baca, lelaki tak suka orang perempuan take the lead belanja diorang. Betul ke?
4. Saya jenis berdikari sebab dilatih dari kecik lagi. Jadi saya dah terbiasa buat semua benda sendiri kecuali benda elektrik la. Tapi saya minat saja kerja-kerja bertukang, repair-repair apa semua. Basic knowledge tu ada la, at least tak kena tipu kan.
Kebanyakan benda memang saya boleh settle sorang-sorang, dan saya tak pernah mintak tolong apa-apa dengan Kamal. Maybe tu pun buat Kamal rasa saya ni bosan kot???
5. Saya terasa hati dengan Kamal bila dia respond WhatsApp saya lama sangat, jadi saya pun ikut cara dia. Taste your own medicine la kan. Saya tahu ni salah and macam perangai budak-budak, tapi saya geram sangat. So saya buat jugak kadang-kadang.
Jadi saya nak minta pendapat para pembaca. Macam mana saya nak atasi masalah dalam hubungan kami ni? Kalau anda ada nasihat untuk bantu saya at least dapat tackle hati dia semula, please comment ya.
Saya dapat rasakan, kalau hubungan kami ni berakhir di sini, saya mungkin dah tak akan berkenalan dengan mana-mana lelaki sebab saya sakit hati dilayan macam ini. Ya ini mungkin tak adil untuk lelaki lain, tapi saya tak sanggup dah nak lalui benda macam ni lagi.
Saya taknak sakitkan hati sendiri. Cinta saya yang pertama pun dah cukup sakitkan hati, kali ini pun lebih kurang sama, cuma saya nak cuba untuk baiki kalau masih ada ruang yang boleh saya cuba la.
Tambahan pula, saya sedar diri….saya ni tak cantik orangnya, bijak pun tidak, kaya pun tidak. Tak mungkin ada orang yang sudi dengan saya. Kamal saja yang buta sebab terjatuh cinta dengan orang serba kekurangan macam saya.
Terima kasih sebab baca kisah cinta orang umur tengah 30-an macam saya. Dah tua pun sibuk nak confess pasal cinta dekat sini hihi.
– Jasmine (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit