Assalamualaikum & Salam sejahtera kepada admin dan sesiapa yang membaca luahan masalah saya ini. Saya doakan anda semua dalam kesihatan yang baik.
Saya tak pasti nak buat apa atau dengan siapa saya boleh bercakap. Saya sedang melalui keadaan yang amat susah sekarang ni.
Saya amat berterima kasih jika anda sudi meluangkan masa untuk membaca luahan saya ni. Dan saya amat2 berterima kasih dan bersyukur jika anda boleh bantu saya.
Sebagai permulaan cerita, saya ada sejarah sakit saraf yang telah berlanjutan selama 5 tahun. Ia terjadi disebabkan kemalangan motosikal.
Mulanya ia hanyalah sakit belakang, tapi lama kelamaan ia menjadi semakin teruk dan merebak ke kaki dan alat sulit saya (telur/testicle). Sakitnya sukar saya nak gambarkan.
Seolah2 ada tangan yang sentiasa menggenggam telur saya dengan sangat kuat. Walaupun dah menjalani 4 pembedahan major dan hampir 20 prosedur, sakitnya masih tak hilang atau berkurangan dengan banyak.
Setiap hari, hidup terasa sungguh terseksa. Saya dalam kesakitan 24 jam tanpa henti dengan ‘pain score’ 9 β 10. Kadang2 terasa tahap 10 pun tak memadai untuk menggambarkan tahap kesakitan. Lebih teruk lagi, kesakitan yang saya lalui, tak nampak secara fizikal.
Sepanjang 5 tahun saya menjalani rawatan, saya telah didera ‘verbally and mentally’ oleh sesetengah pengamal perubatan.
Saya ditengking, dimaki, disumpah, diugut, dihalau dari kecemasan, malah saya turut dijadikan bahan jenaka dimana mereka ketawa beramai2 sambil melihat saya menahan kesakitan.
Sesetengah dari mereka melihat saya seolah2 saya seorang yang inginkan perhatian. Sesetengah pula melihat saya seolah2 saya ni penagih.
Bila saya ke kecemasan untuk mendapatkan suntikan ubat yang berdos tinggi, mereka akan menjeling saya dengan penuh hina dan kebencian.
Dan yang paling teruk, mereka sengaja memberi ubat yang saya ada alahan. Dimana alahan itu pernah menyebabkan saya sesak nafas dan memerlukan bantuan oksigen.
Walaupun berulang kali saya memaklumkan kepada mereka, ia tak memberi apa2 makna kepada mereka.
Kesemua memori2 buruk ini, suara2 makian, cemuhan dan gelak ketawa mereka sentiasa bermain dalam fikiran saya.
Saya nak pertahankan hak saya, maka saya menulis surat aduan. Saya juga meluahkan masalah ni kepada pakar2 lain yang merawat saya. Malangnya, semua tu tak memberi apa2 penyelesaian.
Mereka saling mempertahankan antara satu sama lain. Tiada apa yang berubah. Mereka masih melayan saya seperti sampah. Seolah2 saya ni penjenayah atau manusia yang sangat hina.
Saya tak faham. Apa salah saya sehingga mereka buat saya begini? Apa yang saya dah buat kepada mereka?
Meskipun dengan semua memory buruk ini, saya masih cuba mencari sumber kekuatan untuk terus bangun. Saya tak boleh biarkan semua masalah ini mengawal hidup saya.
Saya cuba nak dapatkan bantuan, tapi saya dah tak sanggup nak berdepan dengan masyarakat lagi. Saya ada cuba untuk jelaskan masalah saya ini kepada pakar2 yang merawat saya. Malangnya bantuan yang mereka cuba bagi lebih memberi keburukan daripada kebaikan.
Selepas sekian lama saya memendam masalah ini dalam diri, saya hilang kawalan dan berlaku ‘psychotic outbreak’. Saya dirujuk ke pakar psikiatrik.
Pakar psikiatrik mengatakan saya ada ‘Bipolar Disorder’. Mereka memujuk saya untuk dimasukkan ke wad psikiatrik. Ia adalah kesilapan terbesar saya.
Didalam ward tersebut, mereka tidak peduli apa yang pesakit buat atau rasa. Asalkan tidak melibatkan aktiviti bunuh, pesakit dibiarkan untuk bercakap apa sahaja atau buat apa sahaja kepada sesiapa.
Ubat terpaksa diambil, tanpa diambil peduli kesan sampingan yang berlaku. Asalkan tiada risiko berlaku kematian, saya terpaksa tahan sahaja kesan sampingan ubat itu. Setiap ubat yang mereka bagi membuatkan ‘anxiety’ saya menjadi semakin teruk.
Saya jadi tak keruan, tak tentu arah sehingga saya berlari ulang alik dalam keadaan kaki terincut2, telur yang sentiasa senak dan belakang yang selalu ‘spasm’. Saya tertanya2 ketika itu, mereka sebenarnya sedang merawat atau menyeksa saya?
Setiap kali saya menyatakan atau meluahkan kesakitan saya, tiada yang ambil kisah. Ada 1 ketika, saya meluahkan hidup dengan kesakitan ini sangat susah. Kesakitan ini mengawal hidup saya.
Pakar itu merendahkan kesakitan saya. Saya dikatakan tidak bersyukur. Ada ramai yang hidup dengan sakit yang lebih teruk tapi sentiasa bersyukur dan menikmati hidup.
Kalau mereka boleh, kenapa saya tak boleh? Saya dituduh pula tidak mengikut pelan dan teknik2 yang diajar walhal saya telah tunjuk ‘pain diary’ yang menunjukkan semua aktiviti saya, dimana semuanya ditulis dengan jelas yang saya ikut pelan dan teknik mereka.
Saya betul2 penat dah dengan semua ni. Saya penat dengan manusia2 toksik. Dengan sakit yang tak pernah hilang. Dengan memori dan suara yang sentiasa bermain2 dalam fikiran saya. Dengan ‘anxiety’ yang tak henti2 datang menggangu. Setiap hari saya fikir nak semua ini berakhir.
Saya boleh ambil jalan mudah dengan mengambil sahaja nyawa saya, tapi saya tak nak ambil pilihan tu. Saya tak boleh. Saya tak nak ia berakhir dengan cara itu. Saya masih nak berjuang untuk teruskan hidup. Tapi saya buntu. Saya tak tahu macam mana.
Macam mana saya nak dapatkan bantuan? Dimana saya nak dapatkan bantuan? Siapa lagi yang saya boleh percaya untuk bantu saya? Macam mana kalau kejadian2 buruk sebelum ni berulang lagi ketika saya pergi dapatkan bantuan?
Persoalan2 ni asyik bermain dalam fikiran saya bila sakit saya jadi terlampau teruk. Dalam masa sama, memori, ‘anxiety’, kemurungan, ketakutan akan didera, turut datang bersama2. Seperti 1 pakej lengkap.
Kepada anda yang membaca sehingga sini, saya nak anda tahu, saya betul2 buntu. Saya nak dapatkan semula kawalan hidup saya, tapi saya tiada arah tuju. Saya buntu tak tahu hendak ke mana.
Saya tak boleh biarkan keadaan ini berterusan sampai bila2. Saya takut 1 hari nanti saya hilang kawalan lagi dan kali ini sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Saya bukan orang begitu. Tapi setiap hari sekarang saya terbayang2 saya mencederakan semula orang2 dalam memori saya tu. Tolonglah bantu saya sebelum saya ‘berubah’ menjadi orang lain.
Adakah saya akan disalahkan jika ia betul2 berlaku? Walaupun mereka sebenarnya punca yang menyebabkan situasi ini berlaku.
– Insan biasa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit