Pada Disember 2014 suami ada lafaz cerai taklik dalam sms,” lepas aku ambil kereta dari kau,aku cerai kau talak satu”
Aku buat laporan di Mahkamah Rendah Syariah Pekan,Pahang. Suami hadir,tetapi tidak mengaku berbuat demikian. Sms tersebut pula telah hilang.
Aku meminta nasihat dari seorang peguam. Peguam tersebut menasihatkan aku agar aku tarik balik sahaja kes pengesahan cerai tersebut dan membayar dia untuk dia uruskan ke fasakh.
Aku setuju dan dia menyatakan harga yang perlu aku bayar untuk kes interim,hadanah dan fasakh ialah Rm7,500 dan jika aku batalkan kes ini denda Rm3000 akan dikenakan. Aku tandatangan surat tersebut dan diaebabkan naif dan bodoh masa tu aku tak minta salinan untuk aku.
Sepanjang 2 tahun kes berjalan,masih aku tak dapat bercerai secara sah dengan suami. Ditengah-tengah perjalan kes fasakh itu, baru² ini hakim Mahkamah rendah syariah kuantan meminta aku buat balik pengesahan cerai kerana semasa perbicaraan kes fasakh dia dapat tahu tentang sms suami dulu.
Aku menyatakan pada peguam aku dan dia minta aku buka fail pengesahan cerai melalui dia dan bayar dalam 1K lebih untuk kes itu.
Aku bingung dan kata padanya, dulu kenapa dia minta aku tarik balik kes itu di Pekan jika benda itu perlu dibuat? Sekarang dia nak aku bayar untuk buat perkara tu padahal di Pekan hari tu hanya free.
Dia seumpama lepas tangan dan menyalahkan aku”kalau u tak silap cakap masa bicara,hakim takkan tahu pasal sms tu dan kes fasakh u dah selesai”
Sehingga hari ini aku dah bayar dia Rm9,500 jauh melebihi perjanjian asal iaitu Rm7,500. Setiap kali aku datang mahkamah dia akan minta bayaran sebelum kes dimulakan.
Dan sekarang bila kes dah jadi chaos seperti ini,dia lepas tangan.
Jadi aku tak tahu nak jumpa dan rujuk siapa sekarang. Hakim semalam suruh tarik balik kes kerana suami 2kali tak hadir. Memanglah dia tak hadir. Aku dah tahu. Sepanjang 2 tahu kes fasakh berjalan pun memang dia tak hadir.
Dia sengaja nak susahkan aku. Dia nak aku merempat susah sebab kena bayar lawyer. Aku mohon bantuan guaman mereka kata tak layak walaupun gaji bersih rm1,800. Mereka tengok gaji pokok.
Aku dahla kena tanggung anak. Suami 1sen tak pernah bagi. Suami dah lama ada perempuan lain dan siap menyatakan nak bawa perempuan tu datang jumpa aku dan anak di rumah ibubapa aku(tempat aku menumpang berteduh sekarang).
Jadi macam mana? Bila undang² nak bantu aku sipaya boleh bebas dari lelaki ni? Tiada tindakan ke untuk peguam jahat dan kaki putar belit ni?
Macam mana aku nak bebas????
– Izan