Nama aku Farzana (nama samaran) ramai sangat yang panggil aku guna nama tu so aku gunakan sebagai nama pena.
Aku nak share cerita tentang perangai ibu aku yang terlalu suka membantu orang sehingga diri dia sendiri tak terbantu. Kami bukannya orang senang rumah pun terpaksa menyewa makan pun ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ibu aku berusia 55 tahun dan bekerja sebagai tukang sapu dibawah anak syarikat environment idaman. Hendak dijadikan cerita ada seorang lelaki ni umur lingkungan aku jugak, maybe tua dalam dua tiga tahun macam tu, actually umur aku baru 19 tahun. Lelaki tu pun bekerja sekali dengan ibu aku dan dia “mengambil kesempatan ” diatas kebaikan ibu aku.
Ceritanya bermula apabila dia kerap ke rumah aku atas alasan nak tumpang basuh baju sebab rumah dia jauh nak berulang alik so dia tinggal dekat stor tempat kerja. Jadi tak ada tempat nak basuh baju dan dia malas nak basuh guna tangan so dia pun mai la basuh kat rumah aku, at first aku tak kisah sebab bagi aku ok lah sekadar basuh baju, lepas tu perangai lelaki tu makin menjadi bila dia kerap makan nasik kat rumah kami. Aku bukan berkira, tapi gaji aku dengan ibu aku pun tidaklah besar mana nak menjamu dia makan, dia pun makan besar, bukan biasa biasa. Lelaki namapun.
Aku boleh bersabar lagi. Sampai part yang paling menguji kesabaran aku bila dia dah pandai nak bangun tidur kat rumah aku. Ya Allah! Aku ni perempuan dia tu lelaki, tak manis bila jiran jiran pandang. Aku dah start membebel kat mak aku, tapi mak aku cakap kesian so mak aku cakap kalau dia datang aku stay ja dalam bilik. Ya Allah rumah sendiri rasa macam rumah orang, tak bebas langsung. Aku dah start ignore dia. Buat tak tahu. Tapi dia punya perangai demand kalah artis, makan nak berkuah, baju dia aku basuhkan. Kalau aku biar baju dia tu pakai tak berbasuh la. Lagipun kalau aku biar, mak aku yang akan basuh. Aku just kesiankan mak aku so aku basuhkan lah! Aku start menyampah dah bila dia dah pandai arah arah aku. Semuanya nak aku lakukan untuk dia. Charge handphone pun suruh aku. Lailahaillallah! Tahap kesabaran aku hampir sampai klimaks dah!
Aku tak tahu macam mana dia boleh start berkampung kat rumah aku sedangkan ibu aku ataupun aku tak pernah jemput dia tinggal sekali dengan kami. Serius aku rasa terbeban. Gaji aku tak sempat nak simpan sebab nak kena beli makanan untuk dia makan hari hari. Kalau dia tak ada jimat sikit bajet, start dia ada ni rm20 pun x cukup sehari.
Suatu hari, mak aku balik kampung. Dia datang rumah kau mintak pinjam motor. Mula mula aku berat hati nak bagi, tapi dia kata dah tanya mak aku, mak aku cakap boleh ambil. So aku pun bagi, bodohnya aku tak periksa dulu motor dia yang dia tinggal kan kat aku tu, esok pagi tu aku siap siap nak pergi kerja aku start motor, masuk gear tayar rasa berat beb, rupanya dia punya tayar motor pancit beb! Ya Allah…
Aku call dia tak jawap maklum lah pukul 5:30 pagi, mananya nak bangun kan. Aku call boss aku tak leh pergi kerja sebab ada hal, nasib baik boss aku faham. Tengahhari dalam pukul 12:00 aku call mintak dia hantar motor dia cakap nak hantar, aku tunggu sampai pukul 2:00 petang, tak hantar jugak. Aku call lagi dia cakap dia ikut kawan. Aku start angin la sebab aku x makan apa apa lagi. Kat rumah pun stock makanan tak ada. Kucing aku pun dah kebulur. Aku cakap kat dia hantar cepat aku nak pergi beli makanan dia cakap ok.
Aku tunggu sampai pukul 5:00 petang dia still tak hantar jugak, aku call mak aku suruh balik. Aku cakap kat mak aku, aku x makan lagi, dia tak hantar motor, mak aku pun bergegas la balik. Semua pasal dia. Aku call dia cakap tak payah hantar la motor sebab mak aku nak balik dah bawak makanan, dia punya perangai munafik dia memang terbaikk! Sekelip mata dia sampai. Dia cakap jangan bagitahu mak aku. Dia takut kena marah. Lepas tu pandai buat muka kesian. Aku geram aku masuk rumah aku ambik baju dia yang mana aku sidai semua aku ambik, aku Baling keluar rumah. Aku cakap jangan jejak kaki lagi kat sini, aku bukan hamba hang. Dia buat muka kesian dia cakap nak tunggu mak sampai dulu. Nak mintak maaf. LOL!
Mak aku pun sampai la dengan muka ketat dan marahnya. Dia buat muka kesian. Dia cakap kalau dia tak tumpang kami dia tak tahu nak duduk mana. Aku cakap aku tak kisah. Yang aku tau aku nak dia keluar dari rumah aku. Mak aku pun diam ja. Dia pun pergi la dengan muka kesian. Dua hari dia tak datang. Lepas tu datang lagi. Dia cakap nak jumpa sebab dia dah nak berhenti kerja. Aku sikit pun tak pandang muka dia. Sebab aku tau kalau aku bagi muka dia akan buat rumah aku ni jadi rumah tumpangan dia lagi. Banyak cantik.
Moral of the story aku ni, aku nak pesan pada korang semua, nak buat baik biar berpada pada jangan jadi macam aku. Tanggung biawak hidup. Dah tu buat rumah aku macam rumah dia. Aku bukan kejam sampai tak mahu tolong orang, tapi tu lah aku baik mak aku baik, dia pijak kepala kami. Kalau kita pun susah nak survive, tak perlulah bantu orang lain. Fikir diri kita dulu. Jangan jadi macam aku, senang dia ambik kesempatan dah tak pasal pasal aku jadi bibik dia. Kata akhir dari aku, sebelum tolong orang, tolong diri sendiri dulu. Minta maaf kalau ada terkasar bahasa. Assalamua’laikum.
– Farzana
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit