Malam ni, aku rasa sedih sangat. Kalau selama ni aku hanya pilih untuk pendam dan melupakan agar tak memanjangkan keadaan. Aku tak suka kalau perkara yang tak best berlarutan. Malam ni malam paling sedih pernah aku rasa. Aku rasa macam telinga aku dicurah besi panas, hati aku remuk di pecah pecah dan dipijak pijak dengan rakus. Aku rasa semua saluran nafas aku tersekat. Tekak aku tak mampu lagi bersuara. Bersuara untuk membela diri aku ini. Diri aku tercalar di mata orang.
Bertubi tubi kesalahan di tembak ke arah aku. Aku yang tak punya perisai. Punya hati yang rapuh, mulut yang terkunci. Benak yang membuak buak hanya sampai di tekak saja lalu hilang. Aku telan semula. Kerana air mata aku tak tahan untuk mengalir deras membasahi pipi. Benak ku terus dihantui dengan persoalan. Persoalannya siapakah yang sudi mendengar luahan hati aku yang remuk ini. Siapakah yang sudi mendengar segala ucapan dalam benak ku ini?
Siapakah yang sudi mendengar segala luahan aku ini, yang sudah tersekat di tekak. Telan. Telan sedalam yang mungkin kerana aku tak tahan panasnya telinga di curahkan dengan kata kata yang terus meremukkan hati aku. Sedih. Tak terkata. Hanya segala tuduhan terus terus dilemparkan kepada aku. Aku jatuh disaat aku cuba untuk bangkit dan menerima segala kekurangan dan kegagalan manusia.
Di saat hati aku terbuka luas menerima segala macam dugaan yang datang, hati aku hancur dengan segalan macam panahan tuduhan. Nanti aku ingin bersuara tapi tiada siapa yang mendengar. Mulut aku terkunci tak mampu bersuara lagi. Masihkah ada yang peduli tentang diriku ini? Masihkah ada yang tanya bagaimana keaadan aku sekarang ataupun bagaimana pendapat aku tentang sesuatu. Bibirku tak henti berselawat ke atas junjungan besar nabi Muhammad s.a.w. Kerana aku tahu, nabi sayang akan umatnya.
Aku cuba pujuk hati aku, mungkin belum tiba masanya untuk di dengari manusia. Manusia tak akan faham kerana manusia hanya memikirkan tentang diri sendiri saja, memikirkan tentang segala yang terlintas dibenak nya harus diluahkan tanpa perlu mendengar kata hati orang lain. Dia seorang punya hati. Dalam gelap malam. Aku mula hilang, aku cuba memujuk hati ku lagi. Pujuk sampai aku terduduk, di suatu sudut. Maafkan aku, kerana aku tak dapat membela diri aku sendiri. Maafkan aku kerana aku harus menerima ini lagi. Maafkan aku sekali lagi. Aku terus maafkan diri aku kerana aku tahu, aku ada aku.
Terus lah menyalahkan orang lain, agar dapat rasa tentang dalam jiwa. Teruslah tegakkan ego agar dapat di pandang mulia. Teruslah berkata kata dengan megah agar dapat di pandang gagah. Teruskan lah menipu dunia, dunia yang sementara. Pekak kan telinga, bukak mulut seluas luasnya, kuatkan suara, butakan mata. Silakan menjawab diakhirat nanti.
Terima kasih kerana sudi membuka mata dan hati untuk membaca. Maafkan aku andai tidak dapat sampai apa yang aku luahkan. Hanya bahasa daripada hati aku yang tak mampu aku lafazkan dengan kata kata.
Doakan aku semoga aku diberikan kekuatan di hari hari mendatang, doakan Allah jawab segala doa aku. Doakan agar suatu hari nanti aku mampu untuk melafazkan segala isi hati aku dengan tenang agar aku dapat membela nasib diri aku sendiri. Tolong doakan aku.
– S
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit