Tolong Fikir 2 Kali

Assalamualaikum wbt.
Tergerak hati kak lydya nak tulis di sini, maaf yer andai ada salah silap dalam penulisan singkat kak lydya ini. Zaman sekarang merupakan zaman yang segalanya di hujung jari. Hampir semua orang memiliki pelbagai account social media. Dalam ia memudahkan perhubungan, ia juga boleh menjadi punca rosaknya sesebuah perhubungan. Kadang, apabila ada kelapangan dan scroll facebook, instagram dan juga twitter, dan terjumpa post-post yang emmm yang negatif lah bahasa mudahnya, tergeleng kepala kak lydya sambil mengeluh. ‘Tak fikir dulu ke diorang ni’ terdetik hati kak lydya. People, be smart okay. Fikir dahulu sebelum post apa-apa di social media. Kenapa?

Ok pertama, penulisan kita menggambarkan siapa diri kita kepada orang yang membacanya. Maki orang, being sarcastic kutuk situ sini, perli orang dalam status, tambahan menggunakan bahasa-bahasa kasar, secara tidak langsung memberi gambaran tentang siapa diri kita, dan apa status hati kita. Orang begini biasanya tidak mempunyai hati yang tenang. (Ini mesti ada yang condemn ni ‘kisah apa aku apa orang fikir’) . Terpulanglah.

Kedua, apa yang anda tulis boleh membuka pekung di dada. Contohnya, anda tulis sesuatu tentang ‘menantu dan mertua’ atau ‘suami dan isteri’ walau dalam keadaan berkias. ‘ Dah cuba segalanya pun masih belum cukup untuk jadi teman hidup terbaik’ dan sebagainya. Automatik kawan-kawan dalam friendlist anda akan tahu, ohhh dia ada masalah keluarga. Dan yang lebih memburukkan keadaan, sekiranya orang yang berkaitan dengan status tersebut membacanya. Kak lydya sudah banyak kali menyaksikan pergaduhan yang terjadi disebabkan kurangnya sensitiviti dalam menggunakan social media.

Ketiga, ini untuk yang suka dan kerap share setiap apa pun aktiviti mereka. Kak lydya tidak kisah, gembira apabila tengok kawan-kawan gembira. Cuma dalam berkongsi kegembiraan mungkin kadang kala boleh ingat ada juga yang memerlukan, dan mungkin ada doa masih belum dimakbulkan. Bertimbang rasa bahasa mudahnya.

Kak lydya tak nak tulis panjang, cukup lah untuk berpesan, bijaklah dalam menggunakan social media. Fikir dahulu sebelum meluahkan apa-apa. Semua orang ada momen gembira, semua orang ada momen tidak gembira, semua orang ada their say in every issue. It’s either you share them or not, and if you do, how you share them that show whether you are a smart user or not. Dan sedikit peringatan, jangan jadikan medium social media ini sebagai medium yang menambahkan beratnya timbangan dosa kelak. Rugi.

– Kak Lydya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit