Assalam wbt, sorry kakak baru perasan yg kakak lupa bagi salam kat post yang terdahulu.
Ada yg tanya hal kakak dan suami. Kami ambil jalan cerai (walaupun ada setengah pendapat kata tak perlu cerai sebab tak sah pun nikah, ada yang kata niakh sah sebab kakak dan suami mangsa keadaan, taktahu kebenaran) tapi kami ok je buat macam tu. Kakak dan suami amat titikberatkan hal hukum semua ini jadi kami rasa mana yang boleh kami buat, kami buat. Da sette urusan cerai semua, kami nikah guna wali hakim. Alhamdulillah kakak dan suami adalah suami isteri yang sah. Tang nak naik turun mahkamah tu yes betul kami pulihkan dulu hubungan kami suami isteri ini dulu.
Anak anak kami taktahu langsung hal ini semua. Mereka budak lagi, kakak pun taknaklah bebankan mereka dgn benda macam ni, tak padan usia mereka.
Ya, kakak bukan sewenangnya nak labelkan anak anak kakak anak luar nikah tapi faham tak situasi kakak? Maksud kakak masa itu ialah, kakak pun taktahu status anak anak kakak apa? Kakak pun taktahu status kakak dan suami apa? Boleh bayangkan tak perasaan kakak bila da hidup elok elok, da besar, da kawin da ada anak tiba tiba jadi macam tu Allah uji kakak dan suami, faham tak risau kakak macam mana, keadaan kakak dan suami macam mana. Masa Mak Abah Nenek Atok semua panggil jumpa, kakak ingatkan apa bendalah penting sangat. Bila Atok cerita, boleh bayangkan tergamamnya kakak macam mana? Speechlessnya kakak macam mana? Buntu, keliru? What? Kenapa kakak taktahu? Macam macam kita fikir, tanya. Marah, sedih, kakak menangis. Apa benda ni. Kakak marah orang tua kakak kenapa buat macam ni, kenapa tak bagitahu awal. Mak kakak pun menangis, Abah kakak pun takboleh nak kata apa dah. Kakak tengah nangis depan semua orang, suami kakak pujuk kakak, dia peluk, pegang bahu kakak, pegang tangan kakak. Kakak rasa tak berdaya, kakak tengah menangis, kakak tanya dia, kita boleh ke sentuh ni, sah ke kawin kita? Anak anak kita macam mana, bang? Suami kakak pun speechless. Kami taktahu nak buat apa, bagaimana. Pertama kali time tu, kakak pakai tudung depan ‘suami’, dengan adik beradik lelaki. Jaga aurat. Balik rumah, kami diam je. Anak anak yang meriah main main kat dalam kereta. Balik rumah, kakak dengan suami bincang baik baik. Alhamdulillah suami kakak sangat supportive. Ya dia pun hadapi tekanan, sampai dia keluar rumah for a few days, kakak pun redha, kami perlukan ruang dan masa untuk masing masing. Masa awal awal tu, kakak jadi teramat marah. Kakak jadi benci kat diri kakak sampai boleh fikir kenapa Mak tak gugur kakak je (astaghfirullah al azim). Ya kakak tahu kakak salah terlalu ikut perasaan, tapi yang kecam kakak ni cubalah faham perasaan kakak masa tu. Yes kakak marah pada Mak Abah kakak tapi kan kakak da kata kakak yang pergi jumpa Mak Abah, kakak minta maaf dan kakak minta Mak Abah doakan kakak depan Kaabah banyak banyak. Kakak sedar diri kakak ni, kakak bukan sesiapa kakak cuma hamba Allah sahaja, kakak masih seorang anak untuk Mak Abah kakak, redha Allah kepada kakak bergantung kepada redha suami kakak terhadap kakak, redha Mak Abah kakak terhadap kakak. Kakak bukan malaikat yang takde perasaan marah. Kakak cuma manusia biasa sahaja. Tolong fikir sebelum komen @ cakap apa apa ya. Tak wajar judge kakak macam tu tau.
Benda ni bukan main main tau, dosa pahala ini boleh buat sangkut kat akhirat nanti. Ia bukan tentang nikah kakak dan suami sahaja tapi melibatkan lebih dari itu bila berkaitan anak anak, soal mahram, nasab, aurat, pusaka semuanya berkaitan. Ya Allah itu Maha Mengetahui dan kakak sekarang redha Allah uji kakak dan suami macam ni. Kakak dan suami ambil jalan berlandaskan agama, banyak ilmuwan kami rujuk berkenaan perkara ini., pergi pejabat agama pergi cari ustaz ustaz. Kerja pun sanggup ambil cuti semata mata nak jumpa ustaz ustazah ini semua. Banyak kami korban masa dan tenaga untuk selesai benda ini. Bukan ustaz kat Malaysia ini sahaja yang kami rujuk, kat Brunei, kat Singapore pun kakak dan suami cuba tanyakan, rujuk. Dengar je ada alim ulama luar datang Malaysia, kakak dan suami sanggup nak pergi, nak jumpa asatizah tu. Tentang anak kakak, memang ada banyak pendapat berbeza sampaikan kakak macam give up dah, taktahu nak ikut jalan mana dah, keliru sangat. Suami kakak banyak bagi sokongan, suami kakak lagi kesian kat dia tau lagi teruk kena hadapi kesan bila berkaitan bab anak anak. Terima kasih atas semua pendapat masyarakat. Kita sebagai orang biasa ini ilmu kita limited, memang kita akan rujuk pada yang alim ulama. Terima kasih sekali lagi atas semua pandangan dan pendapat, kakak dan suami sangat menghargainya.
Kakak ni hidup entah berapa lama lagi, amal pun memang takkan pernah cukup, selagi ada nyawa selagi itulah bab ini akan menjadi satu concern kat kakak. Alhamdulillah kakak dan suami da selesai, tinggal anak anak sahaja. Saban hari kakak doa semuanya dipermudahkan. Macam mana nak fahamkan anak, macam mana nak support anak, macam mana nak hadap pertanyaan anak anak nanti, ya Allah saban hari kakak doa benda ini. Mak manalah yang taknakkan kebaikkan untuk anak anak.
Doakan kakak dan suami ya. Yes kakak jahat sebab sanggup fikir nak bunuh anak sendiri tapi maafkan kakak, kakak manusia biasa, emosi kakak, iman kakak ada naik turunnya. Kakak kongsikan sebegitu untuk nak fahamkan pembaca macam mana awal awal tu kakak jadi berat sangat hadapi ujian ini, stress yang paling paling stresslah dalam hidup kakak. Maafkan silap kakak ya. Doakan kakak, suami. Juga anak anak kakak, semoga puteri kami baik baik sahaja survive dalam dunia yang sekejap ini, kakak da sampai satu tahap kakak fikir kalau betul kami nak bintikan anak anak dengan abdullah, kami terpaksa jadi kejam kat anak anak buat macam tu tapi niat kakak dan suami kami nak henti perkara ini dari berantaian dan kami sangat harapkan keampunan Allah, rahmat Allah dalam semua urusan ini. Macam mana kakak boleh cuba nak ikut agama dan syariat Islam ini, doa kakak hari hari semoga anak anak kakak boleh faham tindakan kakak dan suami ini. Semoga hati nurani mereka adalah hati nurani Islami. Kakak dan suami hari hari mohon kekuatan dari Allah. Dengan ujian ini, kami selalu tahajud, solat hajat solat taubat sama sama, memperbaiki hubungan kami, semakin mendekatkan kami kepada Allah.
Suami kakak pernah kata pada kakak, nama kakak Fitrah. Seperti membawa maksud kembali kepada fitrah, kembali pada Allah. Macam, Allah pilih kakak dan suami untuk hentikan, bersihkan dosa Mak Abah, hentikan akibat kepada anak anak. Kakak sangat redha dengan apa yang Allah uji pada kakak dan keluarga. Ujian ini sangat sangat mengubah kebergantungan kakak kepada ALlah.
Lagi sedikit masa, kakak dan suami akan selesaikan beberapa perkara lagi berkaitan anak anak. Doakan kami ya. Itulah perancangan kami. Kami hanya mampu merancang tapi Allah jua menentukan. Kami perlukan masa untuk selesaikan perkara ini. Dekat keluarga pun kami mohon takpayahlah cakap tentang ini, kami taknak anak anak membesar dengan emosi yang tak stabil. Kakak faham anak anak nanti akan terkejut, rasa tersisih. Macam mana yang kakak hadapi dulu mula mula. Mereka tetap anak anak kami. Mereka adalah hasil cinta kami kerana Allah. Mereka adalah amanah Allah pada kami.
Doakan untuk semua urusan dunia dan akirat. Doakan anak anak kakak sekali. Kakak sangat sangat sayangkan anak anak kakak, suami kakak. Merekalah harta kakak didunia ini, merekalah nyawa dan hidup kakak. Allah pinjamkan mereka kepada kakak. Doakan kakak dan suami dapat jadi yang terbaik. Concern kakak untuk ujian ini ialah mohon sangat parent yang berkenaan supaya pleaselah stop semua ini, kakak merayu sangat. Usahlah difikirkan sangat malu. Biarlah takut kita tentang azab Allah itu lebih besar dari perasaan malu itu. Mana yang buruk dan takbaik dari dari kakak, kakak minta maaf dari semua ya. Terima kasih readers, terima kasih banyak banyak. Semoga Allah temukan kita semua di syurga Allah.
Wslm.
– Fitrah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit