Tolong Jaga Batasan Kita

Saya membaca hantaran Anggerik tentang Jaga Batasan, (https://iiumc.com/jagalah-batasan/). Teramat setujulah saya dengan nasihat Anggerik. Sebab saya sendiri melaluinya, cuma yang curang itu saya, isteri.

Suami saya dambaan setiap wanita. Walau tak alim, suami saya sangat baik, romantik, tak suka buang masa di luar, family man, membantu saya urus rumah, nafkah saya dan anak-anak sentiasa cukup.

Setiap hari jadi dan anniversary tak pernah dia lupakan. Dia sangat sayangkan saya.

Semuanya bermula bila saya sebagai suri rumah mencuba satu bisnes yang perlukan saya bergaul dengan orang ramai. Perlu kursus, kelas, appointment, dll.

Makna kata kehidupan saya selepas berkerjaya berubah bagai langit dengan bumi. Kalau dulu duduk di rumah saja sekarang saya keluar hari-hari.

Pakaian saya daripada menutup aurat sempurna, saya mula memakai seluar ketat, tudung pendek, dan akhirnya buka tudung seperti zaman sebelum kahwin.

Disini saja kesilapan suami saya, dia tak menegur dan membiarkan saya bebas kerana dia terlalu sayangkan saya.

Mungkin disebabkan saya yang kelihatan semakin vouge, sudah mula ada rakan sekerja yang mesej saya walaupun mereka tahu saya sudah berkahwin.

Saya tak tahu dengan industri lain, tapi dalam bidang ini, lelaki tak peduli wanita tu isteri orang atau tak, mereka cuba saja. Ada yang saya layan, ada yang saya buat biasa-biasa saja. Mereka ini bujang dan suami orang.

Puji-pujian lelaki buat saya terawang-awang, kerana selama menjadi suri rumah saya rasakan saya sudah tak cantik. Suami bukan tak puji saya, tapi bila lelaki luar memuji saya rasa saya masih laku. Astaghfirullah.

Akhirnya saya semakin rapat dengan seorang rakan lelaki yang juga suami orang. Hubungan kami berjalan hampir 7 bulan.

Sepanjang itu juga saya selalu balik lewat. Prestasi kerja terganggu kerana dah tak fokus lagi. Anak pun saya jumpa malam saja, kesian anak saya bila saya ingat balik kebodohan saya.

Hubungan ini suami dapat tau bila suami buka WhatsApp saya dan baca perbualan kami yang menjurus kepada maksiat.

Suami sangat marah dan kecewa dengan saya. Mujur saja suami tak ceraikan saya dan berikan masa untuk saya berubah. Suami juga berjumpa dengan lelaki itu dan beri amaran. Sejak itu kami tak berhubung lagi.

Kerjaya saya terganggu akibat perkara ini. Saya akhirnya buat keputusan untuk tidak lagi terlibat dengan sebarang perkara yang melibatkan diri dengan orang lelaki.

Saya kini kembali menjadi suri rumah, berkerja sendiri lebih tenang dan selamat untuk saya, kalau diluar itu merisikokan suami, anak dan akhirat saya.

Di sini saya kongsi sedikit tips untuk berubah, kalau betul-betul sayangkan pasangan dan anak-anak:

1) Tukar environment/ kerja. (Tak mudah tapi, berbaloi)

2) Putuskan semua hubungan dengan orang tersebut. (You will be fine)

3) Dapatkan khidmat nasihat kaunselor/ psikiatri. (Saya ada daddy issue)

4) Bila berkawan berlainan jantina :

– Jangan whatsApp selepas kerja hal tak penting.

– Jangan berdua dalam satu kereta.

– Elak makan berdua.

– Jangan kerap berjumpa.

5) Bila ada orang approach, anggap macam satu cabaran. 1 markah bila kita berjaya tepis godaan. Macam berjaya menang game yang very challenging.

Sebagai pasangan, bila merasakan ada sesuatu yang berlaku, terus take action ketika itu juga. Tegur pasangan ketika ternampak bunga-bunga kecurangan. Tegur dan take action.

Saya bersyukur Allah gerakkan hati suami untuk cek whatsapp saya, asbab itu saya kini bebas dari curang dan berpeluang masuk syurga kembali.

Doakan saya jadi isteri solehah dan kami sekeluarga masuk syurga. Di syurga itu ramai pendosa yang bertaubat kan? Masih ada sinar untuk saya. InshaAllah.

– Tokyo (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *