Saya ada Baby 5bulan kat TASKA xx juga hantar abangnya Darjah 2 Transit ke sana lepas balik sekolah.
Ingatkan ini menyenangkan kerja ambik, tapi tak sedar saya BERSALAH kepada penghuni TASKA yang sepatutnya kat situ dan juga anak sendiri yang Transit.
Ramai parent taktahu dan mungkin terlepas pandang pasal ni. Selama ini tak diberitahu pun oleh mana2 owner TASKA
1) Had umur TASKA
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dah gariskan TASKA untuk jagaan bayi hingga 4 tahun. Anak sekolah yang Transit ni umur ‘terlebih’, perkembangan dah berbeza. Baby mungkin akan TERGANGGU apabila waktu petang, anak2 Transit ni balik dari sekolah. Baby bawah 3 bulan perlukan tidur lena sekurang2nya 15jam sehari. Dah anak kita yang besar2 ni, balik sekolah belum tentu tidur petang weh.
2) Kuota Jagaan
JKM sangatlah menjaga kuota jagaan Baby bawah 3 bulan, 1 pengasuh:3 baby je. Kalau Baby tidur sekali pun, Pengasuh tak boleh cilok pegi ajar anak2 Transit ni buat keja sekolah pun. Ada kan kes2 Baby tersedak susu, meninggal semasa tidur. Macam ni lah ‘fragile’ nya penghuni TASKA, pengasuh tak boleh cuai sedikit pun.
3) Perkembangan Berbeza
Anak2 sekolah biasa bawa balik kerja sekolah, nak siapkan di Transit. Siapa nak bantu? ke huha huha saje dengan kawan2 sebaya. Silap2 kerja sekolah tak siap, balik rumah malamnya tidur awal pulak. Anak TASKA usia 3-4 tahun takda hal sebelah petang sesi Menonton TV atau santai2, anak kita ni yang dok ‘stress’ KBAT lagi KSSR lagi, mudah2 je ‘tersantai’ sama
Saya senaraikan ni dulu. Cukup2 lah mengambil HAK penghuni TASKA 0-4tahun.
Ada banyak lagi tempat kita boleh hantar anak Transit. Saya refer JKM, rupa-rupanya ada Pusat Jagaan Kanak2 yang khas untuk jaga budak 4-12 tahun ni. Memang keja dorang ambik dan jalankan aktiviti untuk kanak2 Transit. Tak bercampur dengan Baby.
Pilihlah yang sesuai dan pastikan Pusat Jagaan itu yang berdaftar JKM. Apa2 jadi kat anak2 kita, JKM sendiri akan turun padang.
Kenapa saya tak hantar je anak Transit ke Tadika?
Saya tanya balik, semak balik ketiga2 senarai tu, kaji balik apa itu Tadika. Kenapa diwujudkan Pusat Jagaan?
Dialu-alukan,jika ada pegawai JKM atau parent yang lebih arif boleh jelaskan dengan lebih baik.
– Ibu Bersalah
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit