Tolong Jangan Tambah Serabut

Salam warga suami yang dah penat.
Aku tahu aku tak ke seorangan.
Mesti ada juga macam aku.

Aku seorang suami,
Early 30. Sebelum kahwin, banyak la yang aku buat teruk.
Boleh dikatakan segalanya dosa la.
Cukup sampai situ.

Lepas je kahwin. Hidup aku berubah 360 darjah.
Rezeki aku dapat anak awal.
Semua aku stop, even rokok pun.

Harap istiqamah la…

Sakitnya aku 1 je.
Isteri aku suka ungkit masa silam aku.
Ye memang dulu aku jahat. Tapi kenapa nak jugak kahwin dengan aku kalau tahu kau tak boleh terima masa lalu aku.

Dia boleh ada fake acc untuk stalk semua ex aku.
Kau bayangkan la.
Semua ex aku dia stalk.
Lepastu aku yang jadi mangsa!!!

Dia lepaskan semua dekat aku!!
Aku dah takde kena mengena dengan diorang!!
Tapi bini aku stalk diorang pastu mengadu dengan aku!!!
Diorang semua dah kahwin!!

Lepastu aku yang jadi mangsa apahal?!!!
Ko bayangkan aku tengah kerja,
Dia hantar apa yang ex aku buat, kehidupan diorang la apa la !!

Aku peduli hape?!!!
Lantak diorang la!!

Bini aku ni housewife. Tak keje.
Baju aku hantar dobi,
Masak seminggu 2 kali.
Kadang aku cakap kita makan je luar.

Semua belanja aku sendiri tanggung!
Rumah, kereta, barang dapur, duit nafkah dia,
Duit dia nak beli air mahal, segala macam la semua dari poket aku!!

Tapi end up dia semak kan pikiran aku dengan senua cerita ex aku yang dah takde kena mengena dengan aku !!

Aku tengah keje!!
Semua benda kau nak tunjuk kat aku !!

Apa MASALAH??

Haih la, korang bagi la cadangan kat aku, apa perlu aku buat.

Aku tak nak la buat benda bodoh.
Aku dah kahwin. Aku sayang perkahwinan aku.
Aku nak dia stop, stop, stop ambil tahu pasal ex ex aku.

Kitaorang dah ada life kitaorang.
Ex aku pun ada life dia.
Sudah laaaaaaa.
Cuma aku semak betul sekarang ni.

Apa perlu aku buat?
Aku sampai malas nak balik rumah.
Kang ada juga aku pi tidur hotel sorang sorang kang.

Geram je aku. Adoi…
Stop this bullshit, women!

Aku kerja bagai nak mampos,

Balik rumah duk cerita ex aku yang tu macam ni, ex aku yang ni macam tu!!

Dia nak aku getback balik dengan ex aku ke?
Bangang…

– Suami Penat (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Dah berapa tahun kahwin tu? berapa lama bercinta sebelum kahwin? sebab tu dalam islam dah cakap, tak wajib pun untuk kita kongsi kisah silam pada pasangan bila dah berkahwin. sebab ni la makannya. perempuan lagi insecure bang. dulu awal2 kenal dengan suami pun, SEMUA dia cerita. tak tidur malam saya fikir pasal kisah silam dia. tak sangka pun ada juga. lepastu otak ni pun asyik bayangkan macam2 dengan cerita dia tu. semua pun sama bang. lelaki atau perempuan. tapi saya terima dia seadanya. memang sebagai perempuan, susah dan makan masa untuk kita berdamai dengan benda tu. walaupun benda dah lepas, perempuan tetap overthinking. saya sama je macam bini abg. saya akan stalk selagi boleh stalk tapi saya diam dan pendam je seorang diri. saya tak attack pun suami saya. tapi betul bang, benda ni makan masa. kadang2 kami buat sebab insecure punya pasal. ubat dia satu je, tegur dulu, kalau tak jalan, marah je bini abg tu. tak salah pun nak marah. nasihat confirm tak jalan. bagi dia termenung. macam suami saya buat. dia ugut kata dia tak akan cerita apa2 dah dekat saya. dia kata dia rimas saya beria pasal kisah silam dia. masa tu saya takut. saya taknak la dia diam je dan berahsia semata mata kerana ungkitan saya. lepas dari tu, saya cuba juga berdamai dengan silam dia. perempuan tetap perempuan bang. kami ada otak tapi kami fikir pakai perasaan. hehehehe. semoga membantu..

  2. Memandangkan tuan cakap isteri pantau/perhati kenalan tuan melalui akaun palsu dalam alam maya, ada beberapa kemungkinan yang saya boleh bagi. Satu, tuan dan kenalan masih saling ‘follow’ akaun di media sosial. Dua, ditambah dengan reaksi ‘suka’ dan emoji lain atau respon/komen. Harus ingat, tarikh dan masa aktiviti butang ‘suka’ dan komen tuan boleh menyumbang hebat dalam masalah diri isteri tuan. Tiga, ‘chat’ bertanya khabar atau saling mengucapkan selamat pada perayaan/majlis tertentu. Keempat, lebih parah lagi kalau kenalan itu juga berada dekat dalam bidang kerja/lingkungan tempat kerja tuan.
    Isteri mungkin mahukan tuan untuk ‘BUANG’, bukan sekadar ‘STOP’. Jadi saya rasa tuan tahu apa yang perlu dibuat. Antara hendak atau tak sahaja. Sentiasa ungkapkan/membalas dengan kata-kata yang boleh meyakinkan isteri atas setiap kali serangan soalan dan kenyataan isteri berkenaan kenalan-kenalan tuan.
    Jika kemungkinan-kemungkinan tersebut tidak ada dan tidak wujud, maka saya pun tak pasti punca masalah tu di mana. Berkomunikasilah secara baik dengan isteri. Semoga berjaya, dengan izin Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *