Tolong Jangan Tidur Terlentang

Assamalamualaikum. Kat sini aku nak share pengalaman tertidur terlentang. Dengar macam pelik je kan. Tapi apa yang jadi kat aku lagi pelik haha. Hmm okay aku mulakan.

Aku biasa tidur mengiring ke kanan, sebab selesa sangat dan akan tidur lena. Tapi disebabkan penat sangat aku tertidur terlentang. Posisi tidur yang sangat aku tidak suka sebab tak selesa. Lagipun masa tu nak betulkan pinggang yang terasa sengal. Jadi apa kaitan tidur terlentang dengan pelik ni?? Okay aku bagitahu. Everytime aku tidur terlentang mesti aku mimpi pelik-pelik. Tapi kebanyakannya, akan ada sesuatu yang mengacau.

Yang pertama pernah jadi ialah:
– dalam mimpi ni. Kepala aku di posisi kaki dia yang bersila. Haa pernah buat tak bila mak kita bersila time tu jugak kita nak letak kepala dkt kaki dia. Nak manja-manja. ‘Dia’ ni aku tak kenal siapa sbb apa yang aku nampak hanyalah warna hitam. tapi dia berbentuk manusia. Dia letak tangan dia kat kepala aku and like dia control mind aku masa tu. Ada masa dia nak tunjukkan muka dia, tapi aku pejam je sebab tak sanggup tengok. Time dia pegang tu, aku struggle lepaskan diri. Tapi tak boleh. Mulut aku tak keluarkan suara walaupun aku meronta. Kebetulan semasa aku tdr, ada almari di sebelah katil. Aku cuba ketuk so that kakak ke or sesiapa sedar aku dalam bahaya tapi tak terdaya. Rasa lemah gila. Apa aku buat, aku cuma teringat nak sebut ‘Allahuakbar’ je. Aku sebut lama-lama baru aku dpt lepas dan terjaga. Aku lepas dari dalam mpi tu. Lepas terjaga badan sumpah lesu betul. Terasa lega dan bersyukur kerna itu semua mimpi.

Kes kedua:
-aku mimpi dia pegang aku juga. Di bahu dan tangan. Kuat sampai tak boleh lari. Badan memang terasa kebas in real life walaupun apa yg di pegang tu dalam mimpi. Masih juga aku tak kenal dia tu siapa sbb aku membelakangkan dia. Aku jerit mintak tolong but there was nobody. Seperti kes pertama, aku sebut ‘Allahuakbar’ baru dilepas sebab aku tak sanggup nak tunggu lama lagi dalam mimpi tu. Terasa penat. Takut. Walaupun cuma mimpi. Kerna dua-dua kes terasa betul dan aku nak lari dari menghadapinya in real life. Aku tak rasa aku mampu.

Jadi, tu dua jelah yang jadi everytime aku tidur posisi sebegitu. Kenapa eh jadi macam tu? Ada sesiapa tahu? Korang ada pengalaman yang sama ke? Dah baca doa sebelum tidur. Dan apa pengajaran aku dapat.
-jangan tidur terlentang lagi
-Allah sebaik-baik penolong.

– Kuntum

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit