Assalamualaikum. Topik yang saya ingin bincangkan ini agak sensitif untuk beberapa pihak, tapi saya rasa ini sangat penting untuk memupuk kesedaran tentang masalah sosial di kalangan masyarakat kita. JANGAN AMBIL MUDAH PERKARA INI. Saya tahu ramai antara kita yang berfikiran “Ala, budak2 bukan tahu apa”, anda akan terkejut untuk melihat kes2 sexual grooming di malaysia. Bahasa yang digunakan dibawah agak ‘kasar’ untuk sesetengah pihak, tetapi saya harap anda faham akan maksud yang diketengahkan.
Saya terkejut baru2 ini setelah membaca post di facebook tentang seorang kanak2 perempuan berumur 8 tahun sedang berbual dengan lelaki yang tidak dikenalinya di wechat. Isi perbualan mereka sangat menakutkan- kanak2 itu bercakap lucah dan juga saling berbalas video lucah dengan lelaki tersebut! Saya menggigil ketakutan apabila membaca post itu. Dan teringat pula tentang siasatan Page Predator in My Phone dan Mums Alert Malaysia tentang orang dewasa yang berkomunikasi dengan kanak2 dan melakukan ‘sexual grooming’.
Apa itu sexual grooming?
Sexual grooming berlaku apabila seseorang individu (yang tidak dikenali ataupun keluarga) memperkenalkan diri mereka kepada individu bawah umur, membuat hubungan emosi, dan berniat untuk melakukan perkara sexual kepada mereka. Individu ini akan berlakon sebagai seorang kawan, seorang abang, seorang pengajar, dan akan memperkenalkan mangsa tentang perkara2 seksual, ATAU akan menipu mangsa untuk ‘bermain’ semata2 untuk mengambil kesempatan.
Kebanyakan mangsa tidak tahu apa itu sexual abuse, dan bagi yang remaja pula, mereka selalunya ditipu bahawa perkara2 seksual adalah benda ‘biasa’. Ada diantara mereka adalah ‘authority figure’ iaitu orang2 yang mereka biasa kenal seperti guru, bapa saudara, abang, sepupu dan sebagainya.
Bagaimana sexual grooming berlaku?
1. Kanak-kanak
Pemangsa akan mendekati mangsa sebagai ‘kawan’, dan akan membuat hubungan emosi seperti seorang penjaga, pengajar dan sebagainya. Mereka akan mengajar kanak2 untuk ‘bermain’ permainan yang pada mulanya nampak innocent, tetapi akan terlajak kearah perbuatan touching, groping dan seterusnya. Kemudian mereka akan memberitahu mangsa untuk berjanji untuk menyimpan rahsia, seolah2 ini rahsia antara dua sahabat.
2. Remaja
Pemangsa akan mendekati mangsa sebagai seorang kawan yang nampak lebih arif tentang kehidupan, tahu selok belok dunia, dan akan mislead mangsa dengan memberitahu mereka perkara seksual ini adalah benda biasa. Mereka akan menipu mangsa dengan memberitahu mereka harus selalu ‘praktis’ kalau tidak badan dan biology mereka akan tidak sihat atau seimbang. Mereka juga akan berjanji manis untuk berkahwin selepas habis sekolah, dan memberi ilusi palsu tentang membina keluarga bahagia dengan mangsa.
Medium untuk sexual grooming
Majoriti daripada kes ini berlaku apabila anak2 mendapat akses unlimited kepada internet. Dengan teknologi seperti smartphone, tab, laptop, mereka dapat akses apps atau website dan berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Biarpun apps2 yang pada mulanya nampak innocent seperti gaming apps atau facebook games yang mempunyai apa2 peluang untuk user berkomunikasi secara private.
Orang2 yang selalu anak kita jumpa in real life juga mempunyai potensi untuk menjadi pemangsa. Tidak kiralah disekolah, di dalam bas, rakan sekelas dan jiran atau saudara mara. Kita harus pantau dengan serius dengan siapa mereka berkomunikasi dan berkawan. Ada kalanya orang yang nampak seperti baik itulah sebenarnya serigala dalam penyamaran.
Cara2 mencegah
1. TOLONG PANTAU DAN KAWAL ANAK ANDA
Fahami rutin harian mereka, dengan siapa mereka berinteraksi, semak latar belakang individu/keluarga. Semak chat log, internet history, mesej, friendlist anak anda sekiranya mereka ada akses.
2. Limit akses anak kepada teknologi
Telefon bimbit memang penting untuk mengetahui dimana anak anda, tetapi cadangan saya, sila aktifkan child mode di komputer, tablet, laptop, phone untuk mereka. Jika anda tidak tahu bagaimana, rujuklah kepada sesiapa yang pakar.
3. Jangan takut untuk jadi protective
Ramai ibubapa takut dikecam untuk menjadi ‘overprotective’ sehinggalah akhirnya nasi menjadi bubur. Sebagai ibubapa anda sememangnya ada hak dari segi undang2 untuk mengetahui semua perihal anak2 selagi mereka di bawah umur.
4. Ajar anak tentang akibat/consequences
Sekiranya anak anda didapati telah melakukan perkara ini, jangan takut untuk menghukum dan memarahi mereka. Bukan saya cadangkan untuk pukul atau dera, tetapi hukuman setimpal seperti rampas gadget, tunjukkan mereka berita2 tentang masalah ini, dan ajar mereka tentang keburukan perkara ini.
5. Ajar anak anda mengenali limit
Anak anda harus tahu apa yang acceptable dan tidak acceptable apabila berkomunikasi atau berhubungan dengan seseorang. Ajar anak anda untuk menjerit/meminta tolong apabila mereka berasa tidak selesa. Ajar anak anda untuk mengatakan tidak dan lari dari situasi bahaya. Ajar anak anda tentang badan mereka, tempat2 yang tidak boleh disentuh orang lain dan perkara2 yang berkaitan.
6. Luangkan masa untuk anak
Kebanyakan anak2 yang lebih suka berkomunikasi dengan orang luar, mempunyai masalah berhubungan dengan keluarga. Mereka tidak mendapat attention yang cukup ataupun mereka rasa keluarga mereka ‘asing’ dengan diri mereka. Kenali anak anda, fahami mereka dan binalah hubungan yang rapat, bukan sekadar meluangkan masa membeli belah sahaja.
Terima kasih
– Risau
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit