Tolong Mahalkan Diri Anda

Terima kasih sebab admin approve confess aku ni. Sekadar kongsi luahan. Lemma describe about myself first. Panggil aku Mawar. Aku student luar dan bakal graduate. Aku minta maaf kalau confess aku ada menyinggung hati sesapa. Aku sekadar nak berkongsi. Tp aku terpanggil untuk buat confess lepas baca post yang dishare oleh “Aliff Channel”. Tajuknya lebih kurang “Girls nowadays mudah nak mampus diperbodohkan oleh lelaki”.
Hahahaha. Thanks kepada sapa yg tulis tu.

Terima kasih sebab kau tolong aku buat ayat tu and aku nak tambah sikit about perempuan.. My dear girls, kau tu perempuan. Mahalkan diri kau. Martabat kau, letak tinggi tinggi. Kau membawa nama keluarga dan suami kelak. Tlg lah jgn mdah sangat kau nak jatuh cinta. Kau tak payah nak buat statement “people change. Even dalam sesaat manusia boleh berubah” oh please…

Terlalu mudah kau ungkapkan. Aku nak jatuh cinta pon memakan masa yg lama. Ke aku sorang je yg spesis mcm tu? Weyh… Jatuh cinta pandang pertama berbeza dengan jatuh cinta perempuan miang pandang lelaki pada saat pertama. Perempuan, tak perlu rasa takut tak kawen ke tak berpunya ke apa. Live your life sudahlah.. Jgn desperate sgt nk bercouple keluar kehulu kehilir dengan lelaki.

Ok, back to story.. Yg buat aku tak puas hati kau boleh ckp mcm gitu lepas kau porak perandakan hubungan org. Kau masuk line org, kau buat statement tu? What the ?!&?#!£(?!!

Yg kawan² aku kene ni punya lah menangis tak tahu pape tetiba kena dengan kau, amarah kau, makian kau.. Dia yg bukan jenis memaki ni pon bole terlepas memaki kau. Tp sekadar dia je tahu yg dia maki kau sbb die taknak rosakkan hati dia, dia tak nak rosakkan minda dia. Sungguh, aku yg penat tengok dia bersabar dengan kerenah kau. dia sabar gila dengan kau. Dengarkan je ape kau nak ckp walau mungkin kata² kau tu kosong.. Kau tak faham perasaan dia untuk elak maki kau.

Weyh.. Like seriously kau dah tahu laki tu dah ade awek, lg kau nak melekat? Belah je dah lah.. Makin buat tak malunya kau boleh serang awek pakwe kau ni dengan makian memarah bagai? Hashtag sila meninggal untuk manusia macam gini. Even bukan aku yg kene pon, tp aku perempuan. Aku faham mereka yang dahh terkena dengan spesis mcm gini. Please perempuan.. Statement yang “Aliff Channel” share ni mungkin nampak mcm laki je salah. Tp yg perempuan pon, tak payah lah nak galak sangat. Bende kalau tak melayan, tak jadi guys..

Lepas tu aku nak pesan, jadi manusia(lelaki atau perempuan) kau putus cinta ke apa ke. Atau masalah besar mana sekali pon, please. Tutup aib diri sendiri. And tlg tak payah nak menagih simpati atau perhatian org lain sampai nak bunuh diri terjun sungai ka bangunan ka kelar leher sendiri ka rempit lelaju ka..lelaki atau perempuan, Dua dua memainkan peranan. So please. Mainkan peranan memasing. Apa yg betul, dipertegakkan. Jgn mudah mengalah. Jangan simpan masalah tu berkulat dalam diri manusia. Sebab masalah yang dipendam mampu menimbulkan satu titik hitam pada hati dan mungkin boleh jd dendam dan benci. Ingat!

Yg dah “berpunya” tu tlg jaga, bertanggungjawab dan jujur pada diri sendiri. Jangan nak menggatal sangat pergi usya yang lain. Menggatai cari lain. Aku cakap ni random. Sebab dah banyak permainan dunia mcm gini jd kat sekeliling.. Fikir balik eh.. Kau hidup mati sebab Allah. Kau susah senang sedih gembira pon sebab Allah. So tak da alasan untuk ko ugut bunuh diri sendiri sebab bosan hidup atau putus cinta bagai ni.. Sila malu dengan Allah bila kau keluarkan statement mcm tu.

Berbaliklah pada Allah dalam apa keadaan sekali pun.
Wallahualam.

– Mawar

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit