Salam. Aku dan tunang baru habis belajar dan selamat dah kami konvo. Biasalah, kami macam manusia biasa, baru nak mulakan hidup.
Kami decide nk nikah tahun ni. Aku cuma nak majlis simple. Nikah, makan kecik-kecik. Janji halal, dan in shaa Allah memperbaiki diri lebih baik bila ada pasangan dalam hidup kita. Niat kerana Allah.
Tapi, aku tengok family aku nak hantaran 10k.. Belum kira dewan untuk sanding pula. Katanya sebab aku degree holder. Orang kampung yang tak sambung belajar pun 10k. Itu bukti lelaki tu sanggup berkorban untuk kita. Tapi aku rasa macam aku tak setuju sebab bagi aku bukti dia nak aku sebab dia yang akan tanggung dosa aku, makan pakai aku selepas kahwin. Dan aku terlalu banyak kekurangan. Ada orang nak kahwin dengan aku pun dah kira bersyukur sangat. Huhu. Bukan tak laku, tapi aku tak larat nak restart over cinta balik. Cukup la satu, yang boleh faham aku, boleh tenangkan aku bila marah, boleh nasihat baik-baik setiap kesalahan aku. Agama tu yang penting. Hensem tu kira bonus la.
Cuma, aku tak tahu kenapa nikah sekarang susah sangat. Sorry to say, sebab adat yang macam macam, nak ikut jiran sebelah, nak ikut jiran sekampung ni laaa orang banyak lahir anak luar nikah. Aku tak kata aku sokong orang lahir anak luar nikah, tapi sebab urusan nikah tu yang disusahkan. Why not anak nak nikah, laki pun baik, agama Alhamdulillah, bagi je nikah? Ni nak tengok pulak lelaki tu sanggup tak berkorban untuk dapatkan kita. Duit nak kena kumpul, keluar dah sana sini sebelumnya, masa dah terbuang nak kumpul duit lagi. Bagi aku, MEREPEK!! Mungkin ada side korang rasa tak merepek. Tu pendapat masing-masing.
Aku tak tahu nak argue macam mana lagi. Semua yang aku cakap serba tak kena dekat family aku. Nak pelamin, nak dewan, nak hantaran, nak sama macam majlis orang lain.
Tapi, tu la. Jujurnya, untuk org baru habis belajar, aku rasa macam ambil masa lagi 2-3 tahun lagi nak kumpul duit banyak tu untuk majlis dan persediaan selepas kahwin.
Pada orang yang ada anak, nak nikahkan anak, please laa mudahkan. Aku ni mampu berdoa kat Allah supaya dipermudahkan urusan kami. Rasa macam tak sempat nak kumpul duit dalam tahun yang sama.. Tapi, rezeki kalau Allah kata ada, adalah aku nikah tahun ni. Kalau tak ada, aku anggap tak ada rezeki tahun ni.. Aku nak buat benda baik, tapi bila tengok list kahwin, duit hantaran, macam serabut juga la kepala ni..
Kalau korang ada situasi macam aku, korang akan nasihatkan family korang macam mana supaya dorang faham? huhuhu… Aku tak pandai nak ceramah, agama bukan cerdik sangat nak dakwah orang, tapi aku faham la beza rukun nikah dengan adat melayu. hukhuk.. tersepit aku.
– Anatasya
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit