Hai semua. Terima kasih kalau confession aku ni berjaya disiarkan. Aku lebih kepada nak meluah perasaan dan nak tahu ramai ke yang hadap situasi macam aku. Kalau ramai aku lega dan aku boleh anggap ini semua normal. Haha!
Aku Sara. Kahwin dengan suami bergaji 3-4k dan aku sendiri bekerja. Suami aku anak yang ke-5 daripada 13 beradik. Ramai betol ipar2 aku.
Huhu. Atas2 suami aku dah berkahwin. Bawah2 suami aku ada yang bujang dan bersekolah. Suami aku dengan kakak abang dia jarak umur dekat2 jer setahun dua camtu.
Suami aku ni pemurah lain macam sampai diri sendiri miskin. Suami aku dah bekerja 10 tahun sebelum kawen dengan aku.
Masa bujang ada motor jer. Gaji + OT + side income masa bujang boleh cecah 8-10k sebulan. Tapi sampai sekarang dah berbini, takde kereta dan rumah lagi.
Kami kawen masa PKP. jadi gaji selepas PKP memang range 3-4k dan no side income dah. Bonus pun sebulan gaji aje dapat. Compare sebelum PKP dia boleh dapat 3-8 bulan gaji.
Tapi aku pelik. Kan masa bujang dapat income + bonus banyak. Tapi kenapa aku tak nampak hasil kerja penat lelah tu. At least kasi laa ada kereta dan rumah sebijik.
Masa awal2 kawen aku dengar jer dia cerita income besar dia tu sambil dalam hati aku tertanya2 habis mana hasilnya? Tak nampak pun.
One day aku beranikan tanya dia dulu kan awak income banyak tapi kenapa tak beli kereta atau rumah? Even masa nak kawen dia tangguh punya tangguh tarikh sampai PKP sebab takde duit. Kelakar weh. Nak kawen tapi takde duit.
Akhirnya dia pun buka cerita, duit dia banyak habis pada family dia. Asal balik kampung jer beribu duit habis belanja family dia. Dia cakap dulu dia kerja balik kampung mewahkan family dia sebagai bukti dia berjaya.
Lebih berjaya daripada kakak2 dan abang2 dia. Dulu ayah dia pandang rendah pada dia. Sebab tu dia buat semua tu. Tapi bagi aku dia silap.
Cukuplah buktikan kejayaan kita berpada2 jangan sampai kita dipergunakan.
Mak ayah suami kakitangan kerajaan. Should be ada gaji yang cukup untuk 13 orang anak kan. Rumah besar, kereta Malaysia berderet2.
Tapi anggapan aku salah. Mertua ada gaji cukup untuk makan minum dan komitmen asas sahaja. Nak bermewah2an tunggu suami aku suap. Mertua aku jenis meminta dengan cara halus.
Awal2 aku tak boleh baca gaya mertua aku lama2 aku faham cara diorang pergunakan suami aku.
Suami aku kalau dengar jer orang tu, orang ni nak itu ini, terus dia hulur duit lagi2 family dia. Asal ‘cerita’ jer, suami aku akan tunaikan.
Setiap kali balik kampung, mertua akan bercerita kipas dalam bilik tu rosak, ayah ingat ayah nak gi cari baru. Apa lagi, terus suami aku belikan. Mak pulak bercerita karpet kat ruang tamu dah hancur ingat nak ganti baru.
Terus suami aku belikan. Adik2 pulak bercerita kat situ sini ada kedai makan baru bukak, tak pernah try lagi. Terus suami aku bawa semuaaa adik beradik dia makan kat situ.
Asal balik kampung, ada sahaja cerita itu ini. Mula2 aku ingat sekadar cerita rupa2nya ni helah cara menghabiskan duit suami aku secara halus.
Paling teruk bila cuti sekolah dan hari raya. Kami berkumpul ramai2 kat kampung dan ada buat makan2. Yang suggest buat makan2 orang lain, tapi suami aku yang berhabis duit.
Bukan ratus2 ya. Ribu2 habis. Dah ramai. Ipar duai anak/ mak/ pak saudara lagi. Sepatutnya bila ramai camtu share laa dengan adik beradik yang lain jugak. Tapi tak diorang semua gunakan suami aku.
Belum cerita pasal ipar. Adik2 ipar aku yang masih belajar nak apa2 ‘cerita’ kat suami aku. Nak kena beli kasut la, baju la, laptop rosak la, kena buat assignment kat luar nak pakai duit tambang itu ini.
Sebagai abang yang baik suami aku hulurkan duit dia.
Masa dapat bonus, adik2 perempuan paw masuk drug store beli semua make up yang dia nak. Masuk butik beli baju2 yang diorang nak.
Aku hanya memerhati dan menghitung berapa ribu dah habis. Bonus masatu dalam 5k sekelip mata lesap. Allahu.
Paling sedih, abang kakak suami aku ni sentiasa cakap diorang takde duit. Jadi adik2, mak, ayah nak apa2 lebih suka ‘cerita’ kat suami aku.
Sebab diorang tahu suami aku akan tunaikan. Sedangkan abang2 kakak2 suami boleh pakai 2, 3 biji kereta dan masing2 dah ada rumah.
Adik ipar aku pun dah ada yang beli kereta walau gaji kecik. Tapi suami aku? Kereta takde apatah lagi rumah. Suami siap standby kad kredit.
Kot2 cash habis dia boleh guna credit card untuk belanja balik kampung. And yes ada satu masa tu ayah mertua minta kitorang balik saja2.
Masatu suami aku tak de cash dah. Sampai je kampung macam2 ‘cerita’ keluar. Itu ini rosak, nak makan itu ini, nak itu ini, apa lagi suami aku swipe jer credit card tunaikan semua ‘cerita’ mereka.
Aku yang tahu suami aku takde duit hanya diam jer. Sebab apa? Pernah laa satu masa dulu aku tegur dan nasihatkan suami untuk berjimat dan buat saving.
Korang tahu apa dia cakap? Awak tu patut bersyukur saya dah sediakan semuanya pada awak. Makan, minum, tempat tinggal, nafkah dan lain2.
So jangan sentuh hak saya untuk berbelanja pada keluarga saya. Apa yang saya makan, saya nak family saya makan. Apa yang saya ada, saya nak family saya ada.
Pernah juga aku bantu dia simpan duit. Alih2 ada jer ‘cerita’ family dia nak itu ini, dia korek gais saving tu sampai zero.
Aku dah putus asa dah. Aku nak lihat suami aku juga punyai kereta dan rumah hasil penat lelah dia bekerja. Tapi bayang2nya aku belum nampak. Sampai bila?
Takkan nak tunggu umur 40/50 baru nak ada semua tu walhal suami aku mampu. Mampu dari dulu lagi sewaktu dia bujang lagi.
Dan kadang2 aku teringin bercuti sana sini, tapi mengenangkan duit yang tiap2 bulan habis terus potong mood.
Kalau sekadar gaji tu untuk keluarga kecil kami, memang cukup sangat siap boleh simpan lagi. Tapi masalahnya dia juga menanggung kemahuan family dia.
Owh kemahuan family dia boleh pulak ditunaikan. Kemahuan aku, aku berkira2 nak luahkan. Sebab aku tahu keadaan kewangan dia.
Kadang2 dah ada duit untuk holiday, dah plan dah. Alih2 family dia minta itu ini. Klu bukan mak mesti ayah. Kalau bukan mak ayah mesti adik beradik. Stress lah!
Ya aku bekerja. Tapi aku tak nak dan tak akan ajar suami guna duit aku. No! Aku risau dia selesa. Gaji dihabiskan untuk orang lain, rumahtangga aku tanggung? Memang taklah!
Family dia pun macam buta. Jenis ambil kesempatan. Mak ayah dia takde pun nasihatkan dia simpan laa duit tu beli rumah/kereta.
Adik2 pun buta tak nampak ke abang korang ni takde harta. Sepatutnya diorang kena ada common sense. Stop cari suami aku kalau nak apa2.
Mertua aku siap beli kereta baru, emas kiri kanan atas bawah. Sampainya hati pergunakan suami aku.
Tolonglah izinkan suami aku menyimpan duit dia. Suami aku memang. Dah simpan dah duit, kalau family nak memang dia korek balik gais saving tu.
Kadang2 ada bulan suami aku negative income. Orang takde duit ni moody lain maciam. Mulalah dia nak marahkan aku. Ada jer benda tak kena. Siap cakap awak ni kata nak hidup susah senang dengan saya, tapi duit awak berkira nak mampos. Hahaha.
Aku gelak dalam hati. Tak kuasa aku nak offer duit aku untuk tanggung negatif income dia. Sape suruh ada 50k, 50k ko habiskan sekelip mata (contoh).
Benda boleh adjust, benda boleh susun, benda boleh buat budget, sape suruh ko lesapkan semuanya. Seolah2 tiada hari esok.
Aku cakap kat suami aku, esok2 awak mati mana duit nak uruskan jenazah awak? Mana duit untuk anak2 awak teruskan kehidupan?
Korang boleh tolong aku tak macam mana aku nak nasihatkan/ajar suami aku supaya berhenti jadi pemurah tak bertempat? Maaf laa kalau confession aku ni panjang sangat.
– Sara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit