Hi korang. Aku tak nak cakap panjang-panjang. Tolong nasihatkan aku boleh? Sumpah aku stress. Dah berbulan-aku aku macam ni.
Sejak dalam Ogos 2023, suami aku main tiktok. Dia buat live sembang-sembang dalam tu. Korang paham kan yang sembang-sembang dalam kotak tu.
So dalam sebulan ni, dia start join agensi-agensi semua tu. Aku pun tak berapa paham. Yang aku tau, dia ada setkan goal sebulan berapa jam kena live.
Kami ada 4 orang anak. 8, 6, 3, baby. Sorang anak aku mild autism dan ADHD. Aku bekerja. Aku urus semua anak-anak dari pagi sampai ke malam sorang-sorang. Hantar ambil sekolah kafa, sekolah kebangsaan, pengasuh.
Suami aku keja jauh. 6 pagi keluar rumah, 9 malam baru sampai. Dia kerja jauh. Ok, aku faham. Dah balik malam tu, live lagi sampai tengah malam, lepas tu tidur. Rutin ni berulang-ulang setiap hari selama beberapa bulan ni.
Satu je aku minta, masa dia untuk aku, untuk kami. Ya, dia cakap dia live ni kat rumah. Ada depan mata aku. Tak pergi mana-mana. Dia cakap, kalau dulu dia keluar mancing, aku marah-marah. Sekarang ada depan mata pun aku marah.
Ya, fizikal dia je ada depan aku. Jasad je. Otak, hati, fikiran dia ada dengan kawan-kawan tiktok dia. Ya, aku jeles. Dia sembang dengan kawan-kawan tiktok dia lagi banyak dari sembang dengan aku dan anak-anak.
Dia cakap dia nak try serious jadi official host. Nak belajar cakap. Nak tambah pendapatan. Ok, aku terima dia nak belajar cakap sebab dia jenis selalunya kekok dan diam kalau in public.
Tapi yang aku tengok dok sembang-sembang kosong takde arah tuju pun dengan kawan dalam TT tu. Bersembang entah apa-apa sampai ke tengah malam, campur laki perempuan. Entah la. Sumpah aku benci tengok dia live sembang-sembang macam tu.
Bab nak tambah pendapatan, tak perlu pun sebenarnya. Kalau ikut gaji, kami kategori T20. Gaji dia sorang dah 5 angka. Alhamdulillah. So, reason tu aku tak boleh terima.
Dah banyak kali aku mengamuk, marah yang sangat teruk. Depan anak-anak. Aku hempas-hempas pintu, jerit-jerit. Semua sebab TT. Mengamuk dah, slow talk pun dah. Tapi dia masih sama. Lepas mengamuk, dia slow sikit. Aku dah sejuk, dia buat lagi.
Bab lain dalam rumah tangga dia ok. Bab ni je aku tak boleh tolerate. Mental aku teruk. Aku jadi pembenci. Aku derhaka selalu jerit kat dia. Aku tau. Tapi aku tak boleh control.
Suami aku kategori handsome. Sangat handsome di mata aku. Soft spoken pulak tu. Aku pula biasa je. Aku jadi insecure tengok dia dok live dengan kawan perempuan TT yang sexy2, single.
Ya, aku tau dia hanya komited nak cukupkan jam. Tapi aku tak boleh tengok dia sembang, bergelak ketawa dengan dorang. Jiwa aku sakit, mental aku teruk.
Baru-baru ni ada sorang janda kat TT, satu group dalam agency dia dok luahkan masalah pasal agency dorang tu. Siap nangis-nangis. Suami aku call dia sejam lebih, aku tengok call time.
Ya, suami aku tak delete semua. Sebab bagi dia benda tu takde apa-apa. Tapi bagi aku, dia lurus. Bodoh sangat ke tak faham yang perempuan tu suka dia? Dia ada ajak aku join group dia. Memang tak la. Nak bagi anak-anak aku huru hara ke mak bapak asyik layan TT.
Penat sangat dah mental ni. Bayangkan dari bulan 8 tahun lepas seminggu 2-3 kali aku mengamuk teruk. Dulu aku bukan jenis pemarah macam ni. Penat sangat. Sampai aku benci diri sendiri sebab selalu mengamuk.
Pernah je aku menangis depan dia sampai aku pukul diri sendiri. Dia diam je. Lepas aku dah ok, dia live balik macam takde apa-apa. Aku rasa aku ada masalah mental sekarang.
Entah la. Satu je ayat dalam hati aku sekarang. Tolong lepaskan aku. Lepaskan aku. Tapi aku hanya mampu ucap dalam hati. Aku sebatang kara. Kalau cerai, takda hala tuju pula. Kesian anak-anak. Entah. Aku tak bahagia.
Korang mesti cakap, syukur la, suami bukan kaki dadah, bukan kaki pukul, bukan biawak hidup. Ya, aku syukur. Syukur sangat. Tapi aku manusia. Aku ada hati, aku bukan tunggul. Aku perlukan suami, bukan housemate.
Korang boleh tak rasionalkan aku sebelum aku keluarkan ayat yang boleh menggegarkan arasy Allah kat suami aku? Tolong korang. Please.
– Mawar Koyak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, istikharah la sis. Berkali2 dan berulang2 tu. Sis ada 5 mental nak kena jaga. Biar la suami sis tu dgn dunia dia. Sis mintak pada Allah supaya diringankan beban. Supaya Allah ubah keadaan secepatnya, walau apa jua cara. Sy doakan semua urusan sis dipermudahkan. Sy jugak salah sorg yang pernah leka dengan TT tp akhirnya sy delete je profile sy. Takkan ada habisnya dunia online ni. Kalau dunia nyata jadi taruhan, jiwa anak2 terseksa, baik la tak ada dpn mata. Life is just too short utk kita fill in dengan kisah2 duka.