Tolong Ubah

Assalamualaikum admin , thanks kalau siarkan confession aku and tolong hide profil aku .

Aku sebenarnya terasa nak buat confession ni sebab geram sangat . Kalau rasa ada pengajaran ambik la ye, takde takpe. First at all , aku berkerja disebuah syarikat swasta dalam bidang sales and service (gadjet). Kira satu bos ada dua company and ofis kitorang dicombine jadi satu. Aku kerja bahagian service tapi ambik tahu jugak bahagian sales ni sebab data entry login dalam sistem sama . Company aku tak ramai pun , bahagian service ada 9 orang je termasuk bos (hahahaha aku suka sebab tak payah gosip waktu kerja).

Aku diberi kepercayaan untuk incharge bahagian sistem , jadi apa apa masalah memang kena berhubung dengan aku lah . And bos aku ni pulak , dia suruh aku cari seorang admin untuk handle stock , order and yang sewaktu dengannya untuk bahagian sales . Guys , bila aku publish kerja kosong ramai yang apply . Baca CV semua kemain hebat , belajar tinggi and ada yang fresh graduate. So bermula la episod aku p follow up semua tu dekat HR , interview and so on .

Okay tu dah setel . Masuk part diterima berkerja . Guys , kerja bahagian sales sumpah penat duh(yang kerja kira stock keluar masuk, order,open bill tau la kerja macam mana). Masa interview siap dah bagitau kerja admin tu memang penat sikit , nak buat semua benda kau nak kena laju . Bila tanya okay ke tak , semua cakap okay so dah masuk hari pertama aku ajar la mana patut walaupun bukan bidang aku tu hahaha.

Setiap hari confirm ada stock phone baru sampai , so kalau mental tak kuat kau akan stress(ni pun aku dah cakap jugak masa iv) sebab kau nak kena fight masa untuk bukak order , susun stock yg ada beratus , belum lagi layan kerenah salesgirl/man yang suka hati dia add or cancel order . Kalau kau tak kuat kau mesti pengsan .

Sekarang ni aku nak tegur pasal attitude korang yang ‘BELAJAR TINGGI’ ni . Tolong la weh , even kau rasa kau belajar tinggi and kerja tu tak sesuai dengan kelayakan kau , tolong hormati orang yang terima kau kerja. Masa kau mintak kerja kemain siap call , whatsapp , email berjela ayat manis tanya bila ya boleh start kerja apa semua . Ya , bila kau diterima kerja , kau baru kerja TIGA HARI kau dah cabut . Siap block whatsapp aku terus lenyap takde khabar .

Kau tau tak cara tu menyusahkan orang ? Kau langsung tak respect orang yang iv kau , staff2 lain padahal kau tahu aku sangat2 kekurangan pekerja untuk handle semua tu . Kau baru kerja 3 hari macam mana nak tahu kau boleh carry on ke tak ??? Masa iv beria betul cakap “I CAN WORK WELL UNDER PRESSURE WITH MINIMIZE SUPERVISON ” can you please study that word before speak it out loud ???!!

Aku tau kau belajar tinggi , tapi kalau attitude kau macam ni , kau memang takkan boleh hidup maju . Serious guys , kau memang “mati” dengan attitude ni . Bukan je kau tak maju sebab zaman sekarang kerja semua nak pengalaman , setakat kau ada diploma takde pengalaman, orang nak amik kau kerja pun takut . Kalau kau iv kerja baru , jangan terkejut kalau kau kena reject walaupun kau layak. Haaa , FYI guys , kebanyakan company sekarang dia akan review kat company lama korang yang korang isi dalam application form tu . So kalau korang ada “habit” “MENYUSAHKAN ORANG” ni , aku mohon berubahlah . Memburukkan record kerja korang sebenarnya .

2016 ni tak boleh nak memilih kerja sangat , kerja jela apa pun , gaji cukup ke tak cukup belakang kira la . Untuk orang yang tersentap dengan confession aku ni elok la pun , aku memang nak bagi kau rasa camtu . Berubah la ye . Untuk masa depan korang sendiri jugak .

Assalamualaikum .

Cik M

– Cik M

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit