Tolong Utamakan Didikan Agama

Salam admin. Saya harap admin publish confession ini sebab saya rasa ini satu benda yang penting dan patut diambil kira oleh semua orang. Saya anak kedua daripada enam beradik. Ayah saya pernah bersekolah di sekolah agama daripada tingkatan 1-5. Ibu saya pula biasa-biasa je. Dalam adik beradik saya, adik saya yang nombor 4 sahaja yang berjaya habiskan sekolah agama. Yang lain semua terkandas di tengah jalan dan yangbpaling kesian, adik saya yang ke-5 tidak pernah bersekolah agama langsng!

Alhamdulillah, walaupun saya tidak menghabiskan sekolah agama, tapi saya tetap menitik beratkan soal agama dalam kehidupan seharian walaupun kesedaran tu datang lambat. Bukan nak riak ataupun mengaibkan keluarga saya sendiri, tapi saya cuma mahu meluahkan yang dalam keluarga saya, hanya saya sorang je yg solat! Bukannya saya tak pernah menasihati yang lain agar solat tapi nasihat saya sering diendahkan. Macam2 cara pun saya dag buat termasuklah dengan cara memerli tapi tak jalan jugak.

Sekarang ini, adik2 saya kecuali adik yg ke-4 tak pandai nak solat dan mengaji. Saya kesian sangat dekat adik2 saya. Bila saya bgtahu mak tentang adik2 yang tak pandai mengaji dan solat, mak saya cuma cakap “nanti hantarlah kelas mengaji” ataupun “ajarlah adik2 tu”. Masalahnya, saya punya tajwid pun tunggang langgang lagi dan saya tak berani nak mengajar adik2 saya mengaji. Setakat alif ba ta boleh lah. Dan pasal ajar solat pulak, adik2 saya sudah semakin membesar. Bila saya ajak solat, mereka bagi macam2 alasan. Kalau nak pun, adik saya yang last tu. Itupun dia main2 dan saya jenis yang tak tahan sabar. Kalau dia main2 mulalah saya naik angin.

Dan sekarang, adik saya sudah berani mempermainkan agama. Bila saya solat, dia buat2 bising, bila azan dia sengaja mencari masalah dengan kakak2 dan abangnya sampai orang marah2 dan menjerit dekat dia, dan bila saya mengadu dekat mak saya, mak saya cuma marah2 mulut saja macam “adik, tak baiklah”. Selepas itu mak saya buat biasa saja. Bukan saya mintak nak saya memukul adik, tapi sekurang2nya tegurlah adik saya sehingga dia rasa menyesal. Kalau dah dari kecil ibu bapa saya tak menegur dengan keras, bila besar dia dah jadi tak hairan. Bagi saya, bila sudah mempermainkan agama, solat, itu sudah perkara yang berat. Saya ada memberikan cadangan supaya adik saya dimasukkan ke sekolah tahfiz tapi ibu bapa saya menolak.

Saya buntu. Macam mana lagi saya nak tegur keluarga saya. Mereka beragama Islam, tapi cuma pada IC. Saya sedih sangat, tengok keluarga lain solat berjemaah apabila semua di rumah, tapi keluarga saya meninggalkan solat tanpa rasa bersalah. Macam2 cara dah saya buat termasuklah mendoakan semoga Allah memberi hidayah kepada mereka dan semoga Allah terus memberi kekuatan kepada saya utk menegur seluruh ahli keluarga saya sebab kalau hanya menegur dengan hati itulah selemah2 iman.

– Hamba Ilahi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit