Tolong Yakinkan Aku Yang Rezeki Telah Ditetapkan

Hai. Aku ibu kepada seorang anak lelaki yang berusia 5 bulan. Tinggal di KL & resign lepas bersalin sebab kerja aku yang cuti tak menentu memerlukan aku kerja weekend & PH,

Dan kos pengasuh dekat KL yang cekik darah tambah lagi aku yang kerja cuti tak menentu ni mostly pengasuh charge double if hantar anak weekend & PH.

Now aku tinggal dekat kampung dengan mak ayah since berpantang. Husband aku penjawat awam gred SPM di KL. Komitmen husband yang besar bayar rumah sendiri RM1500 monthly.

Since aku duduk kampung, makan minum aku mak ayah tanggung & husband tak ada bagi duit poket untuk tolong mak ayah beli barang dapur. Husband just bagi duit nafkah pada aku RM200.

Actually ni baru cerita aku. Aku down sebab tadi aku check SPA, aku tak pass exam. Tahun ni dah 5 kali aku jawab exam SPA tapi semua tak pass.

Aku lulusan ijazah yang mana dekat SPA, aku just boleh apply gred 29 & gred 41 sahaja. Selain SPA, banyak dah kerja aku apply since aku dalam pantang lagi tapi semua tak ada respon.

Dengan ekonomi sekarang, niat aku nak kerja sebab aku nak tolong suami aku, aku nak besarkan anak aku dengan selesa & aku nak happy kan mak ayah aku. Umur aku macam ni pun mak ayah aku still tanggung aku, aku kesian dekat mak ayah.

Aku ada duit saving time aku kerja dulu, dengan duit tu lah aku tolong mak ayah aku sikit2 sementara aku menumpang rumah mak ayah ni.

Dah macam2 cara aku buat untuk menjemput rezeki, tapi sampai sekarang bukan rezeki aku lagi untuk dapat kerja. Aku kesian dengan suami aku, gaji bukan besar pun. Dia pun sesak setakat gaji RM2k++.

Tak tahu lah, aku rasa down. Aku nak kena buat apa & nak kena mohon kerja macam mana untuk aku dapat kerja. Kerja kerani pun aku mohon sebab aku dah tak kisah dah kerja apa janji halal & aku boleh besarkan anak aku dengan selesa.

Besarkan anak dengan selesa tu bukan lah aku nak beli barang2, baju2 yang mahal untuk anak aku tapi at least aku mampu untuk sediakan keperluan dia untuk dia membesar dengan selesa.

Even sekarang pun, pampers anak aku pakai paling murah sebab taknak huge budget dekat pampers.

Tapi kesian dekat anak aku kulit naik rashes maybe tak sesuai dengan pampers yang dia pakai. Sebab tu aku nak kerja, aku nak provide keselesaan untuk anak. Ini pun anak aku menyusu badan so boleh jimat beli susu formula.

Aku yakin Allah dah tetapkan rezeki aku since aku dalam rahim mak aku lagi tapi faham tak perasaan bila kita betul2 struggle nak cari kerja dengan niat nak tolong suami, nak besarkan anak & nak tolong mak ayah, tapi results nya tak dapat kerja tu.

Nak pujuk hati supaya redha tu, sangat lah susah. Aku ni orang nya simple je, tak ada pun nak pakai barang mahal2, baju dekat shopee je aku pakai.

Demi Allah aku nak kerja, untuk aku tolong insan2 yang aku sayang, bukan untuk kehendak diri aku tapi kenapa susah sangat aku nak dapat kerja. Aku tak ada pun plan dah kerja nanti, aku nak beli iPhone, nak shopping dekat Sephora, tak ada pun.

Anak aku sangat murah rezeki. Setiap kali jumpa orang, ada je orang sedekah pada anak aku. Aku selalu doa yang aku boleh dapat kerja asbab aku tumpang rezeki anak aku.

Aku tahu rezeki aku tak akan bertukar dengan rezeki orang lain. Aku yakin perancangan Allah tu lagi baik dari perancangan aku. Aku yakin yang Allah tu Maha Memberi Rezeki.

Tapi hari ni, aku down sebab aku tak pass exam SPA tadi. Sebab tu aku question soal rezeki walaupun aku tahu Allah ada perancangan yang baik lagi. Maybe aku rasa macam ni sebab aku desperate nak cari kerja.

Bila aku dah meluahkan macam ni, aku rasa tenang sikit. Aku rasa dah boleh redha yang jawatan SPA aku mohon tu bukan rezeki aku. “Ya Allah ya Tuhanku, semoga confessor ini dikurniakan rezeki untuk dapat kerja pada tahun ini, aamiin”.

Para readers, tolong aamiin kan doa untuk aku. Mana tahu ada doa para readers ni Allah makbulkan. Terima kasih sudi luangkan masa baca confession aku & tolong doakan aku. Semoga doa2 itu berbalik pada kalian jugak.

– Ibu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

13 Comments

  1. Ada sakit apa tak atau pernah kena accident teruk sebelum ni? makan minum cukup sehari? Kalau iye, itulah rezeki untuk kamu….ada orang lain banyak duit, tapi terlantar kt hospital, anak2 plk berebut harta pusaka…bersyukur la, dunia ni xlama pn utk sengsara, umat Nabi Muhammad paling tahan pn 60 tahun dah

    • Assalamualaikum Puan, Jika Puan bersungguh untuk ubah hidup Puan, saya boleh cuba bantu Puan dengan izin Allah. Boleh contact saya 010-2107539.

  2. Puan, Allahlah Pemberi rezeki. Teruskan doa Dan usaha. Allah bagi rezeki bukan hanya dalam bentuk Wang tapi banyak bentuk lain lagi.

    اللهم اكفنا بحلالك عن حرامك، وأغننا بفضلك عمن سواك

  3. Masya Allah.. awk beruntung dpt dduk dgn mk & ayah awk, w/pon x bekerja.. mmg betul, rezeki itu dah ditetapkn bg setiap org, sehak azali lg.. tp sebagai msnusia, kita perlu gunakn aqal yg Allah beri utk berusaha.. rezeki itu bkn dlm bentuk ‘duit’ shj, walau pon mmg bnyak perkara prlukan wang.. dan salah satu cara utk dptkn wang dgn bekerja, dan kerja yg awk nk tu bkn lah semata2 kerja dgn krjaan.. di kampong, di pekan, malah di rumah pon boleh bekerja.. skrg ni zaman dah berubah, klaw awak cuma ada hp shj pon, awk dah bole berniaga.. bole buat dropship (x perlu modal pon), bole jd ‘influencer’, bole buat content berniaga, dll., klaw awk nk bekerja di pejabat or pasaraya berdekatan rumah pon mngkin ada peluang juga.. untungnya awak, mk ayah bole tlg tengokkn ank awk, sambil awk bekerja, susu pon skrg dah ada teknik utk buat ‘storage’, x perlu balik slalu utk susukn ank tu.. mngkin ramai x pecaya, tp slh satu cara utk ‘menjemput’ rezeki ialah dgn cara ‘sedekah’.. kdg2 kita xnak sedeqah sbb takut dt habis, tp sebenarnya bila sedekah itulah, rezeki dtg dr pelbagai cara.. x perlu sedekah sampai beribu2 ringgit, cuma semampu awk shj, klaw kita masak, bg kpd org itu pon dah memadai, cuba lah, lma2 akn jd amalan, dan mcm2 rezeki yg akn dtg, termasuklah kerja yg awk idamkn.. minta maaf ye, awk tu ada ijazah lg, org yg jd petani, penternak, nelayan dll tu kdg2 x skolah pon, tp berkat usaha & sabar mrk, ada yg sampai jd ‘jutawan’ pon ada.. sya pernah tengok seorang yg ditemuramah d utube, dulu seorng gelandangan, skrg dah jd ‘jutawan pekasam’, w/pon melalui hidup yg pahit, ibu tunggal lg, tp dia gigih berusaha sehingga berjaya.. wallahu a’lam..

  4. Saya dulu masa tengah cari kerja saya niatkan nak dapat kerja baru cepat supaya ada income nak bayar zakat. Alhamdulillah mungkin tu salah satu asbab saya dapat kerja cepat. 3 minggu je tanam anggur.

  5. Dulu sy pun mcm sis. Lepas beranak anak pertama tak lama tu resign sebb byk sgt amik cuti sbb ank kerap sakit. Husband pulak tak lama lepas sy resign dia pun resign sebb nak buat takaful. Sebb dulu masa kerja buat sekali takaful dan income takaful lg byk dr kerja. So dia decide utk berenti kerja dan buat fulltime takaful. Struggle kami masa tu, ye la baru tau income buat freelance ni tak menentu kan. Kadang bulan ni byk, bulan depan sikit. Takde gaji pun ada. Anak makin bertambah dr 1 ke 2 dan ketiga. Xtau nak ckp mcm mana struggle nya husband masa tu. tak mkn tu selalu. Mmg berkira2 masa tu. yg penting ank lepas. Sampai rasa down, kenapa Allah uji aku mcm ni. Rasa tak dpt nak bawa beban sebb rasa susahnya hidup. Sampai la saya istiqamah buat solat dhuha, solat taubat hari2 buat, doa tak pernah berhenti. Sy juga selalu ikut doa neelofa tu. Satu masa Allah tunjuk tiba2 suami dpt kerja dekat jb dgn gaji yg agak besar jugak masa pkp dulu. Sampai la skrg suami dah tukar keja di singapore, masyaAllah rezeki yang sy kira ini ke amalan2 dulu sy doa tak putus2? Entah la, 7thn kami pernah hidup susah. Skrg Allah gandakan rezeki kami, syukur. Teruskan berdoa sis, jgn putus asa. إِنْ شَاءَ اللّٰهُ Allah bg jalan yg tak disangka2 nanti.

  6. Anak kita umur sama. sy pun mcm awk. lepas beranak dah tak disambung kontrak kerja..
    awal2 sgt sedih dan susah nak terima sbb sy jenis yang berkerja..
    tp lama2 dh redha.. sy yakin Allah akan bg tapi lambat sikit..
    mungkin skrg waktu nak cherish every moments dgn baby..
    Semoga awk & sy dapat kerja balik nanti. aamiin

  7. Confessor cuba bagi kucing jalanan makan, sambil bagi diorang makan, mintak kucing tu doakan tuk kita. Ini salah satu cara, lagi byk sedekah, lagi melimpah rezeki Allah bagi kat kita

  8. Rumah tu terlalu mahal utk awk & husband. Pls consider jual rumah tu & apply kuarters gov or cari rumah sewa murah.

    Redhakan hati dan tawakkal kpd Allah. InsyaAllah ada yg lebih baik Allah nak bagi.

  9. Rumah tu terlalu mahal utk awk & husband. Pls consider jual rumah tu & apply kuarters gov or cari rumah sewa murah.

    Redhakan hati & tawakkal kpd Allah. InsyaAllah ada yg lebih baik Allah nak bagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *