Terima kasih jika admin sudi siarkan luahan hati aku sebab aku nak minta bantuan dan nasihat BERNAS dari pembaca yang nasihatnya rasional dan bukan mengikut perasaan. Sebab aku buntu.
Aku tak ramai kawan jadi dekat sini selain Allah tempat aku mengadu, aku perlukan nasihat dari korang yang rasional.
Betul ke sekali pencuri akan mencuri selamanya?
Betul ke sekali menipu akan menipu selamanya?
Betul ke sekali curang akan curang selamanya?
Pokoknya adakah selamanya? Disini menjadi tanda tanya yang aku tak boleh predict future apakah benar seseorang manusia itu boleh berubah. Benar benar berubah.
Korang aku dah 38 tahun, suami aku 36 tahun. Berkenalan di Tinder. 6 bulan perkenalan dia kantoi berhubungan mesra dengan ex wifenya yang waktu itu ex nya dah pun berkahwin dan ada seorang anak. Dua dua naik minyak.
Sebelum aku setuju terima suami aku, dia bagitahu dalam proses dia terluka disebabkan ex wife dia pun curang. Dia pilih untuk melanggan pelacur dan one night stand dengan perempuan yang dia kenal di Tinder.
Dia mengaku semua tu. Waktu tu aku nasihatkan dia ubahlah. Dan jangan rosakan diri dan terpesong lebih jauh lagi. Waktu itu 2018.
Yes dia stop, stop dimana dia tak pernah kantoi melanggan atau one night stand dengan mana2 perempuan selama dia dengan aku.
Cuma tahun 2019 waktu CNY kantoi rupanya dia tak move on lagi dengan ex wifenya. Aku menangis teruk. Dia nampak aku menangis teruk!
Dia nampak hati aku hancur sehancurnya! Sebab apa hancur? Setiap kali aku whatsapp atau call dia tak acuh, rupanya sibuk melayan ex wife.
Dia minta maaf dan berjanji takkan hubungi ex wife dia lagian mereka juga tak punya anak bersama. Ok habis disitu.
Dalam bulan 6 tahun yang sama kantoi seorang MUA namanya Siti Hajar dah berkahwin waktu itu mencari suami (waktu itu masih BF) aku yang baru kenal meluahkan perasaan katanya suami nya curang.
Jadi si Hajar yang dah berkahwin ni cari suami aku untuk minta simpati dan aku persoalkan dekat siti Hajar, “kau dah takde kawan perempuan ke nak cari?
Baru kenal seminggu dengan stranger dah meluah semua benda” si Hajar ni cakap “kawan je pun” hahhaa kawan konon, bila aku menyamar jadi suami aku waktu tu tanya rindu aku tak? Dia jawab “rindu” .
Inilah punca bila mana lelaki dan perempuan ada masalah rumahtangga, korang cari lain jantina untuk luahkan masalah korang. Tapi aku tak salahkan si Hajar tu sama, kalau laki aku tak melayan takkan jadi. Habis disitu.
Ini klimaksnya, hujung bulan 2 ni genap 2 tahun perkahwinan kami. Kami berkahwin masa PKP tahun 2021. Semalam Allah gerakan hati aku untuk check phone suami aku yang lama.
Korang tahu apa? Waktu dia oustation bulan 9 tahun 2019 di Langkawi kantoi dia melanggan pelacur / tukang urut happy ending.
Bayangkan aku menggigil type cerita ni. Seharian aku menangis dan minta cerai sebab aku tak tahan sangat.
Tapi dia kata dia dah tak buat. Lepas balik umrah tahun 2020 dia stop terus.
Jujur aku akui selepas balik umrah memang dia berubah 360 darjah. Dia akan solat awal waktu dan jaga solat dia, zikir sentiasa, dan perbanyakan bacaan al-quran.
Dia juga seorang suami yang baik, tolong aku basuh baju, lipat baju, basuh segala pinggan mangkuk kalau aku penat. Kalau aku penat lagi dia kata jangan masak dia beli.
Pakai makan aku semua cukup takde kurang. Kalau tengah malam aku lapar teringin nak makan sesuatu dia sanggup keluar.
Senang cerita dia tunaikan semua selera makan aku. Dia memang suami yang baik sangat!
Kalau korang minta suami dambaan wanita, itulah yang aku sedang rasakan start dari kami berkahwin sampailah sekarang.
Pembaca budiman sekelian, disinilah aku dalam kebingungan, aku confuse, aku trauma, aku dalam dilema antara maafkan untuk entah berapa kali, atau benar benar percaya dia dah berubah.
Awal tahun 2019 dia kantoi banyak dengan aku, dia nampak aku kecewa teruk, dia nampak aku menangis bagai nak pecah muka dan hati aku, tapi bulan sept sehari selepas aku buat surprise untuk dia, malam tu dia melanggan pelacur.
Korang kenapa 2 tahun punya cerita Allah kantoikan sekarang? Adakah ini Hint yang Allah nak bagitahu aku “ cukup cukuplah kau percaya suami kau”
Tapi dari tahun 2020 hingga hari ini belum ada satu pun yang kantoi dengan aku, adakah benar dia dah berubah? Benar ke manusia boleh berubah?
Aku takut jika aku teruskan perkahwinan ni, hati aku hancur lagi kalau kantoi busuk lagi.
Korang akan cakap aku bodoh, tapi percayalah aku juga pernah selarkan perempuan yang terima balik suami dia yang curang bodoh. Dan sekarang aku faham kenapa cerai tu susah untuk kami yang bodoh ini.
Aku pernah sombong bila aku tak cuba faham masalah orang lain. Jadi hati hati bila berkata. Nasib kita belum tahu lagi macamana.
Aku sangat appreciate jika ada sesiapa pembaca disini yang pernah jadi macam suami aku tapi betul betul berubah, tolonglah share dengan aku. Dan untuk isteri isteri yang dilema macam aku, ajarkanlah aku apa yang harus aku buat.
Budi baik pembaca sekalian aku doakan korang tak ditimpa ujian seperti aku, aku doakan korang bahagia hingga ke syurga amin.
Jangan hina suami aku, selepas aku kahwin dia benar benar suami yang baik. Cuma aku sekarang takut dan confuse apa benar dia sudah berubah?
Sebab aku tak boleh predict future, aku tak boleh tengok apa aktiviti laki aku buat sekarang. Aku tak ada kuasa tu. Kalau ada mungkin senang untuk aku buat keputusan.
Tolong aku, aku percaya ramai yang pernah dan masih berharap yang suaminya benar benar dan telah berubah. Macam aku sekarang
– Isterimu (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit