Tolonglah Mudahkan Wahai Jiran

Assalamualaikum semua, saya menulis sekadar mau meluahkan rasa sedih saya buat bakal jiran saya.

Beliauku (ibu bapa) ada beli tanah di salah satu kampung di sini. Sekian lama menetap di bandar jadi beliauku maulah duduk di kampung pula. Lalu kami bikinkan satu rumah buat mereka.

Masa berlalu setahun masih belum siap ni rumah. Kenapa? Disebabkan jiran yang tiada ehsan. Sudahlah nak pasang air pun susah. Ni kan pula nak buat rumah.

Allahu sedihnya saya tengok beliauku yang makin menua tapi belum boleh pindah lagi kerana jiran-jiran di sini.

Semasa membuat rumah, diberi jelingan tajam tanda tidak puas hati setiap kali mereka limpas (lalu) di rumah kami. Itu aku boleh tahan. Tapi lama-lama main jiwa juga.

Jalan laluan membuat kerja dihalang. Walaupun kami offer mau bayar sekiranya ada kerosakan tapi sama juga, tidak dilayan.

Aku sangat sedih sebab sewa rumah kami di bandar sudah mau habis. Bayangkan kau ada tanah tapi disebabkan jiran begini, kau tak boleh buat apa-apa.

Sudah diberi amaran sama perbadanan suruh disiapkan awal tapi tidak dapat kami buat. Banyak halangan kami.

Mau ke balai, beliauku takut disisih dan tidak mau bermula dengan benda yang tak baik. Tapi sampai bila? Duit semakin menipis. Sesama islam pun begini ka ?

Rumah kami dah buat rangkanya tapi tak dapat siap sebab tingkat satu memerlukan jentera mini (nda pasti namanya) untuk angkat batu untuk tingkat kedua tapi mereka kasi kecil tu jalan. Tidak kasi kenderaan tu lalu.

Sekarang terbengkalai sudah tu rumah. Apa nak buat? Nak jual pun tidak boleh. Rumah tu dah siap rangkanya. Sangat rugi buat kami.

Siapa yang duduk labuan tahulah punya susah dapat tanah. Ini pun kami dapat atas usaha adik beradik dari kami remaja sehingga kami bekerja.

Cara kedua ialah buat “by hand” tingkat 2 tersebuat tapi tidak boleh sebab akan memakan wang yang banyak.

Kalau ada yang bagi duit, lama sudah siap tu rumah tapi kami cuma ada simpanan kami yang memang tidak boleh cover jika perlu pindah lagi 5 bulan ni. Semua jenis pinjaman dah kami ambil.

Rasa tidak adil dibuat sebegini rupa. Beliauku sudah 70 lebih. Apalah salahnya mudahkan urusan buat beliauku yang mungkin tinggal beberapa tahun saja di dunia ini.

Sampai bila nak buat begini? Iya kami miskin, jadi adakah kami layak dilayan begitu? Aku penat sangat menghadap semua ni.

Apa jalan terakhir kami? Duit kami sudah mau habis. Kami cuma mahu sediakan tempat tinggal abadi buat ibubapa kami.

Ibu bapa kami tidak pernah ada tanah mereka sendiri. Tidak pernah merasa ada rumah batu. Apalah salahnya? Bukan juga kami ni orang luar.

Saya dilahirkan di labuan. Adik beradik lain pun dilahirkan di sabah dan membesar di sabah.

Aku harap yang membaca boleh doakan urusan kami dipermudahkan. Kalau ada yang dapat memberikan solution, sangatlah saya hargai.

Kesian ibubapa saya sebab pertengahan bulan 5 2025 habis sudah sewa mereka tapi rumah masih belum siap.

– Orang Labuan juga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *