Tolonglah Syurgaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera unuk semua pembaca..

Tujuan confession ini ditulis adalah untuk mendapatkan nasihat dan pendapat daripada anda semua berhubung masalah keluarga saya.

Saya bukanlah dilahirkan dalam keluarga yang sempurna namun semuanya disempurnakan oleh syurga saya.

Ayah saya seorang yang sangat tidak bertanggungjawab terhadap kami. Bayangkan waima sehelai telekung pun tidak pernah dibelikan untuk ibu malahan saya.

Hidupnya terlalu bongkak dan sombong. Tiada yang dapat menegurnya walaupun ibunya sendiri. Bukan itu sahaja malahan dia juga kerap menduakan ibu saya.

Umur sudah lanjut tetapi dating apps penuh di telefon bimbitnya. Sehinggakan sanggup ceraikan ibu saya ketika manis percintaannya dengan perempuan lain.

Sungguh! Saya sangat bencikan dia. Layanan dia terhadap kami sekeluarga juga dingin. Namun tidak pada adik bongsu saya dan rakan rakan sekerjanya.

Kami menganggap rezekinya tidak diberkati kerana nafkah terhadap ibu berat untuk dia tunaikan apatah lagi kami adik beradik.

Bayangkan kami lagi suka tanpa kehadirannya berbanding dia ada dengan kami. Sungguh kejam neraka yang dia ciptakan di dalam rumahnya sendiri.

Ibu saya pula takut untuk bercerai kerana takut akan masyarakat. Kedua datuk dan nenek saya org yang berpengaruh dikenali ramai.

Manakala nenek sebelah ayah juga penat menghadap hal anak anaknya yang turut ada beberapa orang yang bercerai berai. Kata ibu biarlah dia menanggung sendiri deritanya.

Dia juga tidak mahu kami adikberadik kehilangan ayah tambahan adik bongsu saya yang begitu rapat dengan ayah kami.

Namun apalah maknanya kalau mempunyai ayah tetapi kami seperti tidak mempunyainya. Saya juga sudah tidak sanggup melihat penderitaan ibu lagi.

Saya sungguh mahukan nasihat, pendapat dan cara untuk ibu dan bagaimana saya mahu menasihati syurga saya. Ibu sering mengadu darahnya tinggi dan kerap sakit kepala.

Air mata tak perlu diungkapkan sudah 8 tahun dia menanggung dan kini air matanya sudah kering untuk menangis. Hanya tanggungjawab dan anak anak yang menjadi penyebab dia masih bertahan.

Sungguh saya tidak sanggup lagi mahu melihat ibu menderita. Tolonglah saya..

– Lucy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *