Aku seorang tomboi, tapi hati aku memang perempuan. Aku kata aku tomboi sebab cara aku jalan agak keras, aku tak suka make up kecuali asas macam lipstick dan blusher, dan aku tak suka pakai dress. Kalau baju kurung takde hal la, tapi kalau baju ropol2, tudung lilit2, memang aku tak biasa. Aku pakai tudung bawal biasa je.
Sekarang umur aku dah menginjak 30an, dan aku dah berpindah semula kerja ke semenanjung, jadi rasa nak berkeluarga tu mula mendesak. Lagi-lagi bila keluarga dan saudara mara asyik bertanya. Oh ya, sebelum ni aku kerja di borneo selama 3 tahun, memang care free la hidup aku.
Kerja aku dalam golongan profesional, gaji lingkungan 6 ke 7 ribu sebulan, rumah dalam pembinaan, kereta 2 tahun lagi habis bayar. Maksudnya hidup aku agak lengkap, cuma tinggal nak bersuami je.
Pada awalnya aku cuba berkenalan dengan lelaki dari social media, sebab aku pemalu sikit. Awal perkenalan 2 tahun lepas dengan En. C dari terengganu, tapi tak jadi sebab dia berniat mempermainkan sebanyak mungkin perempuan. Ramai doktor perempuan yang dia tackle, siap jumpa mak ayah, lepas tu tinggalkan macam tu je. Last2 bila aku tau, aku pulak tinggalkan dia dulu.
So selama 2 tahun aku senyapkan diri, dan 3 bulan lepas aku mula berkenalan semula dengan lelaki. Aku cuba kenal orang dari Wechat, tapi dalam 20 yang message, mungkin 1 saja yang berniat baik. Aku pernah jumpa dengan 2 orang lelaki melalui wechat. 1 tu sekarang jadi kawan, yang 1 lagi masih cuba pikat aku, tapi aku tak mau sebab dia duda anak 3, kematian isteri. Anak paling kecil baru umur setahun. Kesian, tapi aku tak mampu jadi ibu segera mereka.
Tiba-tiba, ada seorang kawan sekerja aku dari borneo meluahkan perasaan dekat aku. Namanya Encik H. 3 tahun kerja bersama di borneo, tapi bila aku dah pindah, baru dia berani luahkan perasaan. Aku faham kenapa dia segan. Kerana taraf pendidikan dan jawatan aku sebagai ketua unit dia dulu. Anyway, aku langsung tak kisah sebenarnya tentang darjat. Yang aku mahu, seorang lelaki yang dapat melindungi aku dan membawa aku lebih dekat kepada Tuhan. En. H dah 2 bulan sunyikan diri lepas confess. Tak mahu angkat call, tak mahu jawab whatsapp. ‘Tergantung Sepi’ bak kata Haqiem Rusli.
Disebabkan aku frust dengan sikap dia yang tak bagi ruang untuk berbincang, aku pun ambil keputusan untuk lupakan niat berkeluarga. Aku sibukkan diri aku dengan bersukan, jumpa kawan baru, cari borang2 untuk sambung pengajian ke peringkat master.
Namun awal Januari, dalam gmail aku tiba2 ada message masuk dari satu website pencarian jodoh. Aku baru teringat yang aku ada daftar dalam website ni awal November lepas. Yang ni namanya Encik Z. Dia ni handsome, memang tak padan dengan aku. Dia kerja di salah satu negara Arab dalam bidang teknikal aircraft. Disebabkan dia jauh, aku pun berkawan je la dengan dia. Langsung tak terfikir tentang jodoh.
Pada awal Februari, dia whatsapp aku minta ambil di KLIA. Yelah, disebabkan aku pun cuti hari wilayah dan takde plan, aku ambik je la dia di KLIA, nak hantar dia ke rumah emaknya yang jaraknya dalam 5 KM je dari rumah aku.
Masa kali pertama aku nampak dia di pintu ketibaan, aku rasa jantung aku laju dan aku terus tersenyum. Aku tahu aku mula suka dia, tapi cepat2 aku lupakan sebab dia terlalu handsome untuk aku. So aku pun drive la bawak En. Z pulang, dalam kereta aku cuba berlagak biasa dan buat perangai gila-gila aku. Dia sempat minta aku singgah restoran untuk breakfast dan keluar duit dari ATM. Aku turutkan saja.
Bila akhirnya aku hantar dia pulang, sampai2 rumah mak dia, terus dia minta aku parking tepi. “Jom jumpa mak i,” katanya. Terlopong mulut aku. Aku tolak secara baik sebab aku tahu dia masih penat naik flight lama. Bila dia turun kereta, aku terus rasa menggeletar, sebab ni la kali pertama seorang lelaki ajak jumpa mak dia. Masa hari pertama bersua muka pulak tu!
Disebabkan aku tak boleh lupakan insiden tu, malamnya aku terus message dia. Aku tanya dia, semua perempuan yang dia baru kenal, dia bawa jumpa mak dia ke? Dia jawab tak, dan dia nak kahwin dengan aku. Dia minta maaf sebab terlalu tergesa2, tapi aku kata tak apa, aku suka lelaki yang berani.
So to cut story short, dia dah jumpa mak ayah aku. Aku dah jumpa mak dia. Dua2 pihak suka. Keluarga aku kalau boleh nak cepatkan, at least majlis akad. Walimah tu kemudian pun takpe. Sebab dia akan balik malaysia sebulan atau 2 bulan sekali. Ayah aku tak suka aku keluar jumpa selalu tanpa ikatan yang sah.
Tapi bila bincang pasal kahwin, tiba2 aku nampak dia macam cold feet. Dia minta sebulan lagi untuk bagi jawapan. Aku dah pelik dah time ni, awal2 dia yang beria, sekarang lain macam pulak. So aku pun tanya la dia. Akhirnya dia buat satu confession.
Dia kata dia nak ubah aku supaya jadi cantik. Dia kata aku kurus sangat, aku jalan menunduk, dan aku agak gelap. Masa aku dengar ni, aku rasa sedih la jugak. Why cant he accept me the way I am? Aku rasa antara korang pun ada yang dah fikir macam ni kan? Tapi sabar dulu.. dia nak ubah aku, dengan duit dia. Mula2 aku nangis la jugak, sebab aku paling sensitif orang cakap pasal gaya berjalan. Aku tak boleh nak ubah tau. Dia kata boleh pergi kelas catwalk. Aku gelak je, tapi tak tau kenapa aku gelak.
Aku cuba tanya kawan2 baik aku dan kawan sekerja lelaki yang berpengalaman. Ada yang rasa tak patut En Z buat aku macam ni, dan ada juga yang rasa En Z bagus sebab berterus terang dan sanggup keluar duit. Akhirnya aku cuba buka minda, why not for improvement kan? So aku cuba ikut cara dia. Aku pergi gym, aku pergi klinik dermatologi. Setakat ni dia dah keluar duit seribu lebih untuk aku.
Dia akan balik malaysia sebulan lagi, tapi aku rasa aku tetap tak akan capai standard yang dia mahukan bila dia tengok aku nanti. Aku pernah tanya dia, kenapa dia tak cari je perempuan yang cantik terus, tak payah dia ubah2. Dia kata perempuan cantik sombong, tapi aku humble walaupun kerja hebat.
Dalam usaha aku untuk mencantikkan diri ni, aku still rasa sedih sebenarnya, sebab aku akan buat benda2 yang aku tak suka. Macam mana nanti kalau jadi kahwin, tapi dia jumpa perempuan cantik yang tak sombong, yang melayan dia? Wallahu’alam.
P/s: korang yang pandai make up tu, tolong la ajar aku sikit2. Nak pakai baju dress dan tudung lilit pun aku tak pandai lagi :(
– Cik N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit