Too Much Drama

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua pembaca IIUM Confession.

Hari ni aku nak luahkan apa yang sepanjang aku dan adik beradik aku yang lain rasa mengenai ibu, bapa dan adik kami yang bernama Maya. Aku akan cerita apa yang tengah berlaku sekarang dalam keluarga aku. Cerita ini agak panjang maybe akan sambung untuk part 2.

Aku Angah, mempunyai 4 orang adik beradik iaitu 2 lelaki (along dan alang) 2 perempuan. So aku namakan watak adik-beradik dalam cerita ini sebagai Along, Angah, Alang, dan Maya. Maya ialah anak bongsu yang aku ingin ceritakan dan memerlukan pandangan pembaca semua.

Cerita ini bermula pada bulan 7 tahun 2023. Aku dan anak aku datang ke rumah parents aku malam itu untuk melawat sementara tunggu suami aku balik kerja tapi masa aku sampai parents aku cepat-cepat keluar rumah dan pesan pada aku bahawa Maya on the way balik rumah dari tempat belajar dia.

Aku pun okay je lah kan. Tak sempat lah nak tanya parents aku mereka nak pergi mana. Tak sampai 10 minit macam tu Maya pun sampai rumah. Kemudian dia tanya aku “Boleh tak Maya nak bawa masuk kawan Maya?”, aku macam bawak je lah masuk.

Sekali kawan yang dia maksudkan tu kawan lelaki. Aku macam tergamam, sebab setahu aku, Maya ni dah ada teman lelaki, kenapa dia bawa lelaki lain datang rumah mak aku malam ni. Aku jemput lah kawan dia tu makan sekali. Kawan dia ni aku namakan JTG lah. Singkatan bagi Jantan Tak Guna.

Selesai makan, Maya dapat satu call, masa tengah on call tu Maya tiba-tiba menjerit. Katanya parents aku ada dekat rumah parents JTG. Maya dan JTG panik yee guyss. Aku yang tak tahu pape ni macam pelik lah kenapa parents aku pergi rumah parents JTG.

Kemudian Maya dan JTG cepat cepat ambil kunci kereta dah keluar rumah begitu untuk jumpa parents kami dan tinggalkan aku terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

After kejadian itu, suami aku jemput aku dan kami pulang ke rumah. Selang beberapa hari kemudian, parents kami mengadu rupa-rupanya, Maya dah lama tak balik rumah dan tak pergi sambung belajar padahal dah semester akhir.

Maya dah dekat sebulan duduk rumah JTG tu, sebab itulah parents kami ni pergi jumpa family JTG untuk dapatkan penjelasan.

Pada malam kejadian berlaku itu, Maya tak ikut parents aku balik, dia tinggal disitu. Katanya Maya, dia tak tenang tinggal di rumah parents kami dan lagi tenang tinggal di rumah JTG.

Perkara ini berlarutan sehinggalah bapa aku call aku, minta aku pergi ambil Maya dekat rumah lelaki itu kerana mak aku jatuh sakit rindukan Maya. Kalau Maya tak balik, bapa aku buat report polis.

Masa tu dah pukul 11.00 malam, aku ni mata tak boleh nak bukak, gagahkan lah juga diri bangun untuk tarik Maya keluar dari rumah JTG itu. Aku call adik-beradik aku yang lain untuk join aku malam tu.

Sampai je kami dekat rumah JTG tu, Kami jumpa Maya, dia tak nak balik. Mak laki tu pulak masuk campur cakap kat kami biar Maya tinggal di rumah dorang. Katanya mak JTG tu, Maya tertekan tinggal di rumah parents kami.

Sampaikan Maya cerita hal kain dalam parents kami dekat keluarga JTG dan JTG boleh siap cakap kat abang aku “Kau patut bersyukur aku selamatkan adik kau dan cuba pulihkan” sebab abang aku tegur kenapa tak nasihatkan Maya pulang ke rumah keluarga.

Nak kata didikan agama tidak cukup, elok je kami adik beradik yang lain. Aduhh setelah banyak drama dan alasan yang Maya berikan kepada kami. Kami berjaya heret dia balik ke rumah parents kami pada jam 2.00 pagi.

Esoknya kami dapat info, Maya datang semula rumah JTG bawa mak aku yang tak sihat pergi sana. Maya nak masakkan untuk keluarga JTG siap barang-barang dapur keluarga tu Maya belikan ye guna kad bank mak aku. Hangin je aku dengar.

Aku ni sampai fikir adik aku ni dah kena sihir ke apa sebab tak pernah perangai dia berubah 360 darjah macam ni.

Aku ada suarakan dekat parents aku untuk bawa Maya tu jumpa ustaz tapi parents aku tak percaya. Katanya sbb Maya ada anxiety sebab tu dia buat macam ni. Parents aku siap minta kami adik beradik ikut je cakap Maya.

Apa yang Maya nak kami kena iyakan walaupun perkara yang salah kalau tak nanti dia lari rumah atau dia nak b***h d**i. Parents aku kata anggap je lah selama ni Maya lari tu dia pergi Pusat Pemulihan.

Sampailah kes di Sarawak pulak. Kes di Sarawak ni nanti aku sambung part 2 lah penat aku nak type drama ni, Ni lah permulaan bagaimana kami adik beradik berpecah dan makin teruk…

– Sofea (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *