Top 10 Public Figure Yang Banyak Bagi Manfaat Pada Tahun 2020

Aku kenalkan diri aku sebagai Zie sahaja. Wanita, bujang dan berkerja di KL. Mungkin topik aku tak sesuai sangat dengan tema page ini confession. Sebab aku bukan nak buat confession pun.

Cuma sekadar ingin berkongsi senarai beberapa orang ustaz/ motivator/ influencer yang aku rasa banyak bagi manfaat kepada aku sepanjang 2020 ini. Terima kasih kepada IIUM Confession kalau artikel ini disiarkan.

Sebelum Covid jujur aku tak kenal pun mereka. Tapi sejak Covid, seperti kebanyakan orang lain yang stay at home, aku lebih banyak menghabiskan masa dengan media sosial seperti FB dan YouTube. Dari sini aku mula kenal mereka.

Bagi aku apa yang kita baca, dengar dan lihat sangat mempengaruhi hidup kita. Sebab itu penting untuk kita memilih dan menapis apa yang kita baca, lihat dan dengar setiap hari.

Okay aku mulakan dulu. Aku akan cerita secara rawak sahaja kedudukan mereka dalam top 10 ini.

1. Syeikh Omar Suleiman

Syeikh Omar Suleiman ini berasal dari US. Beliau ada mengasaskan YT channel sendiri iaitu Yaqeen Institute.

Aku paling banyak dengar ceramah beliau masa bulan puasa. Bahasa yang digunakan mudah difahami. Beliau sentiasa tersenyum bila bercakap. Bagi aku pengetahuan dia sangat banyak dan dia mampu menyampaikan sesuatu topik dengan baik dan berkesan.

2. Aida azlin (AA)

AA juga ada YT channel. Beliau sekarang menetap di Morocco bersama suami. Apa yang aku suka tentang AA adalah beliau banyak bagi kata-kata motivasi atau nasihat melalui video pendeknya lebih kurang 5-15 minit.

Aku tak tahu orang lain macam mana, tapi aku suka mendengar video pendek sebab senang nak hadam dan fokus.

3. Ustazah Asma Harun (UAH)

Aku rasa satu Malaysia kenal UAH. Beliau terkenal dengan pendekatan ceramahnya yang berterus terang tapi menyentuh hati.

Banyak kisah kisah menarik yang beliau ceritakan termasuk pengalaman hidupnya sendiri, juga doa dan zikir yang boleh diamalkan seharian. Ceramah beliau memang sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.

4. Isa Ma

Brother Isa Ma seorang Chinese dari negara China. Beliau masih lagi belajar dalam peringkat master di HK tapi banyak terlibat dengan dakwah dan ceramah di sana.

Mula-mula aku macam skeptikal bila tengok Chinese YT dari sana bercakap pasal Islam. Rasa macam pelik. Sebab tak pernah jumpa orang cina dari sana yang muncul di YT.

Tapi lepas mendengar ceramah beliau, jujur aku jatuh cinta dengan pengetahuan dan kebijaksanaan beliau dalam mengulas sesuatu topik. Dan juga kemahiran Bahasa Inggeris dan Arabnya yang lancar.

Bagi aku dia adalah antara insan istimewa yang Allah pilih untuk menyebarkan Islam di China.

5. Khairul Hakimin Muhammad

KHM ini aku tak ingat macam mana aku boleh ter ‘follow’ beliau dekat FB. Beliau mempunyai beberapa portfolio. Antaranya sebagai influencer dan content creator.

Aku suka dengan post beliau di FB yang banyak bagi nasihat dan inspirasi. Bahkan kalau ada pengikut beliau di sini mesti perasan kebanyakan post beliau sentiasa dapat ribuan like dan share.

Seterusnya aku nak berkongsi 5 orang ustaz dari Indonesia yang seringkali aku dengar ceramah mereka. Iaitu Ustaz Adi Hidayat, Ustaz Abdul Samad, Ustaz Hanan Attaki, Ustaz Khalid Basalamah dan Ustaz Felix Siaw.

Jujur aku katakan aku bukanlah seorang yang suka mendengar atau menonton ceramah agama sebelum ini termasuk ustaz dari Malaysia. Semua sedia maklum bahawa di Malaysia ada ramai Ustaz Selebriti dan banyak program TV untuk para ustaz di Malaysia.

Tak tahu kenapa bila aku cuba mendengar ceramah mereka aku rasa bosan dan tak boleh nak fokus lama. Jangan salah faham aku tidak mengutuk atau menyalahkan mereka. Mungkin hati aku sendiri yang tertutup atau belum dapat hidayat.

Tapi ada juga yang aku dengar sekali sekala seperti Habib Ali, Ustaz Ahmad Dasuki, Ustaz Kazim Elias (just name a few). Cuma tak sampai tahap yang aku kira minat betul.

Ustaz Hanan Attaki (UHA) ialah ustaz pertama dari Indonesia yang aku mula minat dengar ceramah agama.

Pada peringkat awal memang aku tersentuh hati sangat dengan setiap ceramah daripada UHA. Lepas itu aku mula mencari ceramah lain daripada ustaz yang berasal dari Indonesia.

Dari situ aku mula kenal semua ustaz yang aku sebut dalam senarai tadi. Setiap dari mereka mempunyai cara penyampaian masing-masing. Tiada istilah siapa yang lebih bagus.

Sukar juga untuk aku jelaskan mengapa aku boleh tertarik dengan ceramah dari ustaz di sana berbanding dengan ustaz di Malaysia. Tapi sepanjang berkurung di tahun 2020, aku memang habiskan banyak masa dengar ceramah mereka.

Kesimpulannya aku cuma ingin berkongsi senarai ini untuk bagi idea kepada orang lain yang tercari-cari sumber untuk mendapatkan ilmu agama, motivasi atau positive vibe. Mudah-mudahan bermanfaat.

Kalian juga boleh berkongsi di komen, siapa public figure yang kalian ikut yang banyak memberi manfaat. Terima kasih sebab membaca.

– Zie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *