Toxic Family, Real or Not?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh kepada semua pembaca artikel IIUM Confession.

Diharapkan agar kita semua sihat sejahtera. Aaamiiin. By the way, nama aku bukan Jonhson’s tapi aku saja letak nama begitu dan nak sembunyikan nama sebenar aku agar aku ni tak de lah nanti jadi tempat bergantung kaum IIUM kat sini nanti lepas aku post artikel pasal Toxic Family. Hihihi.

Jangan marah, gurau je. Tapi aku nak nasihatkan korang agar jangan cari aku untuk luahkan perasaan sebab aku hanya boleh jadi pendengar tapi belum tentu boleh merawat/menyelesaikan.

Baiklah, aku akan teruskan topik pasal Toxic Family. Menurut apa yang aku tahu, istilah ini wujud dari anak-anak yang tak merasai kebahagiaan dalam alam keluarganya dan diorang sebenarnya nakkan kasih sayang sama seperti apa yang diorang nampak di dunia luar atau di media sosial.

Okay, aku bagi satu contoh situasi menurut pengalaman anak-anak tersebut:

“Si Fulan pulang ke rumah, bawa results SPM dia dan tunjuk kepada ayah tapi si ayah hanya tengok macam tu je dan sambung layan handphone.

Si anak ni pun agak terasa hati lalu dia pun masuk ke dalam bilik dengan wajah mencuka dan dia pun buka IIUM Confession dan terus meluahkan perasaan tak puas hati dia dekat ayah dia di situ”

Persoalannya, wajar atau tidak si anak bersikap seperti itu? Tidak wajar. Memang anda sebagai anak mempunyai perasaan dan anda berhak untuk terasa tapi janganlah sampai luah perasaan itu di tempat umum seperti di media sosial ini, bukankah nanti ada 2 kemungkinan:

1. Orang tak nak dengar langsung.

2. Orang dengar tapi orang tak boleh nak buat apa-apa untuk kita.

Dan akhirnya anda tetap berhuhuhu je lah. Kan?

Objektifnya kau nak cari ketenangan di sebalik apa yang dah berlaku tapi kau salah teknik. Sepatutnya kau awal-awal lagi tak letak dalam minda kau apa-apa bentuk kebahagiaan yang kau lihat pada orang lain.

Kau tengok keluarga orang lain bila balik bawak results SPM (contoh) and then tunjuk kat mak ayah diorang, mak ayah diorang pun happy sambil usap kepala dia dan kau pun nak macam tu. Why? Itu hanya subjektif, subjektif ni benda yang tak jelas atau masih abstrak.

Senang cakap, ia hanya emosional bukan matlamat sebenar untuk kau teruskan kehidupan. Sebab nanti mak ayah dia akan meninggal dunia juga dan dia pun akan rasa sedih bahkan lagi dahsyat daripada apa yang kau rasa saat ini. Dia dan kau pun akan mati, setiap manusia akan merasai mati.

Kau nak tetapkan belaian, usapan, ciuman dan kata-kata lembut dari mak ayah kau atau adik beradik kau sebagai bukti kasih sayang kat kau? Salah! Kasih sayang bukan terletak di situ tapi terletak pada lama mana kau masih boleh hidup dalam satu bumbung sekalipun tak selari dengan kehendak kau sendiri.

Itulah kasih sayang. Jangan kata rumah, bumi yang kau pijak ini pun atas kasih sayang siapa pulak? Kasih sayang Allah! Lagi besar dari parents kau tu.

Bila Tuhan tak reda, Dia akan bagi kau nikmat yang selari dengan kehendak kau tapi nikmat tu buatkan kau lalai dan terus lalai sampai kau terjunam ke dalam neraka.

Adakalanya bila Tuhan reda, Dia akan bagi nikmat tapi nikmat tu membuatkan kita lagi dekat dengan Dia. Itupun atas sebab kalau kita reda dengan takdir Dia.

Jadi, kau tak perlu bersedih hati dengan sikap mak ayah kau atau family kau sendiri. Tak perlu bandingkan suasana family kau dengan suasana family orang lain sebab hidup ni bukan pertandingan. Kalau hidup ni adalah pertandingan, tiada siapa yang akan menang pun.

Andai kata kau lebih kaya daripada Bill Gates, maybe kau ada kekurangan dalam acara marathon, baru seminit lari dah semput. Point dia kat sini, TIADA YANG LEBIH SEMPURNA. Kalau kau faham secara hakikat, rupa-rupanya kita semua adalah sama dan kembali pada satu ayat dari ayat-ayat Allah:

“Sesungguhnya, orang yang lebih mulia di antara kamu di sisi Allah adalah orang-orang yang sangat bertaqwa.”

(Surah Al-Hujurat ayat 13)

Seorang sufi yang dikenali sebagai Jalaluddin Ar-Rumi suatu hari pulang ke rumah dan dia melihat anak lelakinya sedang duduk sendirian. Lalu, Jalaluddin Ar-Rumi bertanya:

“Kenapa dengan kamu?”

Anaknya menjawab:

“Tiada apa.”

Kemudian, Jalaluddin Ar-Rumi mengenakan bulu serigala yang dia gantungkan di pintu lalu ia membuat gaya seperti burung terbang dan bunyi seperti burung hantu. Anak lelakinya pun tergelak-gelak kerana merasa lucu. Maka, ayahnya berpesan:

“Wahai anakku, jika engkau takut melihat serigala maka aku berada di belakangnya. Begitulah apabila engkau sedang diuji, maka engkau pasti akan bergembira kerana Allah bersama denganmu.”

Dari dialog di atas pasti anda menginginkan ayah seperti itu bukan? Tapi jika dilihat secara saksama, si anak tersebut juga merasa sedih.

Tiada apa yang perlu dijadikan sebagai sebab kegembiraan kita melainkan reda Allah dan reda Rasul-Nya. Jika kedua-duanya tidak meredai kita, tiada guna harta dan anak pinak kerana sudah terhalang dari keberkatan.

Hidup mesti cool and chill, tidak perlu ikutkan emosi dan hembusan nafsu. Jika kita nakkan kasih sayang menurut hati kita, buatlah yang terbaik lagi.

Tapi apabila tidak dapat, jangan pula bunuh diri kerana bunuh diri merupakan pemotong episod kegembiraan yang akan datang kat kau (In Shaa Allah). Belum apa-apa lagi dah mati. Kan?

Wallahu a’lam.

– Johnson’s (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *