Toxic Friendship Dan Common Sense

Hi. Nama aku A, initial je la eh. Nama penuh dirahsiakan. Pelajar di sebuah universiti yang terletak di pusat bandar raya di negeri kelahiran aku sendiri.

Aku ni memang bersyukur sebab mak ayah aku ajar jadi orang yang ada sifat sopan santun, common sense dan beradab. Tapi satu je aku tak suka tentang aku. Aku ni kuat pendam, sebab aku risau kalau kata-kata aku ni boleh lukakan hati orang.

Sebab aku dari kecil, aku memang diajar untuk jaga perlakuan serta pertuturan. Sedangkan aku tahu, seboleh²nya aku jaga hati orang lain pun, belum tentu orang lain jaga hati aku.

Kehidupan universiti tak seindah yang aku sangka. Dikelilingi dengan batch yang toxic dan berpuak-puak. Beauty privilege, geng² pandai, geng kaya dengan kaya haa gitulah. Pastu, kawan² yang toxic.

Aku ada kawan yang aku anggap like kawan baik aku kat sini. Let me call them as Syasya dan jah. Tapi lama² aku rasa spark friendship kitorang cam hilang.

Dari awal, ada je perangai toxic yang seriously aku tak perasan hal ini. Lama² tu baru aku macam tersedar. Apa² yang dorang gurau kasar dengan aku, aku just diam je. Ada je joke depa yang buat aku terasa hati. Tapi aku biarkan.

Sebab macam aku cakap tadi, aku ni dididik dari kecil untuk jaga mulut. Cuma harini setelah ada banyak kejadian, aku tak mampu nak pendam sorang². Sebab aku tak tahu nak luahkan kat sape. Haha, memang sedih.

Okay la meh kita start:

#1. Tak bole kalau ada orang gurau kasar macam dia selalu gurau kat orang.. mulalah sentap, terasa hati, masam muka. Haa, mula la drama sesi memujuk. Pernahlah aku gurau kasar dengan Syasya, sekali hamik ko, dia sentap la pulak.

#2. Pastu, kata belakang /cakap perangai tak elok /keburukan orang lain tapi tak boleh nak tegur sebab takut  gaduh. Tapi bila depan² elok je tegur, siap gelak ketawa lagi.

Jah dengan Syasya ni sebilik. Tapi ada la sifat Syasya yang jah tak berapa suka. Haa, akulah yang selalu jadi pendengar setia jah.

Yang kelakarnya jah siap pesan lagi kat aku, jangan ss atau forward  tak wasap chat dia kat sesape. Jangan gitau siapa2 pasal apa yang dia cakap pasal Syasya kat aku. Facepalm.

Kadang2 aku rasa.. Kalau ada orang cerita keburukan kawan baik dia sendiri kat orang lain, entah2 ada je dia cerita buruk pasal diri kita kat orang.

#3. Pernah la juga jah dengan Syasya gaduh besar sebab Syasya ni jealous kalau jah chat dengan orang lain. Biasalah sebab jadi kawan baik dri first sem kan. Bila masalah je jah memang cari aku. Tapi bila dah elok, kamcheng gila² sampai lupakan aku.

Dan ada la juga Syasya ni sakit hati bila jah chat dengan aku je. Dan disebabkan jah nak jaga hati Syasya, jah cakap kat aku, kalau bole jangan la chat dengan dia waktu Syasya ada sekali. Tapi bila mana Syasya merajuk dengan jah, jah la yang minta maaf dulu.

Jah pernah cakap, takpela dia minta maaf dulu kat Syasya asalkan dia jaga hati sya. Tapi jah tak pernah weh minta maaf kat aku, bila dia marah2 dengan tinggikan suara dia kat aku. Padahal time tu, aku serius tak tau dia badmood. Terkedu aku kat situ.

Apa2 yang mereka sakitkan hati aku, tak pernah pun diorang minta maaf. Aku je la yang minta maaf kalau aku ada buat silap dengan mereka walaupun aku tak tau salah aku kat mana.

Tapi tulah.. Depa banyak disukai dan disenangi. Sebab bila kita dah kenal lama orang tu, baru kita tahu perangai sebenar seseorang tu. Hanya aku je yang tahu the real side perangai diorang. Yang orang lain nampak dan puji ‘ouh Syasya baik’ ‘jah budaknya okay’

#4. Okay, ni pasal sidai baju pulak. Depan bilik kitorang ada penyidai baju. Berkongsi dan tak lebar mana pun. Masalahnya.. Jah dengan Syasya ni memang tak gunakan hanger langsung. Just guna pengepit je.

Bayangkan baju2 kami ni banyak sekali sidai. Biasalah perempuan. Nak kata tak de tercuit hati nak pakai hanger dan sifat common sense.. Ada la juga haritu ada insan lain sidai kat tempat penyidai khas kitorang, tahu pula jah dengan Syasya bising kenapa tak guna hanger.

Rasa kelakar sebab depa tahu pulak marah sebab makan ruang. Sebab depa tak bole nak sidai baju. Pastu, time aku nak sidai baju la.. Sibuk pula nak sidai baju haritu gak macam takde hari lain.

Sebabnya, sebelum aku rendam baju, memang tak de baldi pakaian kotor depa kat bilik air.. Tup2 tengah aku selesai cuci baju tinggal nak jemur.. Lahh depa pun tengah sidai baju depa gak kat penyidai. Entah bila depa cuci entah. Dan kalau baju aku kering.. Aku memang angkat terus.

Tapi depa, tak. Dari malam sidai baju, petang esoknya baru la angkat. Padahal aku pun ada je sidai malam tu gak tapi tengahari aku dah angkat sebab pakaian aku dah kering.

Lain kejadian pula, aku baru je sidai baju pagi tu dengan cahaya matahari pun takde. Tahu2, Syasya wasap pesan nanti angkat kain aku tau nak sidai sebab dia nak jemur kain. Haha.

Belum lagi, baju depa dah kering tak reti nak angkat² sebabnya nak cuci baju baru dulu barula angkat. Hairan aku. Padahal penyidai tu berkongsi tau. Kadang aku kena tunggu depa angkat baju dulu, barula aku dapat sidai baju.

Aku ingatkan bila aku ada common sense, depa pun ada la juga common sense.. Tapi langsung tak de. Kalau aku yang buat sama macam depa, tahu pula bising.

Belum lagi, bila teammates tapi case yang sama juga. Puak-puak dan toxic. Bukan aku tak cuba nak masuk dalam circle depa.. Tapi entahla.. Jadi macam ‘kau siapa nak rapat² dengan aku’ walhal aku cuba nak berkawan je sebab dah satu team. Pun selalu juga, pergi mana2 tak tunggu aku pun.

Tapi kalau geng depa sorang lambat, yang lain semua tunggu. Self confidence aku low. Aku rasa sunyi gila. Tengok dalam wasap group, depa gurau sama² sendiri. Caring antara satu sama lain.

Sedangkan aku? Aku macam tak wujud. Padahal aku seboleh²nya nak try rapat dengan ahli team aku sendiri. Pun sama juga. Perlukan aku bila mereka nak ambik benefit dari aku je. Pastu dah,  jadi orang asing balik.

Kadang2 aku rasa macam kelakar ya hidup aku. Tak berseri langsung. Parents aku takde pun tanya khabar okay ke tak life aku kat sini. Wasap tapi kadang2 reply, mostly memang takde reply pun.

Aku jealous bila aku tengok orang lain rapat gila dengan family depa. Ada kawan baik kat sini pun.. Tapi entahla. Lama2 aku mula nampak perangai toxic depa kat aku. Time susah cari aku, time senang dicampaknya aku. Aku ni sanggup tau..

Tunggu depa bangun tidur dulu sebab nak ajak beli makan sama2 padahal aku lapar dah time tu. Aku la selalu ajak depa beli makan sama2. Tapi, ada la satu hari tu bila aku tak ajak dulu.. Tahu2 depa pergi tak ajak aku. Alasan depa.. Ingat kan aku dah beli makanan. Haha.

Banyak kali aku rasa, tiada siapa pun peduli perasaan aku. Sebab apa yang depa tahu, aku kena jaga perasaan depa. Penat. Seriously penat. Bila aku dikelilingi perasaan toxic.. Rasa dipinggirkan.. Banyak kali aku salahkan diri aku.

Aku ni membosankan ke sampai takde orang nak kawan dengan aku. Kenapanya hidup aku macam ni? Pernahla juga ada orang confess kat aku. Aku ni ada trust issues tau. So, aku tak terima la awal² tu. Dalam masa yang sama, aku chat dan reply je wasap dia. Slowly I love him back.

But.. Tahu² dia tengah rapat dengan perempuan lain. Haha. Heartbroken jangan cerita la. Sampai sekarang aku tak move on. Aku ni memang tak layak rasa disayangi ke? Rasa macam mana ada kawan baik, ada kekasih?

Aku ni nak juga rasa disayangi oleh orang macam mana aku sayangkan keluarga aku, persahabatan aku. Tapi no point kalau aku je yang rasa macam tu. Banyak kali aku nangis sebab aku rasa down sangat².

Pernah je aku cerita kat mama aku pasal apa yang aku rasa pasal friendship aku. Mama aku salahkan aku sebab mungkin aku yang buat salah dan cakap ni baru time belajar, nanti time kerja lagilah macam mana nak hadap nanti.

Haha. Sorry kalau penulisan aku ni berterabur. Tak tahu dengan siapa untuk aku bercerita. Family? Memang tak la. Kalau tak publish pun.. Sokayy. At least lega sikit hati aku.

– A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. untuk awak girl , kadang kita kene ubah diri untuk sesuaikan dengan persekitaran kita , but not 100% change . ubah ikut keselesaan you , masa i study dulu pon i sorang ii je . mostly kawan i masa lain course , on weekend je kitaorg makan sekali semua . but on weekday mmg i alone ke mana-mana . i dont know where i get kekuatan tu . but for me , focus more on your study and banggakan mak ayah you dulu . kawan ni biar x ramai janji berkualiti . kawan ramai x berkualiti useless jugak kan ? better jalani hidup you sendiri . nak berkawan tu silakan tapi dont put trust 100% . tikam belakang is real girl . be strong okieee . far hug for you dear .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *